1 Ogo 2011

Pelajar Dirogol Masa Ponteng Sekolah

Dirogol ketika ponteng sekolah

MAHANG - Seorang bapa berusia 56 tahun yang dipanggil ke sekolah untuk berjumpa guru anak perempuannya berusia 16 tahun terkejut apabila dimaklumkan anaknya dirogol dua pelajar lelaki. Gambar fail.

Rahsia perlakuan sumbang itu terbongkar apabila mangsa dipanggil seorang guru lelaki untuk membuat pengakuan terhadap kejadian yang berlaku kepada diri mangsa. Bapa mangsa yang kecewa dengan kejadian itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Mahang.

Pada hari kejadian, mangsa bersama dua rakan perempuannya mengambil keputusan untuk ponteng sekolah. Mereka turut ditemani tiga pelajar lelaki lain. Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk pergi ke sebuah rumah dalam ladang kelapa sawit.

Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dirogol dua pelajar lelaki berusia 15 tahun di hadapan seorang rakan perempuannya.


Rakan mangsa tidak berbuat apa-apa dan terus merahsiakan tentang kejadian itu. Selepas dirogol, mangsa terus balik ke rumah.

Jurucakap polis berkata, memandangkan mangsa masih di bawah umur, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. -SH

Ulasan GB

Hal seperti di atas sudah macam menjadi perkara biasa di negara ini. Anak-anak remaja yang masih bersekolah kini terdedah dengan segala macam perkara yang merosakkan yang akhirnya menyebabkan mereka sendiri terjebak di dalam gejala kerosakan akhlak.

Pendidikan agama dan pemantauan disiplin di sekolah semacam tidak lagi berkesan untuk membendung korosakan akhlak di kalangan para pelajar?

Sebabnya?

Sistem! Sistem yang dibawa oleh kerajaan UMNO BN selama lebih separuh dekad sudah tamat tarikh luputnya. Turunkan mereka dengan segera.




10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini rogol dua hala bukan sehala..sama-sama suka.

anti-zul noording berkata...

sehala ker dua hala ker ...perkara yg diharamkan agama inilah yg berleluasa akhir zaman ini...nauzubillah

Semerah Cili! berkata...

Salam, Apabila Sudah Akhir Zaman...Ayahanda&Bonda Sudah memberikan didikan agama yang baik tetapi diri sendiri yg memilih seperti itu..terimalah padahnya...

Tanpa Nama berkata...

APAKAH INI DINAMAKAN ROGOL?????? RENUNG2 LAH.... LAGI SATU SEMPENA BULAN YANG MULIA NI ORANG NAK BUAT AMAL IBADAT.. TAPI TV3 SUKU AJAK MANUSIA PAKAT GI TENGOK PROGRAM RAKAMAN MENTOR RAYA PADA 4HB.OGOS.
8.30 MLM... X SILAP HARI KHAMIS NI TU... MALAM JUMAAT PULAK... FIKIR2 LA

Tanpa Nama berkata...

hu,hu,...mantop beb.
masyaallah.....sape nak dipersalahkan???
Lu fikirlah sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Sesungguhnya ALLAH maha melihat apa yg telah kita lakukan . . .x tau sama ada pelajar perempuan ini dirogol atau menyerahkan dirinya kepada palajar lelaki itu . . . NauzUbillah . . .Bertaubatlah sebelum telambat . . .

yusofali berkata...

Dikwsan Felda bnyk kes2 spt ni tp didiamkan aje. Sistem Pembelajaran di Malaysia perlu diperbaikkan melalui Kerajaan Yg Baru. Kerajaan yg ada x mampu nak di betulkan sistem yg dah kelam kabut disebabkan `budaya` rosak yg diterapkan UMNO/BN sekian lama. Saya yakin PR dgn sokongan rakyat akan membetulkan suasana persekolahan yg ada skrg...

interaktif berkata...

pelajar sekolah dan pelajar di universiti melakukan sex sudah menjadi perkara biasa. termasuk jugak bisex dan gay yang telah lama menular dikalangan pelajar sekolah dan pelajar universiti.

sudah bermacam program dan tindakan dibuat, tetapi apakan daya. DUNIA AKHIR ZAMAN.

Yang ditangkap HANYA MELAYU, yang bukan melayu BEBAS sebab mereka bukan ISLAM.

Yang kene tangkap dan hukum HANYA LELAKI, perempuan bebas. SEPATUTNYA dua-dua kene hukum sebab mereka sama-sama sukarela melakukan sex KECUALI yang DIROGOL SECARA PAKSA.

Tanpa Nama berkata...

GB, BN tak akan dpt diturunkan selagi mengguna pakai sistem SPR sedia ada...

orang lama berkata...

dari tahun 70an dah byk kes budak2 bawah umur buat maksiat zina baik yg dok kat kg atau bdr..

bagaimana aktiviti sumbang ini bermula? nafsu bukan?..

perhatikan bagaimana budaya dating diterap masuk dari era perfileman tahun 50-60an..lihat bagaimana pengarah2 filem waktu itu melahirkan 'keseronokan berdating' hingga Hang Tuah pun dilakonkan berdating!..hari ini saja berlambak beribu mcm jenis drama/filem baik yg diimport atau dlm negri yg berunsur maksiat dating berdua-duaan menjadi tontonan baik dari kanak2 kecil hingga dewasa..gejala rosak aklhlak dunia barat menjadi amalan seharian pula di msia.

harap ibu-bapa skg lebih bertegas didik anak2, utamakan keimanan...jgn biarkan anak2 anda berbudaya dating ala syaitan.

budaya dating wajib dihapuskan!