1 Okt 2011

Fitnah Terlampau Video Seks Untuk Burukkan ADUN PR

Susun atur di ruang pejabat DUN Kota Anggerik di Seksyen 9 di sini jauh berbeza dengan klip video lucah di dalam sebuah blog pro-umno bertajuk 'Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam’.

Tinjaun TVSelangor mendapati wanita yang didakwa dalam klip bertarikh 19 September bukan petugas di DUN berkenaan.

Klip video itu menyaksikan seorang wanita bertudung dengan seorang lelaki melakukan perbuatan sumbang kononnya di dalam pejabat Dun Kota Anggerik.

Adun Kota Anggerik Yaacob Sapari menjelaskan hasil siasatan mendapati klip video itu menunjukkan lokasi dan dekorasi dalaman pejabat yang jauh berbeza dengan Pusat Khidmat beliau.

"Susun atur dalam video itu sama sekali tidak sama dengan susun atur yang ada dalam pejabat ini, gambar gadis yang ditonjolkan dalam video itu juga tidak sama dengan staf saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika tinjauan TVSelangor di Pejabatnya hari ini. Selain susun atur yang berbeza, klip video jelas tidak berasas kerana terdapat beberapa perkara bercanggah dengan dakwaan blogger itu.

"Jadi saya mengutuk sekeras-kerasnya fitnah lucah ini yang diusahakan oleh mereka, sepatutnya kita bersaing secara sihat dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat, bukannya malakukan aktiviti seperti ini.

"Bagi saya ini bukan serangan kali pertama oleh blogger pro umno terhadap pemimpin pakatan rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim juga dituduh dengan perkara yang lucah sebegini," jelasnya kepada TVSelangor Pembantu Tadbir Pejabat DUN Kota Anggerik, Norlela Idris menafikan sekeras-kerasnya wanita didalam klip itu adalah dirinya kerana pada tarikh berkenaan beliau tiada di pejabat kerana cuti sakit.

"kebetulan pada hari itu saya bercuti kerana sakit, saya ada bukti surat cuti sakit, pada hari itu hanya seorang kakitangan sahaja yang ada di pejabat,"

"Saya juga menafikan sekeras-kerasnya wanita didalam klip itu adalah diri saya kerana saya adalah satu-satunya staf perempuan yang berkhidmat disini, mingkin kerana ingin mengenakan YB (Yaacob), sekaligus cuba mengaitkan stafnya sekali."

Sebelum ini PKR Shah Alam telah membuat laporan polis berhubung perkara ini di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.



Ulasan GB

GB sudah ulas isu ini. Petikan:

Blogger pro-UMNO meneruskan kerja-kerja syaitaniah dengan melakukan fitnah melalui penyebaran video seks - selepas DSAI, Mohd Sabu, diikuti dengan Allahyarham Sarbaini dan terkini ADUN Kota Anngerik, Yaakbob Sapari.

Golongan UMNO nampaknya kian terdesak sehingga sanggup melakukan apa saja untuk mencemarkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Tidak apa yang hendak diresahkan atau ditakutkan dengan fitnah mereka dari golongan yang tidak membaca Al-Quran dan tidak beriman ini.

Dah banyak kali GB membacakan ayat ini, untuk mengingatkan kepada mereka:

اسْتِكْبَاراً فِي الْأَرْضِ وَمَكْرَ السَّيِّئِ وَلَا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِ
فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا سُنَّتَ الْأَوَّلِينَ فَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَبْدِيلاً وَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَحْوِيلاً


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. Fathir: 43

Hari siksaan ke atas mereka tetap tiba sepertimana janji Allah s.w.t.

مَا يَنظُرُونَ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً تَأْخُذُهُمْ وَهُمْ يَخِصِّمُونَ

Mereka tidak menunggu melainkan satu teriakan yang akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar. (Yassin: 43)


7 ulasan:

Awanama berkata...

Grombolan Blogger2 UMNO berusaha demi usaha untuk membuat fitnah-fitnah ke atas PR, untuk PR haruslah sentiasa tidak melengah-lengahkan feedback bahawa fitnah nih adalah perbuatan bodoh si dajjal blogger yang kenyang dengan bayaran duit fitnah sampai ke perut anak bini meraka.. isk isk isk..sengal.

Unknown berkata...

isy..masyaAllah...


Porno Bagi Kesan Buruk Kepada Otak

Amuraria berkata...

BIARKAN SIDAJJAL BLOGGER BLOGGER UMNO@APCO TERJUN DENGAN DUIT DUIT HARAMNYA !

Awanama berkata...

fitnah adalah dosa besar lebih besar dari membunuh.

So mana pergi penasihat agama - tuan mufti berbelas orang itu, jakim, jais, mais, sultan selangor selaku ketua agama islam selangor ? Diam bermakna setuju dengan fitnah ini.

Awanama berkata...

ideologi UMNO adalah Lucah/porno untuk mencapai matlamat politik

Awanama berkata...

hukum hudud dipermainkan,rasuah dikalangan ahli politik dikatakan politik wang,barua penjajah dianggap sebagai wira sedangkan penentang penjajah dianggap pengganas,yahudi diambil sebagai penasihat,tv1/4,2/4,3/4 dan surat khabar arus perdana utusex berita hairan dijadikan penyebar fitnah untok memburukan2 pehak lawan dan sebagai alat mekap kepada pehak parti pemerintah umporno/bn.

1 Malaysia berkata...

Bila insan dah biasa dengan perkara-perkara HARAM sama ada dengan cara makan, perlakuan, ... apa bezanya dengan haiwan seperti anjing kurap. Malahan insan ni lebih hina daripada babi. Babi tak pernah mengganggu kehidupan insan tapi "insan" suka sangat dengan perkara-perkara yang menghina insan lain.
Betul dan Tepat sekali firman Allah swt. Jangan sekali-kali mendekati perkara-perkara yang HARAM di sisi Allah swt. Takut-takut nanti jadi bahan bakar di neraka. Lagipun, apabila dah semua darah daging termasuk urat-urat dah penuh dengan benda-benda HARAM, mana mungkin dapat berfikir seperti seorang insan. Yang tahu hanya mampu berfikir secara syaitan @ iblis.
Saudara-saudara AKU, jangan biarkan "insan" betopeng Islam ni menjahanamkan kita semua. TOLAKLAH MEREKA NI DENGAN MENGUNDI INSAN YANG INGINKAN ISLAM. Kita dah tahu siapa yang tak suka pada hukum-hukum Allah swt. Sudah jelas dan makin hari makin jelas. Allah swt telah membuka mata kita dan jangan biarkan Allah swt tutup mata kita, barulah kita menyesal. Waktu tu dah tak ada gunanya lagi. Jawablah dengan Allah swt.
Allah swt, AKU berdoa dan memohon pada MU agar lindungilah umat MU yang amat menyayangi MU dan perintah MU. Hanya Allah swt yang kami sembah, tiada "Tuhan" lain yang kami sembah kecuali ALLAH SWT.