4 Sep 2011

Hadi Pertahan Mohd Sabu: British Kita lawan, Komunis Pun Kita Lawan

Marang – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan timbalan presidennya, Mohamad Sabu dan membidas media kerana terus menyerang pemimpin itu termasuk melabelkan Umno sebagai sebuah parti yang ‘hanyut’.

“Jangan keluarkan berita sehingga jadi fitnah, Pas ialah sebuah parti Islam yang lawan semua (penjajah), British kita lawan, komunis kita lawan,” katanya ketika ditemui di sini, mengulas serangan Umno dan medianya terhadap, Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu dalam kenyataannya sebelum ini mencadangkan agar sejarah negara dikaji semula sehingga menimbulkan kontroversi.

Ini berikutan dakwaan Umno melakarkan sejarah negara berdasarkan kepentingannya, tetapi bukan cerita sebenar.

Mohamad Sabu yang dipetik berkata, isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 1950 diceritakan Umno sebagai penjahat menyerang hero iaitu polis yang mempertahankan balai itu.

“Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong berdasarkan persepsi itu. Antara yang menyerangnya adalah kumpulan dipimpin Mat Indera, di samping komunis yang juga melawan penjajah British ketika itu.

“Polis ketika itu bertugas dengan penjajah Inggeris yang menjajah Tanah Melayu pada waktu itu. Antara pihak menentang Inggeris adalah pejuang Islam dipelopori Abu Bakar Al Bakir, kumpulan Nasionalis Melayu pimpin Ahmad Boestaman dan komunis,” katanya.

Namun, katanya, kesemua mereka tidak menjadi hero yang memperjuangkan kemerdekaan dan melawan bagi pengkisah sejarah negara yang dipimpin Umno, tetapi menjadi hero adalah Datuk Onn Jaffar dan Tunku Abdul Rahman.

“Pada hal Datuk Onn adalah menteri besar yang dilantik Inggeris untuk mentadbir Johor. Tunku Abdul Rahman pula adalah pegawai British,” katanya.

Mengulas lanjut, kata Abdul Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang berkata, perkara itu bukan sesuatu yang baru kerana Umno hanya menyokong pihak berkuasa yang dapat memberi keuntungan kepada mereka sahaja.

“Umno hanya sokong siapa yang berkuasa. Masa British berkuasa sokong British kalau Jepun berkuasa sokong Jepun, kalau komunis berkuasa mereka akan sokong komunis kerana mereka (Umno) hanyut, tetapi Pas akan melawan semua
,” katanya. -SH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itulah UMNO, yang mereka nampak hanya habuan dunia, siapa yang boleh bagi habuan akan disokongnya. Kepada orang bawahan, orang kampung dan orang yang boleh dicucuk hidung, diberinya secupak tetapi diambil bergantang-gantang. Yang diberi itu akan kehulu-kehilir berteriak UMNOlah pembela melayu, tetapi mereka tidak sedar yang mereka itu sudah jadi seperti ayam telur yang diberi makan, diberi tempat tinggal tetapi telurnya diambil untuk keuntungan, dan akhir sekali apabila sudah tidak boleh mengeluarkan hasil disebelihnya dan dijual pula untuk mendapatkan hasil. Sedarlah wahai semua kembalilah kejalan yang benar.

masammanis berkata...

toksah dok layan umno ni jenis bangst cakap banyak putaq alam depa buat semua patrotik ikut islamhakikatnya depa yang dok buat kerosakan pi mapuih lah dengan umno aku mati hidup balik pun jauh sekali yang sokong depa tengok lambang pun aku dah meloya