15 Okt 2011

Lagi Kes Rogol Di Dungun:, Gadis Tkn 1 Dirogol Beberapa Remaja Lelaki

Gong Pasir - Seorang pelajar sekolah menengah terpaksa melalui detik hitam apabila dirogol secara bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki di sebuah rumah di Kampung Alor Mak Bah, malam kelmarin. Gambar Fail.

Peristiwa yang meragut mahkota berharga seorang gadis berusia 13 tahun itu dipercayai berlaku setelah mangsa yang merupakan pelajar salah sebuah sekolah menengah berdekatan dibawa sekumpulan lelaki ke sebuah rumah kosong sebelum dirogol oleh beberapa remaja lelaki.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan keluar rumah kira-kira jam 8.15 malam untuk membeli air minuman dan ubat di sebuah kedai runcit berdekatan rumahnya.

Bagaimanapun, selepas kesucian gadis remaja yang sedang menuntut di tingkatan satu dinodai oleh sekumpulan remaja lelaki bernafsu syaitan terbabit, mangsa dikatakan ditinggalkan di sebuah pondok di tepi jalan dekat Nibong sebelum ditemui penduduk kampung yang bertindak menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan gadis berasal dari Gong Pasir itu.

Berikutan laporan yang diterima di Balai Polis Dungun berkaitan kejadian terbabit, polis melancarkan gerakan memburu suspek disyaki.

Hasilnya, lima suspek berusia antara 19 hingga 22 tahun ditahan dalam lima serbuan berasingan di Kampung Alor Mak Bah kerana disyaki terlibat merogol pelajar yang difahamkan bersekolah di Sekolah Menengah Balai Besar itu.

Ketua Polis daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan itu dan kesemua suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan untuk membantu siasatan. -SH

7 ulasan:

Ringgo berkata...

Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dihukum tidak kurang 5 - 20 tahun penjara serta sebat . makan minum semua ditanggung . Jika terlepas hanya mangsa yang merana ..

Tanpa Nama berkata...

Yeaaa mu gi ikuk bodok jate tuh pasa gapo...? Mu sengajo caghi bala. Nasihat mak pok denge gughu mu buak tok endah dehhh....

Tanpa Nama berkata...

lahanat. umo da besa tp perangai mcm syaitan. kerat je alat sulit die tu. baru dia rasa sedap x sedap.

Amuraria berkata...

KERAT DAN TARUK DALAM BOTOL HAHAHA !

Jamil Nasir berkata...

laksana hudud...

Tanpa Nama berkata...

Mereka itu saja terikut-ikut Rais Yatim and Rahim Tambi Chik. Kalau menteri dan MB tak bersalah, apa pula salah mereka ini?

eby farehah berkata...

ta sgka sgt2 .. org yg saya knal bt cmtuu .. bekas pkwe lak tuu .. dulu die ta mcm tuu pun , sy knal die .. mungkin die da bergaul dgn budak2 ta elok da .. helmi , awak ptot dpt hukuman setimpal dgn ape yg awak da lakukan .. sumpah saya ta pcye awak sgup bt cmny .. kesian mak awak ..