8 Okt 2011

"Bulan Lambang Hatiku" - Warga Internet Cina Belasah MCA, Bela PAS

Berambuslah MCA: Warga internet Cina tampil bela PAS |

Memang sesuatu yang dijangka apabila MCA menggunakan "Hukum Hudud" untuk menyerang Pakatan Rakyat, ketika isu ini kembali semula ke persada politik menjelang PRU ke-13.

Namun, ia mungkin sesuatu di luar jangkaan apabila serangan MCA kali ini mengundang reaksi sebaliknya di ruang internet, menyaksikan bagaimana parti Cina ini dibidas sehabis-habisnya oleh warga internet.

Artikel berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!" ditulis oleh seorang penulis dengan nama samaran "yue" (maksud: bulan), disiarkan oleh seorang rakannya melalui laman sosial Facebook pada jam 2 petang, 4 Oktober 2011. Tulisan ini telah dikongsi oleh kira-kira 1,500 rakan Facebook, dalam masa 48 jam.

Meskipun diselit dengan kata-kata kesat yang mencaci MCA, namun tulisan ini sempat mengulas alasannya memperlekehkan MCA dan mengapa PAS dibela. MCA dibidas kerana tunduk dan bersekongkol dengan UMNO; sementera PAS disanjung kerana beberapa langkah yang memperlihatkan "keterbukaannya" terhadap golongan bukan muslim.

Bagaimanapun, penulis tidak menunjukkan pendirian untuk menyokong pelaksanaan Hukum Hudud, hanya menyebut ia sebagai matlamat tertinggi PAS, dan realiti politik hanya membenarkan pelaksanaan dasar bersama dalam "Buku Jingga", seandainya Pakatan Rakyat memerintah. Malah, menurut penulis, seandainya masyarakat Cina tidak suka jika Hukum Hudud dilaksanakan, maka tukarlah semula kepada Barisan Nasional dalam PRU ke-14 kelak.

Yang berikut adalah terjemahan dan suntingan tulisan berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!"

Saya, sebagai warga Malaysia kaum Cina, tiada Roket mahupun Keadilan bertanding di kawasan pengundian saya, hanya pertembungan terus antara UMNO dengan PAS. Sekarang, secara rasminya saya mengumumkan di sini, bahawa pada PRU yang akan datang, saya akan mengundi PAS!

Melihat kepada pemimpin MCA yang haprak berucap menyerang Hukum Hudud Islam dalam perhimpunan agung tahunannya, kononnya mempertahankan kepelbagaian budaya Malaysia, saya teringin nak berkata, MCA, pergi mampuslah!

XXX, saya sebagai orang Cina di Malaysia, sekarang saya ingin berkata kepada MCA, pada pilihan raya umum yang akan datang, saya pasti akan mengundi PAS! Malas saya nak layan kau!

Jangan kata kepada saya penubuhan Negara Islam, akan dipotong tangan dan dipotong kaki, XXX, Malaysia di bawah perintah kau dan UMNO - Teoh Beng Hock pun boleh jatuh dari bangunan! Polis boleh tembak sewenang-wenangnya! Tak kurang tahanan yang mati dalam lokap! Belum sempat kami dipotong tangan dan kaki oleh PAS, mungkin dah mati kena aniaya unit penguatkuasa!

XXX, MCA, parti yang haprak, saban hari memfitnah PAS dalam akhbar. Tahukah kau, PAS memperuntukkan tanah untuk 'menyara' sekolah menengah Cina di Kelantan; di Perak, benda yang sama berlaku ketika pemimpin PAS menjadi Menteri Besar. XXX... Dah berapa tahun kau MCA menjadi kerajaan, tapi gagal menginstitusikan peruntukan kepada sekolah Cina, dan sekarang kau suruh kami jangan mengundi PAS, gila!

