3 Ogo 2011

WASPADA: DNA Babi Di Dalam Makanan

Golden Churn ada DNA babi

JAKIM, JAIS sah mentega dari New Zealand tidak halal

KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.

Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.

Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi. -BH


Kesan DNA babi

TAK HALAL... sosej pulut dan kepingan ayam yang diimport dari Thailand.


KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.

Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.


“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya. -HM


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BILA ANDA PI MANA2 TEMPAT MELANCONG....HATI2 MEMBELI CENDERAHATI UNTUK ORANG YANG DITINGGALKAN.....SEMUA MAKANAN YANG DIPRODUCT TU.....LEBIH BAIK BELI KAIN PELIKAT ATAU BATIK SEBAGAI HADIAH....DAH TAK SELAMAT

YoungMoM berkata...

yang tu product dari thailand...kalo dari new zealand mcm mn?coz kite ade beli product tu made in new zealand.halal dari new zealand islamic management...ke yang haram tu dari thailand je...

Tanpa Nama berkata...

Mentaga halal akan kepasaran tak lama lagi. Mentega murah New Zealand atau dari mana-mana negara adalah tak halal. Kecuali buatan UMNO dengan harga paling no.1 bahan berkekualiti import Cina.