4 Okt 2011

Baru Ku Tahu: Ada Peti Surat Dalam Laut!

Peti Surat Bawah Laut Tarikan Terbaru Pelancong Ke Indonesia

JAKARTA: Indonesia telah memperkenalkan peti surat bawah laut pertama di republik ini dan kedua di dunia di Pantai Amed, daerah Karangasem, Bali, mulai semalam sebagai usaha mengembangkan industri pelancongan dan tarikan kepada pelancong yang gemar menyelam.

Syarikat Pos Indonesia melancarkan peti surat tersebut berbentuk gapura atau pintu gerbang berupa tembok batu pintu pagar tempat ibadat dan bangunan mengikutciri khas terdapat di Pulau Dewata itu. Pelancaran peti surat itu merupakan sebahagian daripada acara perayaan ulang tahun ke 265 syarikat peninggalan penjajah Belanda itu.

"Kami ingin menyokong pelancongan bahari (laut) di Amed, yang berdasarkan kajian kegemaran penyelam luar negeri. Kami ingin memperkenalkan pantai Amed supaya pelancong tidak hanya bertumpu ke Pantai Kuta sahaja," kata Pengarah Utama Pos Indonesia I, Ketut Mardjana yang dipetik akhbar harian Kompas pada Isnin.

Mardjana berkata pengiriman dan pengambilan surat melalui peti surat bawah laut itu sama seperti yang dilakukan di darat cuma pos bawah laut perlu menggunakan kertas kalis air disediakan di Pejabat Pos Amed.

Dengan bayaran pos Rp10,000 (RM3.50) lengkap dengan cap dan sampul surat khusus yang kalis air, penyelam boleh memasukkan sendiri suratnya di peti surat berkenaan.Untuk khidmat pengambilan dari peti surat itu, Pos Indonesia bekerjasama menggunakan khidmat para penyelam tempatan.

Peti surat bawah laut pertama di dunia ialah di perairan laut Australia. -BERNAMA

Ulasan GB

Apa tujuannya menghantar surat melalui peti surat bawah laut ini?

Mungkin untuk memberitahu kepada si penerima bahawa surat itu diposkan melalui peti surat bawah laut di Bali, lantas akan menjadikan si penerimanya kaget dan teruja untuk ke Bali. Dengan cara itu pelancongan Bali pun meningkat.

Itu yang GB boleh fikirkan. Atau atau sebab lain?

4 ulasan:

hyhhh berkata...

macam2 ada kat Indonesia,..

Jom terjah sini:
1)Apabila Butang “Mute” Wujud Dalam Dunia Realiti
2)Kena Kejar Sebab Mandi Bogel
3) Bagaimana Nak Bagi Gigi Kuning Jadi Putih?
4) Porno Bagi Kesan Buruk Kepada Otak

kamaludinbadawi berkata...

lebih mempromosikan keindahan laut dan dasar laut Indonesia secara tak langsung...

juga memudahkan tentera laut untuk membuang undi secara pos gamaknya hehe..

Tanpa Nama berkata...

GB, setuju dgn pandangan anda .. Sebab2 lain ku lum dapat ide lagi utk tambah ... heh heh heh .. apa2 le.. asal menguntungkan rakyat

Tanpa Nama berkata...

kalau kat mesia nie, penuh peti surat tu dengan surat2 x kalis air...