8 Okt 2011

Kehadiran Ahli Parlimen PR Perlu Dipantau Elak Makan Gaji Haram

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Jangan Samakan Dewan Rakyat Dengan Tapak FUNFAIR

Tahniah kepada 28 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berjaya hadir ke pengundian belah bahagian Rang Undang-Undang Pembangunan Kampung Baru. Berjaya atau gagal dalam memperjuangkan satu Rang Undang Undang bukanlah satu persoalan yang sebenarnya. Bandingkan sahaja jumlah keseluruhan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen Barisan Nasional. Cuma amat kecewa bila jumlah kehadiran Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang amat sedikit sewaktu pengundian belah bahagian dijalankan.

Ini bukanlah pertama kali Ahli-Ahli Parlimen ini ponteng. Seolah-olah tiada keseriusan dalam menjalankan tugas.

Adalah menjadi kewajipan setiap Ahli Parlimen perlu berada di Parlimen sewaktu Dewan bersidang. Kita berhasrat untuk menjadikan institusi Parlimen Malaysia ini sebagai kelas pertama, kita menjanjikan reformasi sistem Legislatif negara namun dengan sikap suka ponteng, perkara ini sememangnya umpama mimpi Mat Jenin.

Sudahlah kerap ponteng, prestasi di kawasan konstituen juga lemah. Rakyat beri amanah sebagai Ahli Parlimen. Rakyat tidak pernah peduli berapa gaji & elaun kamu tetapi kami hanya inginkan wakil-wakil kami di Dewan ini lebih berdisiplin dan tidak menganggap bahawa Dewan Rakyat yang mulia itu seperti tapak Fun Fair. Sesuka hati kamu hendak hadir, sesuka kamu untuk ponteng.

Rakyat melantik, membayar gaji anda bukan hanya sekadar untuk bercakap mengenai parti lawan semata-mata. Bukan untuk hadir di tempat-tempat ceramah dan jamuan makan malam sahaja. Parlimen dan Dewan Rakyat adalah merupakan tempat kerja Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat harus faham, jangan kamu ingat oleh kerana kamu sekarang ini berada di pihak yang menentang rejim Pemerintah, maka tiada yang memerhati tindak tanduk kamu.

Apa yang anak muda mahukan adalah kedua-dua pihak mengamalkan politik nilai, politik amanah, politik secara baik. Kalau Ahli-ahli Parlimen ini tidak mengerti nilai kepentingan kehadiran di Dewan Rakyat, kan lebih baik kita tukarkan sahaja mereka ini dengan individu-individu yang rajin dan sentiasa berusaha untuk mempersembahkan yang terbaik demi rakyat.

Ini merupakan bencana besar iklim politik Malaysia kerana kedua-dua belah pihak dilihat malas untuk berbahas persoalan dan rang undang-undang yang akan mengheret rakyat secara langsung ke dalam perlaksanaan rang undang-undang tersebut.Tambahan pula, Persidangan Dewan Rakyat bukanlah berlaku setiap bulan. Jadi, bukanlah satu alasan bagi Ahli-Ahli Parlimen ini untuk mengatakan bahawa mereka mempunyai tugasan di kawasan konstituen masing-masing sewaktu tempoh persidangan.

Solidariti Anak Muda Malaysia mengambil inisiatif untuk memantau kehadiran Yang Berhormat Ahli-Ahli Parlimen ini ke setiap sesi Persidangan Dewan Rakyat agar kesemua Ahli Parlimen ini menyedari bahawa terdapat mata-mata yang sentiasa memerhatikan tingkah laku mereka.

Pendedahan mengenai disiplin kehadiran setiap Ahli Dewan Rakyat adalah perlu agar memastikan setiap Ahli Parlimen yang dilantik memenuhi kewajipan dan amanah yang digalas di bahu masing-masing dan bukannya hadir hanya apabila Ketua-ketua parti masing-masing hadir ke Parlimen, barulah Dewan Rakyat menjadi penuh sesak, tetapi lengang sebaik sahaja Ketua-ketua ini melangkah kaki meninggalkan bangunan Parlimen.