XXX, saya sebagai orang Cina di Malaysia, XXX, satu parti yang besar, dalam perhimpunan agungnya, boleh menggunakan sepenuh masa untuk mengecam idealisme Islam, pada masa yang sama akur secara senyap kepada perkauman sempit UMNO, parti apa yang haprak sebegini? Memang parti haprak yang tidak boleh diselamatkan!

Apabila UMNO menyerang, bahawa Cina adalah "pendatang", suruh kami balik ke Tiongsan, PAS yang tampil mempertahankan kita!

Apabila UMNO melarang bukan-muslim menggunakan kalimah Allah, PAS yang tampil mempertahankan hak bukan muslim!

Apabila UMNO melarang bukan-muslim ke dalam masjid/surau, PAS yang tampil membantah UMNO!

Apabila PERKASA yang pro-UMNO menyerang bahawa Pakatan Rakyat mengkhianati Melayu, PAS yang tampil menyanggah mereka!

XXX, apa yang kau MCA lakukan? Hanya mampu berkata UMNO tak harus begini, tak patut begitu, kalau betul kau hebat, takkan Cina masih menjadi rakyat kelas kedua? Kalau betul ada tulang belakang, keluarlah kau dari Barisan Nasional-lah, bodoh!"

Semakin meluap-luap kemarahan saya... Sekian lama kau MCA makan duit, satu projek PKFZ kau telan RM12.5 bilion, satu Facebook RM1.8 juta, dan wang kopi yang sikit-sikit tu? Kau yang telan wang rakyat! PAS? Pernahkah kau denganr PAS terima rasuah? PAS terkenal dengan bersih dan amanah, 20 tahun memerintah di Kelantan, tiada satu kes rasuah, Menteri Besar duduk dalam rumah kampung, makan nasi lemak! Kau orang senang saja kata kalau menang makan udang galah, masih nak kami undi kau?"

MCA, berambuslah kau! Apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA kerana terdesak dengan tekanan rakyat, kau bagaikan anjing, segera bersetuju! XXX, untuk sekian lama kau menyokong akta yang mencabul hak asasi manusia, kini sikap kau berubah dalam sekelip mata? Kau ingat rakyat ni bodoh? Untuk sekian lama, PAS memimpin rakyat untuk berjuang, sama ada perhimpunan anti ISA, BERSIH 1.0 mahupun BERSIH 2.0, PAS berada di baris paling depan untuk menentang kezaliman - menahan gas pemedih mata, menghalang meriam air berkimia!

Ketika 9 Julai, UMNO mengecam kami kerana berarak di jalan raya. Pada saat yang paling genting, Unit Amal PAS membuka jalan, kemudian berkata, 'Bagi Cina semua keluar dulu, kita lindung mereka!' XXX, mana kau MCA? Di mana kau sorok ketika itu? Sekarang kau panggil kami jangan undi PAS, mampuslah kau!

XXX, dah sekian tahun menjadi kerajaan, Presiden video lucah itu masih berada di atas pentas untuk menggesa agar kerajaan begini, supaya kerajaan begitu... Pernahkah kau anggap diri kau sebagai kerajaan? Kalau kau sendiri tak mampu, tak larat, tukarlah orang! Bodoh!

Apa yang paling hebat, Liow Tiong Lai, mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Ketika hukum Islam diluluskan di DUN Kelantan dan Terengganu, ADUN UMNO menyokong dengan mengangkat kedua-dua tangan mereka. Satu undi pun tidak pernah diluluskan DAP. Mengapa tidak kau memimpin MCA untuk keluar dari Barisan Nasional?

PAS ingin melaksanakan Hukum Hudud, ini matlamat tertinggi parti mereka. Ia bagaikan Parti Demokratik Progresif di Taiwan yang menuntut kemerdekaan, sudah pasti ia tak jadi, kerana tidak dibenarkan realiti politik. Apatah lagi PAS bersekutu dengan dua parti komponen Pakatan Rakyat, semestinya memerintah berdasarkan Buku Jingga apabila berkuasa - bukan matlamat tertinggi PAS mahupun DAP. Mungkin ada yang akan tanya, bagaimana pula di Kelantan?

