20 Sep 2011

Pihak Berkuasa Bekerjasama Dan Sengaja Tutup Mata Terhadap Kesalahan Blogger UMNO?

Demi konspirasi, blogger Umno kebal undang-undang – AMK

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Rozan Azen Mat Rasip mendakwa blogger Umno dilindungi pihak berkuasa semata-mata kerana peranan mereka berkonspirasi menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kebal dari sebarang tindakan undang-undang, blogger upahan Umno,Papagomo tidak pernah dipanggil memberi keterangan sama ada oleh polis atau Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).

Terbaru, tindakannya menyebar video fitnah di internet yang didakwa sebagai Anwar tidak pernah diambil tindakan.

“Apakah kerana Papagomo menyerang Anwar, maka dia terlepas dari tindakan undang-undang? Sepatutnya polis telah lama menyiasat Papagomo.

Tindakannya sebelum ini menyiarkan video fitnah di internet sehingga menyebabkan beberapa orang didakwa di mahkamah.

“Kalau sebelum ini trio Datuk T membuat tayangan lucah di Hotel Carcosa dan menjadi kesalahan. Mungkin menggunakan blogger dan menyiarkannya di internet adalah cara untuk mengelak sebarang tindakan.”

“Papagomo juga mengugut untuk mengeluarkan lagi video-video dalam siara blognya akan datang. Persoalannya, bagaimana dia memperolehi video ini. Kenapa seperti ada kekebalan. Siasat dia segera,”
katanya kepada Keadilandaily.

Rozan turut mencabar sama ada Datuk Eskay yang dikatakan wajahnya turut tersiar dalam rakaman itu untuk menafikan penglibatannya dalam pengedaran video tersebut.

“Dia kena declare (umum) yang dia tak terlibat dengan pengedaran video. Begitu juga dengan Presiden Umno dan Datuk T”

Terdahulu, Rozan membuat laporan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur mendesak Ketua Polis Negara menyiasat penyebaran video fitnah terhadap Datuk Seri Anwar.

Katanya, tindakan TV3 memetik siaran blog tersebut dan melaporkannya pada program Buletin Utama malam tadi menimbulkan prasangka dan pandangan negatif orang ramai terhadap Anwar, sedangkan siasatan tidak pernah dibuat. -KD

Ulasan GB

GB tidak hairan sedikit pun dengan special treatment yang diberikan oleh pihak berkenaan terhadap blogger UMNO ini. Kerana yang memberikan special treatment itu sendiri tidak menyedari yang hayatnya sendiri pun kian pupus.

Golongan ini adalah golongan tidak beriman. Jadi apa ada hairan dengan apa yang mereka ada?

لاَ يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُواْ فِي الْبِلاَدِ
مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ


Janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang-orang ingkar bergerak di dalam negeri. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahannam; dan Jahannam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya. [Ali Imran : 196-197]

وَلاَ يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ أَنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ خَيْرٌ لِّأَنفُسِهِمْ
إِنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ لِيَزْدَادُواْ إِثْماً وَلَهْمُ عَذَابٌ مُّهِينٌ

Dan janganlah sekali-kali orang ingkar itu menyangka bahwa pemberian tangguh Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka. Sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka; dan bagi mereka adzab yang menghinakan. [ِAli Imran : 178].

اسْتِكْبَاراً فِي الْأَرْضِ وَمَكْرَ السَّيِّئِ وَلَا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِ
فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا سُنَّتَ الْأَوَّلِينَ فَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَبْدِيلاً وَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَحْوِيلاً

Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana yang jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangnya. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fathir : 43 ]

Sebelum ini GB sudah mengulas di dalam entri bertajuk: Satu Hari Papagomo Tetap Kena Walaupun Polis & SKMM Tak Jalankan Kerja. Petikan:

GB perhatikan sudah ada laporan polis / SKMM sebelum ini terhadap papagomo tentang banyak isu, salah satunya mengenai video seks.

Tetapi tak ada siasatan dilakukan, malah papagomo semakin galak menyiar gambar porno dan video lucah.

Yang penting sekarang, ialah laporan polis terhadap polis dan pegawai SKMM yang tak menjalankan kerjanya.

Mentang-mentang duduk sekapal dalam UMNO.

Tak apa, satu hari papagomo tetap kena. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga.

Doa lagi: Ya Allah buktikan kebenaran itu kebenaran....


Tiada ulasan: