15 Okt 2011

Kampuchea Larang Rakyatnya Bekerja Sebagai Amah Di Malaysia

Kerajaan Kampuchea mengeluarkan larangan pada warga negaranya bekerja sebagai amah di Malaysia. Perdana Menteri Kamboja Hun Sen mengeluarkan arahan tersebut setelah terdapat laporan penderaan dan pemerkosaan atas pekerja dari Kamboja di negara ini.

Langkah Kampuchea ini mengikuti langkah Indonesia yang telah membekukan pengiriman tenaga kerja untuk bekerja sebagai amah di Malaysia.

"Saya mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas pembekuan ini," kata ahli parlimen pembangkang dari Parti Sam Rainsy kepada Reuters.

Sebuah badan sukarela masyarakat Kampuchea yang berkait rapat dengan para pekerja Kampuchea di Malaysia mendedahkan tiga orang pekerja amah Kampuchea telah dibunuh di Malaysia dan dua orang lain diperkosa.

Indonesia telah melarang penduduknya bekerja sebagai amah di Malaysia pada 2009 selepas beberapa kejadian penderaan yang dilakukan oleh majikan di Malaysia, yang telah menyebabkan demonstrasi anti-Malaysia di Jakarta.

Malaysia selama ini bergantung pada pekerja migran yang mencapai dua juta orang atau 21 peratus dari jumlah tenaga kerja dari Indonesia. Indonesia merupakan sumber terbesar tenaga kerja migran Malaysia, di mana seorang dari 16 warga Malaysia mengupah satu warga Indonesia.

Kampuchea pula memiliki 50 ribu tenaga kerja di Malaysia. An Bunhak, Presiden Pertubuhan Agensi Rekrutmen Kampuchea menyatakan pihaknya akan segera melaksanakan arahan Perdana Menteri itu. -thesun

Ulasan GB

Ini sebahagiannya menyentuh kes "menteri rogol amah" juga.

Beritanya telah tersebar di seluruh dunia. Sekalipun kononnya ada penafian daripada mangsa bahawa dia dirogol, tetapi ia bukan dari mulut amah itu sendiri. Ia hanya secebis tulisan di atas kertas yang belum lagi disahkan kebenarannya yang tersiar di sebuah akhbar Indonesia.

Menteri berkenaan pula tidak menyaman Migrant Care yang tetap dengan pendiriannya dan tidak menarik balik tuduhannya bahawa amah Indonesia itu dirogol.

Demi kebenaran dan keadilan, menteri itu sepatutnya menyaman Migrant Care jika tuduhan itu palsu dan fitnah ke atas dirinya.

5 ulasan:

Amuraria berkata...

DENGAN BERBAGAI NASIB MALANG MENIMPA DAN BERBAGAI CACAMARBA DI MALAYSIA SAPA NAK BERANI MAI ?

Tanpa Nama berkata...

Saya bersetuju dgn GB, menteri itu sepatutnya menyaman Migrant Care sebab nama Malaysia tercemar dengan kes tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Dahlah minah indon dibekukan dari jadi orang gaji kat M'sia,kini kemboja pulakdah...ingatkan orang arab jer kuat sex.....rupa2nya?????

Tanpa Nama berkata...

ini semua rais anak yatim punya pasal.
kan dah susah.
tv3/4 patut interview rais ni.
apa komen dia.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Kampuchea dan Indonesia juga perlu ingat bahawa sebahagian rakyat mereka juga terlibat dalam melakukan jenayah berat di Malaysia seperti bunuh, rogol, rompak dan sebagainya. Adakah kerajaan tersebut memikul tanggungjawab atas kejahatan rakyat mereka?