1 Ogo 2011

SPRM Sahkan Tiada Rasuah Kaitkan Kerajaan Kelantan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan mengesahkan tiada unsur rasuah dalam isu Bazar Tok Guru selain tidak menerima laporan rasuah daripada mana-mana pihak mengenai isu Ladang Rakyat.

Pengarahnya, Nasaruddin Mohd Noor berkata, pihaknya menjalankan siasatan rapi dan telus terhadap kes terbabit dan menyangkal dakwaan pihak tertentu bahawa SPRM tidak melakukan siasatan.

“Saya ingin ulangi kenyataan sebelum ini bahawa tiada elemen korupsi dalam isu Bazar Tok Guru dan kami menyangkal tidak buat kerja berhubung kes ini. Jika ada rasuah dan penyalahgunaan kuasa kami masuk, tapi setakat ini tidak terima (laporan berasas mengenainya).

“Mengenai isu Ladang Rakyat pula, setakat ini tiada mana-mana pihak yang membuat laporan mengenainya, tetapi kami menjalankan siasatan berdasarkan laporan dalam media dan pemantauan masih dilakukan,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan tugas kepada Pengarah SPRM negeri yang baru, Nor Rasmi Shari, disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Putrajaya, Datuk Sutinah Sutan di Bangunan SPRM, Jalan Sultan Yahya Petra, di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Pengerusi Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (Ombak) yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian, bahawa terdapat pegawai SPRM Kelantan lebih berpihak kepada Pas.

Nasaruddin juga menolak dakwaan pertukarannya ke ibu pejabat sebagai Pengarah Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme disebabkan tekanan pihak tertentu. -SH


SPRM K'tan nafi tak berani siasat kes babit k'jaan PAS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa pihaknya tidak berani melakukan siasatan terhadap penyelewengan yang didakwa membabitkan kerajaan PAS Kelantan.

Pengarahnya Nasaruddin Mohd Nor berkata sebagai contoh, SPRM telah menjalankan siasatan dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Ab Rahman dan dakwaan kes penyelewengan dalam projek Bazar Tok Guru.

Katanya siasatan kes Abdul Ariffahmi yang merupakan menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telahpun selesai dengan kertas siasatan telah diserahkan kepada ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk tindakan.

"Bagi dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pengurusan kewangan dalam projek Bazar Tok Guru sehingga menyebabkan kerajaan negeri dilaporkan kerugian RM50 juta, pihak kita telah melakukan siasatan termasuk mengambil keterangan beberapa saksi. Kita dapati tiada unsur rasuah," katanya.

Katanya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 174 maklumat diterima berhubung kes rasuah di negeri ini dengan 17 kertas siasatan dibuka.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 10 tangkapan telah dibuat dengan lapan kes telah dibuat pendakwaan di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas pengarah SPRM Kelantan yang baru disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Sutinah Sutan, di Kota Bharu hari ini.

Di majlis itu, Nor Rasmi Shaari yang sebelum ini timbalan pengarah SPRM Perak menggantikan Nasaruddin yang bertukar ke Putrajaya sebagai pengarah bahagian kecemerlangan dan profesionalisme. - Bernama


Ulasan GB

Aduhhhh....Hancur luluh hati orang-orang UMNO dan sekalian pencacainya...

p/s bulan Ramadhan ini bulan terbaik untuk hancurkan UMNO. Kerana di bulan ini, kebenaran mengatasi kebatilan, kebaikan mengatasi keburukan, kebersihan mengatasi kekotoran...


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau UMNO berjaya merampas Kelantan dalan PRU 13 nanti dipercayai gejala rasuah akan berleluasa di sana. Ini terbukti bahawa UMNO adalah pengamal rasuah terkenal di seluruh dunia. Rakannya dalam BN adalah penipu besar. Lihat kes PKFZ yang tengah panas kini. Apa pendapat penjenguk blog ni?

kalamnurani berkata...

tahniah kerajaan Kelantan. Jenis manusia yang tak ada maruah akan sentiasa menganggap orang lain melakukan rasuah kerana ketika mereka memerintah,mereka mengamalkan rasuah, otak mereka hanya memikirkan orang lain akan melakukan perkara yang sama macam mereka juga. Inilah kepala hotak UMNO