23 Sep 2011

Terpaksa Curi Susu Demi Anak

Georgetown - Seorang ibu muda yang terpaksa mencuri susu kerana tiada wang dilepaskan dengan pengawasan selama dua tahun dengan jaminan RM2,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Majistret Georgetown, semalam.

Nur Izzati Syamimi Isa, 21, dari Jalan Thean Tek, Air Itam, dituduh mengambil barangan di pasar raya Tesco Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, pada kira-kira jam 9 malam 17 September lalu.

Antara barangan yang dicuri ialah dua tin susu Gain Plus dan empat paket susu jenama Anlene Gold semuanya bernilai RM281.60.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda.

Mengikut fakta pertuduhan, seorang pengadu yang juga pelanggan di pasar raya yang sama ternampak dua wanita dalam keadaan mencurigakan, cuba memasukkan barangan dalam beg masing-masing.

Setibanya di kaunter bayaran, beg yang mengandungi susu berkenaan tidak diletakkan untuk membuat bayaran, tetapi Nur Izzati membawanya keluar sehingga ke tempat letak kereta.

Dia ditahan pengawal keselamatan dan dibawa ke bilik keselamatan untuk diperiksa dan semasa diperiksa dia gagal mengemukakan sebarang bukti pembayaran untuk dua tin susu serta empat paket susu.

Di mahkamah, Nur Izzati, yang tidak bekerja, mengaku bersalah dan merayu supaya hukuman diringankan kerana mempunyai anak berusia dua bulan.

Dia mengaku mencuri susu berkenaan kerana tidak mempunyai duit untuk membeli susu tin untuk anaknya itu.

Majistret, Siti Salwa Ja’far, melepaskan tertuduh atas faktor status ibu yang masih mempunyai anak kecil dan kesalahan pertama.

“Tertuduh didapati bersalah namun atas faktor itu kamu dilepaskan, tetapi kamu dilepaskan dengan pengawasan selama dua tahun selepas tarikh dilepaskan dengan wang jaminan RM2,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin,” katanya.

Nur Izzati, yang ditemani suami dan bapanya, kelihatan tenang selepas mendengar hukumannya. -SH

7 ulasan:

Awanama berkata...

Tahniah majistrate tu. Mmg pening, mana tau lepas ni banyk le kes2 curi barang, nak lepas, buat alasan tu.

Apa2 pun, yg empunya diri & keluarganya lebih faham . Adakah suami merokok? Adakah patuh perintah Allah (solat jemaah, tutup aurat, mengaji, dlll...) .. Pusat zakat pun pening juga.. klu mohon, beri le..

pemimpin lagi le besar tanggung jawab.. klu dia dtg kat hambe, insyaAllah ambe bantu material & agama ... tapi klu suaminya merokok, rumah ada astroo, pi surau malas.. (pembaca jawab le sendiri.... )

Awanama berkata...

rakyat mencuri sebab x cukup makan. aku salahkan pemimpin dlm hal ni. pemimpin tak adil. kalau kekayaan negara dibahagikan dgn adil,keadaan mcm ni takkan berlaku.teori ekonomi senang mcm ni pun pemimpin x blh nk ikut.

#dumbgotohell

mama berkata...

kenapa anak tu tak diberi susu ibu?

Awanama berkata...

Aku nak salahkan pemimpin dah tak larat dah ...

Aku beri satu contoh depan mata aku, suami OKU, jual suarat kabar & majalah2 di tepi jalan pakai moto khas .. modal dibantu, tapi dia ni tak merokok, rajin pi solat jemaah kat rumah Allah, peramah, sentiasa senyum, mulut sentiasa zikir..

Allah cempakkan hati2 org lain utk bantunya, lariskan jualannya, mudahkan urusannya.. dll

Selang beberapa tahun, dah ada kancil, keluarga.. isteri & anak2 tutup aurat, ... yakin la, Allah akan buka pintu2 rezeki (yg halal & berkat of course) dari yg tak disangka2, klu kamu berTAQWA ..' ni janji Allah, Pemberi rezeki

Awanama berkata...

pejabat urus zakat penang takkan nak baca saja kot

Awanama berkata...

kesian kat ank sbb x d beri susu ibu. wal hal 2 hak dia..

Awanama berkata...

Curi susu demi anak-ayat yg cukup meruntun jiwa..hampir semua org jatuh simpati,tak kurg yg menunding jari pada pihak berwajib, cth:pusat zakat&kerajaan..
Tp kalau difikirkan dlm2, sejauh mana si ibu terdesak&sejauh mana bantuan pernah dihulur,hanya mereka yg terlibat saja yg tahu..
Nilai brg curi = hampir 3 ratus ringgit..jumlah brg curi=2tin susu gain plus+4paket susu anlene gold.kalau diikut harga,kesemua jenis susu yg dicuri tu mungkin dlm pek besar.
Dalam keadaan yg plg biasa,org yg mencuri dlm keadaan sgt terdesak lazimnya hnya akan mengambil sekadar yg perlu sahaja..tp utk ibu muda ni,nak dituduh rasa tak adil juga,tp niat dia mangambil brg sebnyk&sejumlah itu,dia sajalah yg tahu....
2tin susu gain plus=mmg lah untuk bayi..4paket besar susu ANLENE GOLD untuk siapa pula?bak kata iklan,”susu anlene gold untuk warga berusia 50 tahun ke ataaassss..”
Tu belum lagi persoalan2 lain yg bole timbul:suami tidak bekerja ke?tidak diberi susu bdn ke utk anak yg baru 2 bulan?sekali lagi,keadaan hidup dia,dia sajalah yg tau..
Rakyat msia mmg bagus,ramai yg perihatin...tp lebih bagus dlm prihatin2 kita, kita dpt memikirkan semua faktor keliling juga sblum memberi pendapat atau menunding jari....
Sekadar berkongsi pandangan.