7 Okt 2011

Botol Susu "Babi Care" - Mungkin Untuk YB PR Yang Ponteng Semalam?

Botol susu ‘babi care’

Seorang nenek yang membawa cucunya berusia dua tahun ke kenduri di sini semalam terkejut apabila ditegur botol susu tertera perkataan “babi care” dan bukannya “baby care”.

Nenek 52 tahun itu berkata, dia tidak sedar kewujudan perkataan tersebut pada botol susu yang baru sahaja dibeli anak perempuan berusia 26 tahun itu untuk cucunya, mempunyai perkataan yang membawa maksud lain daripada sepatutnya.

Menurutnya, botol susu tersebut baru digunakan cucunya kerana sebelum ini dia menggunakan botol kaca.

“Sejak membelinya beberapa minggu lepas tidak ada seorang ahli keluarga sedar wujudnya perkataan itu pada botol susu tersebut.

“Selepas ini saya akan membuangnya kerana sepatutnya botol susu tersebut ditulis dengan perkataan ‘baby care’ dan bukannya ‘babi care’ yang membawa maksud haiwan yang haram bagi orang Islam,” katanya kepada pemberita petang semalam.

Nenek terbabit berkata, sekiranya tidak ditegur dalam majlis tersebut, dia mungkin belum sedar wujudnya perkataan ‘babi care’ pada botol susu itu yang dipercayai dibeli di sempadan dan datangnya dari negara jiran.

Sementara itu, seorang wanita yang turut ke kenduri tersebut, Rohana Yusof, 49, berkata, dia terkejut melihat tulisan di botol susu bayi dua tahun itu.

Menurutnya, dia mempunyai enam anak dan yang sulung berusia 32 tahun tetapi tidak pernah melihat botol tertera perkataan sedemikian.

“Saya berharap, selepas ini, ibu bapa lebih peka ketika membeli botol susu untuk anak-anak mereka kerana maksud perkataan tersebut merujuk kepada haiwan," katanya. -SH

Ulasan GB

Tak tahu nak ulas macam mana lagi, rasanya botol susu ini sesuai sangat untuk YB-YB Pakatan yang ponteng dan menetek di rumah semalam yang menyebabkan PR kalah di dalam undi belah bagi RUU Kampung Bharu!

Baca SINI.


13 ulasan:

Awanama berkata...

memang haramjadah yb2 pr ni..., habis tanah org2 melayu dikg baru. lebih teruk drp yb2 bn. pru 13 nanti tengoklah apa yg rakyat akan lakukan, kita ajar mereka habis2. walau apa pun alasan mereka, keutamaan mesti didahulukan, terutamanya yb2 pas, cakap bedegar-degar pasal islam, keadilan tapi apa mereka lakukan untuk mempertahankan org2 melayu kg baru?

Awanama berkata...

Harus diingat DS Anwar Ibrahim semalam ada di Mahkamah bersama-sama dengan peguam-peguam bertaraf YB yang turut terlibat. Sudah pasti mereka tidak dapat ke parlimen kerana terikat dengan kes mahkamah tersebut. Cuma yang lain-lain tu, apa alasan anda.....

Awanama berkata...

siapa yg memberi kredit kpd umno/bn untuk terus memeras rakyat jika bukan yb pakatan sendiri?

nak aku maki saja mereka yg x hadir tanpa alasan semalam.

Awanama berkata...

jgn salahkan mp pakatan sbb tak bleh nak buat apa. ahli BN lebih ramai memang tak bleh menang punya macam akta pekerja dah diluluskan

Awanama berkata...

bodoh.. apahal nak salahkan MP PR lak.. macam bangang blogger2 ni.. baik korang pegi sokong BN je.. nape tak maki BN yang luluskan semua tu.. MP PR berapa orang je.. korang ingat kalau semua hadir pun boleh menang undi ke.. ingat MP BN nak biarkan macam tu je.. bodoh.. blogger2 ni dah sia2kan perjuangan arwah lo'lo.. BANGANG MACAM BABI korang ni.. BODOH!!!!!

Awanama berkata...

anon 10:52

soalnya kenapa x datang?

bukan soal menang atau kalah. kalau macam tu lain kali semua yb pr boleh tidur ajer kat umah masa parlimen bersidang sebab dah tentu kalah.. betul ker macam tu?

Allah tak tanya samada kita berjaya atau gagal, tetapi Allah akan tanya amanah sudah ditunaikan ataupun tidak.

jgn bela kesalahan kelak kamu juga bakal ditimpa bala sebab kesalahan mereka.

Awanama berkata...

yg bersalah tetap akan terima hukuman daripada Allah.

yb bn dah ler tahap celaka, jual dan gadai maruah dan milik melayu.... yb pakatan berdiam diri dan tidur kat rumah.... cukup bagus perangai depa.

kemudian ada plak satu dua org bela perangai yb-yb lemah cangok tuh... lagi tahap cipan .. membela kesalahan dan kemungkaran mengkhianati amanah.

Awanama berkata...

anon 10:55

aku rasa ko yg BANGANG MACAM BABI .. BODOH!!!!!

suruh yg2 pr yg kau bela tu gentel karipap bini kat umah jer, x payaah dtg parlimen lagi...

kaw oghang yg bagi bn menang semalam, barua

bodoh bin bangang bin bahalol

Awanama berkata...

MACAMANA KOMEN2 MAKI2 NI BOLEH TERLEPAS GB?

BERHATI-HATILAH.

Awanama berkata...

mungkin mereka ada tugasan lain yg lebih penting elok kalau kita bersangka baik kepada YB2 kita yg tak hadhir itu,jangan kerana nyamok kelambu dibakar.

Awanama berkata...

aoa tugas lain yg lebih penting selain dari menunaikan amanah bagi seorg YB? lagipun terlalu ramai bukan seorang dua.

Allah dan RasulNya tak suruh bersangka baik kepada perkara yang tidak baik.

itu sebab mengapa disuruh ingat-memperingatkan, melawan kemungkaran dan kesalahan dengan tangan, dengan lidah, dengan hati.

Anda nak membela mereka, teruskan. bertanggungjawablah nanti.

Tanah Kg Bahru telah tergadai lantaran mereka yang khianat itu.

Awanama berkata...

tanah kg baru tergadai sbb rang undang2 yg dibuat oleh BN bukan PR.MP2 BN sudah dimaklum hadir untuk sokong.klu semua MP PR dtg pon belum tentu menang.bodoh betul...
marah dulu RUU ciptaan BN..

Awanama berkata...

anon 1:28 lagi bangang. Kalau macamtu apa2 rang undang2 bn bentang x payah lawan sbb gerenti kalah. Yb pr blh tido je kat umah, mkn gaji buta 5 tahun!

Ya Allah, binasakanlah pengkhianat amanahMu dam amanah rakyat brsama penyokong mereka.