Saya teringin nak tanya mereka, jikapun terlaksana di Kelantan, apa susahnya? Kau bukannya muslim, apa kena-mengena dengan kau? Lebih-lebih lagi, kau tunggulah sehingga Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminda perlembagaan. Buat masa sekarang, kerajaan pun belum tukar. Kini bertimbun-timbun pengundi hantu, Pakatan Rakyat nak pertahan satu pertiga kerusi pun payah!

Ramai lagi Cina bertanya, matilah kalau Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga. Saya kata XXX, kepala otak kau, kalau Pakatan Rakyat memperolehi dua pertiga, sudah pasti DAP ada 50 kerusi dalamnya. Kalau DAP tidak mengundi untuk sokong, maka tak jadilah pindaan tu.

Kemudian lebih ramai Cina tanya, kalau DAP menjadi pengecut, menyokong pelaksanaan Hukum Hudud? Kalau kau tak suka, tukar balik Barisan Nasional-lah! Takkan tiada lagi pilihan raya selepas pertukaran kerajaan pada PRU akan datang? Kan pilihan raya memberi peluang kepada kita untuk tukar kerajaan apabila kita tidak setuju dengan dasar kerajaan yang sedia ada?

Sesetengah Cina bodoh betul, saya terus terang di sini. Seandainya pada PRU akan datang, kami menyokong satu kerajaan yang sudah lama korup dan mencabul hak asasi manusia, hanya kerana takut kepada Hukum Hudud yang langsung tak pernah wujud, maka saya perlu kata, benar orang Cina ni hina. Nasib orang Cina dan rakyat akan tergadai pada tangan sendiri!

Sedarlah orang Cina, jangan lagi ditipu MCA! Hanya apabila kami mengundi Roket, Keadilan dan Bulan, bersatu menukar kerajaan yang haprak ini untuk memperbaiki nasib orang Cina di tanahair ini. Seandainya kamu mencintai bangsa kau, seandainya kamu mencintai rakyat kau, seandainya kau mencintai negara kau, berkongsilah tulisan ini dengan setiap orang kawanmu. PRU yang akan datang, kami bernyanyi bersama "Bulan lambang hatiku" (lagu Cina terkenal)!

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabas kerana tuan menyokong perjuangan ini...umno dan BN kita kena turn offkan dlm pru akan datang. Jika umno dan BN tak jatuh mereka tak akan sedar diri....

Tanpa Nama berkata...

Berapi api aku baca tulisan ko no ni......huhu.tahniah la kerana menyokong perjuangan pas..harap ko dpt menyedarkan lagi masyarakat cina di malaysia dgn tulisan ko ni.

Tanpa Nama berkata...

Gulungan ini nampaknya lebih hebat dari UMNO atau Sister-in-Islam.Gulungan ini agaknya mewakili kaum Cina yang amat mementingkan moral sebagai mana yang diajar oleh Confusionism.MCA punya Presiden,bintang video lucah yang ramai orang Cina tak dapat terima.

Tanpa Nama berkata...

tahniah bro!!..aku yg baca ni mmg berapi n same2 semangat!! moga "nur" yang kau dpt meresap dlm sanubari rakyat jelata tidak kira muda, tua, kaya miskin, tidak kira bangsa ape sekali pun..Tahniah!!

Tanpa Nama berkata...

