25 Sep 2011

MCA: Pendakwaan Mat Sabu Untungkan Pakatan, Cemar Imej Pihak Kerajaan

MCA menyelar tindakan mengheret Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ke mahkamah berhubung kenyataan berkenaan peristiwa Bukit Kepong kerana ia hanya akan meninggalkan imej buruk di pihak kerajaan dan membawa simpati kepada pembangkang.

Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, tindakan mengenakan tuduhan ke atas Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu hanya akan menimbulkan keraguan mengenai dasar pembaharuan dan kebebasan sivil yang cuba dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak kebelakangan ini.

Sebaliknya kata Gan, kerajaan seharusnya membiarkan Mohamad dan penyokongnya terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak masuk akal, bukannya menghadapkan mereka di mahkamah.

Katanya, kontroversi-kontroversi berkaitan fakta sewajarnya diselesaikan menerusi debat peringkat tinggi dan juga menerusi kajian akademik.

“Mengambil tindakan mahkamah hanya akan membawa gambaran negatif ke atas kerajaan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad dihadapkan di Mahkamah Sesyen Butterworth pada 21 September lalu kerana dituduh membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor.

Mohamad, 57, mengaku tidak bersalah dan minta dibicara terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan itu.

Beliau didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.

Bagi pertuduhan alternatif, Mohamad didakwa telah memfitnah anggota-anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Konstabel Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong dengan membuat tohmahan dalam ucapan ceramah.

Meskipun tidak setuju dengan tindakan mengenakan tuduhan ke atas Mohamad, Gan berkata, beliau juga tidak setuju dengan kenyataan pemimpin itu kerana turut menyinggung perasaan keluarga mangsa. -TMI

Ulasan GB

Biarkan. Tindakan membawa Mohd Sabu akan hanya menyebabkan UMNO BN akan kalah bertambah teruk di dalam PRU13 akan datang ini.

Kerana? Tiada apa yang hendak di tuduh ke atas Mohd Sabu. Perkataan komunis pun tak disebutnya sewaktu ceramah itu. Dan seperti GB ulaskan sebelum ini, 1,000 laporan polis yang dibuat ke atas Mohd Sabu itu, mesemua mereka tak pergi pun mendengar ceramah Mohd Sabu, hanya bersandarkan kepada laporan fitnah Utusan Malaysia.

Dihodohkan lagi oleh tindakan-tindakan oleh para blogger UMNO di mana semua rakyat mengetahui bahawa blogger-blogger pencacai ini adalah dari kalangan tidak berakhlak.

Tindakan polis dan Peguam Negara mengheret Mohd Sabu ke mahkamah akan hanya mengundang kebencian rakyat kepada kerajaan. Pengikut Mohd Sabu bukan sedikit, bukan terhad hanya kepada ahli PAS. Kalau tak percaya, suruh rakyat buat pilihan di dalam satureferendum, di antara muka Mohd Sabu dengan muka Tan Sri Ismail Omar, KPN atau Gani Patail - si peguam negara yang durjana itu, siapa yang rakyat lebih suka dan gemar?

Jadi di penghujung hari, yang bakal ditimpa kehinaan nanti ialah si pemfitnah itu, Utusan. Menurut pemerhatian GB, Utusan bakal lenyap dari bumi Malaysia!


6 ulasan:

Awanama berkata...

Bodoh tak boleh diikut dan cerdik tak boleh didengar...inile 1Malaysia.

Awanama berkata...

sikit2 nak dakwa dlm mahkamah, asal drp pembangkang aja, dakwa dakwa, tak ada kes pun nak dakwa, buang masa, buang duit, kalau duit poket sendiri lantak lah, ni duit kerajaan duit rakyat, tambahan pulak kes tertangguh lain yg memerlukan perbicaraan berlambak.

yg bodoh adalah rakyat yg sokong amno ni terus memerintah, lagi lama memerintah lagi banyak mengarut. nak jadi negara maju konon, ucapan dlm ceramah pun nak masuk court, kalau amarika dan negara2 maju lain, apa depa kisah, buat kartun perli pemimpin pun x dikisah, banyak lagi hal penting nak pikir, buang masa buang duit rakyat.

Awanama berkata...

betul... betul... betul...
bn/umno kan bloody fool.
nak betulkan sejarah malaysia dengan fakta yang tepat pun kena dakwa ke?
hidup mat sabu!
hidup pr!

Awanama berkata...

Inilah yang dipanggil bodo piang...!! Banyak lagi urusan negara perlu diberi perhatian tp di BN masih terikut rentak sendiri... Pembangkang hanya keluarkan pandangan mereka... Bn analisis balik... tu je.. x payah sampai sikit2 tangkap... akhirnya pembangkang kelihatan cerdik BN nampak bodo piang laaa.....

Awanama berkata...

... kontroversi-kontroversi berkaitan fakta sewajarnya diselesaikan menerusi debat peringkat tinggi dan juga menerusi kajian akademik.

Selama 54 tahun kita telah tersilap pilih penguasa yang tidak memiliki kekuatan ilmu, kebijaksanaan dan kebitaraan.

Tindakan lebih kepada proksi kepada gerombolan UMNO BeEnd dan sangat selektif dan bias.

Gerombolan songkok tinggi pula merupakan kalangan yang munafiq apabila kerap bercanggah pandangan dan pendapat tentang isu agama sesama mereka. Punca jelas adalah kerana kegagalan memahami keseluruhan tuntutan addin dan bungkem untuk menterjemah kata-kata dalam bentuk amalan yang selaras dan menepati tuntutan agama.

Perhatikan sejak akhir-akhir ini, semua pemimpin gerombolan songkok tinggi mengeluarkan kenyataan tentang isu semasa. Namun akhirnya menyerlahkan kebodohan dan dangkalnya knowledge base yang dimiliki. Betapa ruginya kita masih mempunyai pemimpin yang tidak bijaksana dan tidak cerdik serta tidak sedar diri.

Kita bukan tidak suka pemimpin, cuma tidak suka gerombolan purba memimpin kita. Tidak untuk PRU 13

adam berkata...

Tak semua kesan daripada kenyataan mat sabu menguntungkan PR. Bekas anggota keselamatan (polis+askar+keluarga) dan veteran di negara ini setiap hari menceritakan keganasan komunis. Ini telah menguntungkan pemerintah.