AHMAD ANWAR ASYRAF BIN ISMAIL
Penyelaras Negeri
Solidariti Anak Muda Malaysia
Negeri Johor

Ulasan GB

GB sudah ulas panjang lebar semalam. Tiada YB yang berani tampil untuk menjawab kerana mereka tahu mereka telah melakukan kesalahan, kesalahan yang besar fan serius yang telah menyebabkan RUU Kg Bahru diluluiskan dan sekaligus wasiat allahyarhamah Dr.Lo'lo' dipermainkan oleh ahli-ahli parlimen PR.

Ada seorang dua YB yang menghubung GB untuk membela MP-MP yang tidak hadir. Kononnya GB tak tahu senario sebenar. Kononnya MP Pakatan tidak sangka undi dilakukan sebelah malam dan sebagainya.

Sekalipun GB bukan ahli parlimen, tidak bererti GB tidak tahu apa yang berlaku di Dewan Rakyat, bukan bererti GB dan lain-lain blogger tidak boleh tahu siapa yang hadir siapa yang ponteng dan bukan bererti kami sukasuka tuduh suka-suka tulis ikut sedap rasa.

Ketidak-hadiran tanpa alasan itu ponteng namanya dan itu adalah "dosa" yang besar kerana mengkhianati amanah Allah, RasulNya dan pengundi anda.

Bawa bukti atau dalil sahih atau panggil mana-mana ulamak muktabar yang kamu ada untuk membuktikan pula tindakan ponteng kamu itu adalah sah!

GB sedia tarik balik tuduhan GB jika kamu-kamu yang ponteng dapat menyediakan dalil sah bahawa kamu boleh tidak hadir tanpa alasan/uzur syarie dari menjalankan amanah.

Lagipun kami para blogger merasa berkewajipan untuk mengulas, mengkritik, mencadang samada dengan nada keras atau lembut, kerana selama ini sebelum kamu-kamu dilantik sebagai ahli parlimen pun kami sudah berada di alam siber memperjuangkan kebenaran dan keadilan serta menentang kezaliman. Kami tidak dibayar oleh kamu-kamu tetapi dibayar oleh Allah s.w.t. untuk tugas itu. Justeru itu kami akan tetap menyuarakan yang hak itu sebagai hak, sekalipun ianya akan memenggal kepala ahli parlimen PR sendiri mengambil iktibar dari suratul-Kahf.

حْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَهاً لَقَدْ قُلْنَا إِذاً شَطَطاً


Kami ceritakan kepadamu hal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka, semasa mereka bangun lalu berkata: Tuhan kami ialah tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak akan menyembah Tuhan yang lain selain-Nya; jika tidak bermakna kami memperkatakan sesuatu yang jauh dari kebenaran. Al-Kahf: 13-14

Malah jika kamu-kamu mengkhianati amanah pun, akan tetap ada orang yang akan memikul amanah itu.

Hadis daripada Thauban R.A bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda; "Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang tetap tegak menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut". (Riwayat Muslim)

Kali ini rakyat memaafkan kamu, tetapi sebarang perulangan sikap yang memandang rendah terhadap amanah yang diberikan tidak akan lagi diberikan keampunan dan kemaafan. SERIUS dan KOMITMEN dari semua ahli parlimen diperlukan jika benar-benar hendak menawan Putrajaya. Jika tidak bakar saja BUKU JINGGA, lupakan semuanya. Blogger PR pun boleh tutup semua blognya. Biarkan BN memerintah dan rakyat hidup menderita dan dizalimi selama-lamanya!

Berita Sebelum
Klik Untuk Baca






9 ulasan:

Awan Network berkata...

jangan sia-siakan sokongan rakyat

[Klik Sini] Diana Amir Pakai Tudung

narong berkata...

steady GB...inilah yg dikatakan telus dan amanah..jgn jadi mcm puak2 umno..ni pengajaran utk MP2 semua...tak kira anda berpangkat besar atau sebagainya jgn amanah rakyat dipermainkan..jadikan iktibar..jgn ingat kamu MP kamu boleh buat sesuka hati kamu..kami rakyat mahu pemimpin yg berkerja utk rakyat!!!

Tanpa Nama berkata...

Mereka dalam pakatan semata-mata untuk mendapat ruang dan peluang jadi MP. Hakikatnya mereka bermentalitikan UMNO dan masih merindui BN. Apakan daya peluang belum tiba. Belum memerintah dah haprak. Berkopiah kah, bersongkok kah, mata sepet kah atau yang kulit gelap kah, mereka sepeseeen saje.

Anuwar sabitlah dengan mahkamahnye. Hj Hadi pulok mu gi manee..?. Lim anak beranak ponteng jugak..?

Pak-pak aji dari pas yang basah bibir dengan ayat dan hadis pun PONTENG sama..!!?? Haprak sungguh. Lidah kutuk BN. Perangai sendiri saling tak tumpah BN. BN pun dah pandai berubah dan terpaksa belajar berubah. Kamu dari Pakatan pulak yang bersikap haram jadah.

Tanpa Nama berkata...

setuju dengan GB,
Nampaknya MP Pakatan Rakyat mula nak main wayang, ponteng di parlimen adalah kegagalan MP itu sendiri untuk menyuarakan bagi pihak rakyat pembangkang yang menyokong mereka.
Apakah penilaian MP Pakatan Rakyat kepada penyokong/ahli di peringkat bawahan PAKATAN RAKYAT, MP PR yang ponteng bagitu gembira kerana mereka tidak mengeluarkan satu sen pun kepada ahli/penyokong yang berkerja keras untuk menaikan kepecayaan rakyat terhadap PR dengan usha sendiri walaupun tidak berceramah di pentas penceramah,
Harapan kami termasuk tokoh politik yang tidak ada jawatan AHLI PARLIMEN (MP) untuk memambah sokongan di permainkan oleh MP pakatan yang durjana itu kaki ponteng sehingga telah dikenal pasti..
jangan menambah lagi kekecewaan kamiyang mengunakan wang
saku sendiri dalam perjuangan parti demi kepentingan PARTI PR.
Inilah balasan habuan yang kami terima bahawa MP PR yang kami sokong sudah mula ikut perangai UMNO+BN.
Kami penyokong PR sungguh kecewa.
kepada pemimpin PR , kalau nak lantik wakil Rakyat kenal pasti dahulu, kalau kaki bodek,sebagai contoh kalau kaki video sex MP PR dari utara boleh turun KL untuk tengok video sek bersama musuh tetapi di perlimen boleh ponteng..
jangan anggap penyokong PR bawahan bodoh, buta dan tiada akal.

simpang tiga banggol kambing berkata...

aku tetap tak maafkan MP PR yg ponteng selagi depa tak bagi surat tunjuk sebab.

Tolong ingat sikit, kuasa di tangan rakyat!

Jgn dok sibuk laungkan slogan 'ketuanan rakyat', tapi tak tunaikan amanah rakyat.

--

adam berkata...

syabas GB kerna keberanian dalam bersuara. teguran yang telus seperti ini diharap dpt membuka mata MP semua(PR@BN)dan menyedarkan mereka ttg tanggungjawab terhdp rakyat

Tanpa Nama berkata...

Ponteng hadir di parlimen tanpa sebab yang sah merupakan rasuah. Rasuah masa, rasuah moral dan rasuah wang ringgit (dari gaji dan elaun).

Tanpa Nama berkata...

kalau lihat pada senarai mp yg x hadir, secara kasar nampak MP dap dan pkr yg ramai x hadir, mp pas lebih sikit.

patut senaraikan ikut parti.. ada tak rekod kehadiran ikut individu? ketidakhadiran ikut individu? senang sikit nak tengok MP mana yg hampeh.

parti pun kena tengok track rekod kehadiran parlimen sbg 1 kriteria nak pilih sbg calon p/raya nnti, penting ni.

Tanpa Nama berkata...

MP Pakatan Rakyat kena faham.Anda semua adalah Ahli Parlimen yang dilantik rakyat.Kerja Ahli Parlimen adalah diParlimen bukan diluar negeri atau dirumah.Kalau sakit tentu ada surat doktor.Kalau diluar negeri ada tugas itu tak penting sebab itu bukan kerja Parlimen.Kerja Parlimen lebih mustahak dari kerja parti sebab anda sudah dilantik sebagai wakil rakyat.Kalau perkara semudah ini tak faham,pada PRU akan datang jangan lagi jadi calun.