25 Sep 2011

Keterlaluan: PERKASA Ganggu Cemarah Mat Sabu Di Seremban

Ceramah: Penyokong PAS, PERKASA bergaduh

Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol, malam semalam.

Acara yang dijadual bermula jam 9 malam tetapi setengah jam sebelum itu, kira-kira 100 penyokong kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah.

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Pada awalnya, keadaan dilaporkan terkawal tetapi apabila Mohamad atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu mula menyampaikan ceramah pada jam 10.15 malam, ahli-ahli PERKASA itu didakwa cuba bergerak ke arah pentas.

Mereka bagaimanapun dihalang oleh penyokong PAS dan akibatnya berlaku tolak-menolak dan keadaan menjadi tidak terkawal.

Ketika itu, kira-kira 800 orang menghadiri majlis berkenaan.

Beberapa air botol dan juga batu kemudiannya didakwa dilontarkan ke arah pentas berkenaan hingga menyebabkan ada penyokong PAS yang dilaporkan cedera. Seorang daripada mereka juga mendakwa dibelasah oleh ahli PERKASA.

Timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ghazali Mat Som yang merupakan penganjur acara itu kesal dengan kejadian tersebut dan mendakwa ahli PERKASA bertindak ganas.

"Seorang lelaki cedera di hidung dan kepalanya. Ada juga yang mendakwa ditumbuk di pipi dan terkena balingan batu di bahagaian belakang badan.

"Sebelum kejadian, seorang ahli PERKASA mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami tidak bersetuju menerimanya dan meminta mereka supaya bersurai.

"Kami kemudian memaklumkan kepada pihak polis dan apabila polis minta mereka bersurai, mereka juga engkar dan mula menunjukkan kebiadapan. Apabila lebih ramai polis datang, barulah mereka bersurai,” katanya.

Sehubungan itu, Ghazali menggesa polis supaya bertindak dengan adil dan memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Sementara itu, Setiausaha PERKASA Negeri Sembilan, Alias Mohamad yang turut hadir semasa kejadian itu semalam, ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini berkata bahawa mereka bukanlah anti-PAS tetapi sekadar menyatakan bantahan terhadap Mat Sabu.

Kami bukan menentang PAS secara keseluruhan tetapi hanya menyatakan bantahan kami terhadap Mohamad Sabu yang menyakitkan perasaan banyak anggota tentera.

"Ramai bekas anggota tentera hadir malam tadi dan mereka kecewa dengan kedegilan Mat sabu dan keenggannya meminta maaf berhubung kenyataannya.

"Dia yang diiktiraf komunis dan memartabatkan komunis.

Apabila diminta mengulas mengenai beberapa penyokong PAS yang cedera itu, Alias berkata PERKASA hanya mahu menyerahkan memorandum tetapi dihalang.

"Kami hanya mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami telah dihalang oleh penyokong PAS. Ini menyebabkan keadaan panik dan kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

"Tetapi saya difahamkan seorang daripada ahli kami juga terkena simbahan air panas daripada sumber yang tidak diketahui,” katanya. -mk

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang" ...

Perkasa adalah perkakas politik yang berselindung atas nama NGO dan tidak mewakili majoriti suara kaum Melayu Baru yang lebih pragmatik, rasional dan memiliki umbi ilmu dan beragama.

Tindak tanduk perkasa lebih kepada perkakas untuk menyemai budaya membenci, samseng, ekstremis dan tidak rasional. Sepatutnya mereka berada dalam era 60an dari segi manteliti dan tindakan.

Sebagai seorang pelajar, pendekatan dan tindakannya lebih berbau perkauman dan tidak menguntungkan sesiapa, kecuali setakat berkokok kuat tapi ekor terpalit dengan najis.

Perkasa adalah perkakas bagi kalangan yang hidung tak mancung pipi tersurung-surung, cakap tak serupa bikin dan hangat hangat tahi ayam, selain melakar wajah Melayu yang panas baran, celupar dan hipokrit.

Unknown berkata...

pelik sungguh la depa nie...nak ceramah pon susah...

Jom terjah sini:
1)Pelik!! Nasi Berlaukkan Kondom di China
2)Kesian…Gadis Muda Berwajah Tua
3) Terbaru!! Cara Kembalikan Facebook Chat Yang Lama

Tanpa Nama berkata...

mereka diupah untok melakukan honaq ceramah mat sabu supaya umum akan berpandangan orang melayu sangat marah pada mat sabu,puak2 ni memang suka kalau boleh jadi pecai kepada waris penjajah.

Tanpa Nama berkata...

Inilah slogan yang UMNO buat kepimpinan melalui tauladan. Ketua Perkasa pun macam samseng sebab tu lah pengikutnya pun jadi samseng, Cuba dia baca baca sejarah dari mana datang nya gelaran komunis??? ni dan siapa yang bagi gelaran komunis???. Cuba suruh Braheng Alu jelaskan.

Tanpa Nama berkata...

Semoga yang benar akan teserlah kebenarannya...dan yang bersalah akan mati kemalangan dalam masa terdekat.

Waris berkata...

Sepatutnya tak perlu layan beruk beruk tu. Terima saja memorandum tu supaya dia orang cepat berambus. Bila dah berambus campakkan saja memo tu ke longkang.

Tanpa Nama berkata...

ahli2 perkasa semua perangai mcm PARIA...pengotoq mcm paria.
paria no class la bhaiii. samjey.