12 Okt 2011

Mohd Sabu: UMNO Berpaut Isu Agama & Perkauman Untuk kekal Kuasa

Gelang Patah - UMNO-BARISAN NASIONAL mendapati setelah tumbangnya beberapa negeri kepada Pakatan Rakyat maka satu usaha dicari bagaimana ingin mengembalikan semula sokongan kepada mereka.

Hj. Mohammed Sabu, Timbalan Presiden PAS berkata isu agama dan perkauman merupakan agenda yang boleh dieksploitasi dengan harapan boleh menarik pengundi daripada kalangan orang Melayu.

Menurutnya lagi, UMNO sudahpun mengenalpasti bahawa mereka masih mempunyai 'simpanan tetap' bagi merealisaikan aspirasi itu kerana kuasa yang tinggal hanyalah daripada kalangan pengundi Melayu di luar bandar, para peneroka, kaum bumiputra Sabah-Sarawak dan undi Pos.

''Kita kena lihat UMNO nak lawan Pakatan Rakyat, dengan main isu pembangunan tak boleh. Rakyat dah faham bahawa tanggung jawab pemerintah buat pembangunan.

''Kalau dulu boleh lah. Sekarang kalau kempen macam itu (isu pembangunan) dah tak boleh.''
ujarnya lagi.

Beliau menambah lagi dengan katanya, UMNO mengharapkan dengan dua pendekatan yang diambilnya itu dapat memberi gambaran bahawa PAS tidak boleh lagi menjaga agama sebagai agenda perjuangan parti Islam itu.

''UMNO mengharap PAS tidak boleh jaga Islam. Contohnya di Pulau Pinang. Peringkat awal dituduh Lim Guan Eng haramkan perarakan Maulidur Rasul. Akhirnya didapati tidak betul. Tapi dua minggu kita sakit telinga (isu dimainkan) sedangkan Guan Eng tidak pernah arah sebegitu.'' terangnya lagi.

Disamping itu katanya isu berkenaan agama dan perkauman tidak berakhir disitu. Hal ini seolah-olah sudah dirancang supaya ia mempunyai kesinambungan antara satu sama lain bagi melancarkan serangan ke atas Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu UMNO telah menggunakan Isu Komunis untuk menyerang beliau namun dakwanya percubaan itu menemui kegagalan.

''Percubaan (isu Mat Indera) ini gagal. Ini bukan perkara baru. Dr. Burhanuddin al-helmy turut dituduh ajen Komunis hingga ditangkap ISA. Ulamak pun kena tuduh (Komunis). Apalah aku ini, insan yang kerdil'' katanya lagi sambil disambut gelak ketawa orang ramai.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis ceramah isu-isu semasa di Markas Tarbiyyah PAS Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah, di sini, malam tadi.

Beliau berkata lagi apabila isu Komunis gagal ditangani oleh UMNO maka isu Hudud pula ditonjolkan namun ia turut menerima nasib yang sama setelah UMNO terjerat dengan perangkap yang dipasangnya.

''Bila saya berceramah di Labis. Mereka edarkan gambar Tok Guru memegang kepala Guan Eng. Ini tindakan yang primitif.'' bidasnya.

Beliau mengulas tindakan pihak tertentu melancarlan gerakan saraf mengedar risalah provokasi berkaitan Hudud di sekitar Pekan Labis sempena kedatangannya ke negeri Johor jumaat lepas.

Sementara itu beliau menjelaskan bahawa serangan yang disasarkan kepada beliau ternyata dapat diimbangi dengan fenomena kuasa baru 'media alternatif' yang dipelopori anak-anak muda.

Menurutnya kajian mendapati sehingga kini lebih 80 % generasi muda yantg terdedah dengan dunia blog dan facebook telah menyokong Pakatan Rakyat.

''Sekarang kalau pergi minum di JB (Johor Bahru), mana-mana tempat budak main komputer. Budak-budak panggil. Abang Mat mai sini ambil gambar.

''Golongan ini 80 % bersama Pakatan Rakyat. Golongan ini akan menumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang. Golongan ini besar (pengaruh).''

''Najib nak tarik sokongan balik dengan naik bas. Ini semua drama minggu ini.'' ujarnya dengan nada sinis.

Terdahulu beliau berkenan melancarkan Kelab Protes BN (Barang Naik) dengan membuka 'riben bunting' sebagai gimik pelancaran kelab tersebut.

Hadir sama Datuk Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor, Hj. Zulkifli Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Suhaizai Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor./Selatanonline

9 ulasan:

dino.yp@gmail.com berkata...

PAS guna isu agama nak kekal kuasa kat KELANTAN tak bising pun. Bodoh punya mat sabun!

Tanpa Nama berkata...

PAS memanglah layak guna isu agama sebab namanya Parti Islam SeMalaysia, memperjuangkan "agama Islam" di Malaysia.

UMNO guna isu agama apa ke hal... "united malay nation organisation".. dan dalam UMNo plak ramai yg bukan Islam sekarang ni... di sabah ada puak kadazan, di sarawak, ada puak iban, di melaka ada puak portugis. apa nak perjuangkan Islamnya?

Tanpa Nama berkata...

dalam seminggu dua ni ada ramai pencacai UBN diberikan komen mereka diblog kerana mengacau kita kwn2 PR..berhati-hatilah cara jahat meeka tu

Tanpa Nama berkata...

saudara dino...
(nama bukan macam org melayu je)
kat kelantan islam dulu baru melayu
tu pasal pas tegakkan islam baru melayu..macam tempat lain mungkin melayu dulu baru islam...

Tanpa Nama berkata...

saudara dino..
U(united)M(malay)N(national)O(organisation) kan orhang puteh bunyi nyer..kahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Semoga suatu hari nanti Allah membukakan pintu hati saudara Dino untuk melihat kebenaran Islam dan kebejatan BN.

Tanpa Nama berkata...

sejarah tidak boleh ditipu united malays nation organisation direstui oleh pehak penjajah sedangkan parti2 lain telah diharamkan oleh pehak penjajah pada tahun 1948 ini membuktikan yg umno sebuah parti yg merestui kedudukan penjajah british ditanah melayu dimasa itu.

Tanpa Nama berkata...

Memang UMNO bijak mengeksploitasi isu,isu hudud dan isu murtad.Itu dah jadi kerja depa.Apa PAS buat untuk menghadapi eksploitasi tu? Mana Dewan Ulamak PAS yang selalu cakap berdegar-degar? Tak kedengaran pun suara menentang "ekploitasi" UMNO tu.Setakad ini membisu tanpa bunyi.

Tanpa Nama berkata...

Bila kita berhujah dengan orang umNO, kita akan dapat tangkap satu perkara yang paling penting iaitu MEREKA TAKUT CINA AKAN BERKUASA DAN KUASA ORANG MELAYU AKAN HILANG.

Orang umNO sangat takut DAP akan berkuasa penuh dan memijak orang MELAYU. Kata mereka sekarang nie KUASA PENUH MASIH PADA umNO dan HANYA umNO dapat mempertahankan HAK-HAK ORANG MELAYU.

Aku banyak berhujah dengan orang umNO memang kita akui PEMIMPIN umNO berjaya menerapkan katakutan ini pada PENGIKUT DEPA. Walaupun dah banyak bukti didepan Mata yang orang umNO itu sendiri lah dalang yang MENGGADAI MARUAH/HAK ORANG MELAYU,

-wakleman