Tahniah saudara.Semuga lebih ramai lagi yang ikut keinginan saudara untuk menyokong calon PAS.Kita mesti pandai berpolitik.Kalau cara hidup pemimpin PAS macam cara hidup pemimpin UMNO kita tumbangkan mereka dengan menggantikan pemimpin yang lebih baik.Lihatlah bagaimana sederhananya hidup Tuan Guru Nik Aziz.Kalau macam inilah semua pemimpin kita tentulah raka tak susah seperti sekarang ini.....Percayalah.Rakyat boleh KAYA....pemimpin tak boleh.....JADI kalau nak jadi kaya jadilah rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Aku bukan xtrem dlm menyokong mana-mana parti. Tapi menukar pemerintah setiap 5 tahun adalah sesuatu yang baik bagi semua pihak. Jangan terlalu takut dengan perang psikologi konon negara akan huru hara dan kehidupan yang tidak aman. Itu semua propaganda. Kalau tak puas hati pada pemerintah kita tukar je pada pilihan raya yang berikutnya. Tak kiralah parti mana pun...... Aku ckp mcm tu sebab pada aku kerajaan sekarang bukan pemikir yg berfikir untuk kesenangan rakyat. Tapi berfikir untuk mengcekik rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Pandangan pemerhati bebas :

Kaum cina hanya akan menyokong jika pihak mereka mendapat untung kerana kaum cina tidak terlalu taksub samada terhadap DAP mahupun MCA, kaum ini mmg terkenal dgn sifat opportunist mereka yang pasti hanya membuat pilihan yang menguntungkan mereka seperti mana yang telah diterapkan di dalam Sun Sze Art Of War mereka, bukannya pendekatan Confucious sangat pun. Sesiapa yg mengkaji dan mendalami peradaban dan budaya kaum cina serta mengupas Sun Sze Art of War akan pasti mengetahui taktik2 yang digunakan samada di dalam bisnes mahupun kehidupan harian diaorang tertumanya utk survival kaum mereka. Kaum ini sebenarnya pantang nmpak kelemahan maka akan digunakan peluang itu utk mengambil kesempatan apabila sesuatu kaum itu menjadi lemah akibat berpecah-belah. Contoh yang paling ketara ialah di dalam bidang bisnes sendiri mereka akan berlumba2 utk sama2 naik kerana pada mereka jika ramai di antara kaum mereka yang bersama2 berjaya, kaum mereka yang akan untung sebaliknya, org melayu akan berlumba2 untuk menjatuhkan di antara satu sama lain agar mereka sahaja yang akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Contoh itu cukup nyata di dalam dunia perniagaan dari dulu, kini dan mungkin selamanya (Sengaja guna ayat ni coz org melayu akan cepat melatah dan semestinya menganggap saya ini penokong UMNO). Saya tidak berminat dengan politik kerana politik itu amat kotor. Yang betul boleh jadi salah dan yang salah juga boleh jadi betul atas nama politik..... Wallahualam bissawab!

s_kid berkata...

Kuasa allah yang mengerakkan hati-hati manusia...lapangkan fikiran, teguhkan hati untuk buat pilihan yang tepat..

Unknown berkata...

pada yg kata politik tu kotor,
aku pesan 'CERMIN LAH DIRI TU DULU', bodoh betul....Politik mana kotor...yang kotor orang yang berpolitik...politik ni boleh makan rasuah ke?bukan manusia ke yang makan rasuah...BANGANG punya orang...belajar tak nak faham...dengar je cakap orang..Rasulullah pun BERPOLITIK.ni aku nak tanya yg kata POLITIK TU KOTOR,'POLITIK RASULULLAH KOTOR KE?'

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya umno mewakilkan pemimpin yg baik ..saya akan undi dia. Tapi sekiranya Pas mewakilkan pemimpin yg lagi baik saya akan undi PAS.. Baik maksudnya..tak ada kes rasuah..tak sombong..tak knianat..tak mementingkan didri sendiri dan yang paling penting selepas menang masih ada dikawasannya..bukan putrajaya atau diluar negara..sebab sibuk menguruskan masalah sendiri....contohnya spt Nik Aziz..nak cari kat rumah bisanya beliau ada...from Azhar Kulaijaya Johor.