31 Ogo 2011

Raya Semakin Mahal, Rakyat Perlu Pembelaan - Wan Azizah

TPresiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu keadilan terbela bagi rakyat yang terpaksa menghadapi kesan kenaikan harga barang dalam kegembiraan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Oleh itu, beliau turut mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan memperketat dan memantau mekanisma kawalselia harga agar keperluan rakyat dan peniaga dapat dijaga.

"Kekangan dan bebanan sara hidup yang semakin meninggi akibat tatakelola dan perancangan yang tidak dilandasi semangat kerakyatan dan kesederhanaan. Rakyat terus dibebani dengan kenaikkan harga barang yang tidak terkawal terutamanya barang keperluan raya," katanya dalam satu Perutusan Khas sempena Hari Raya hari ini.

Dalam menyambut bulan Syawal, Wan Azizah turut mengajak rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam meneladani pengajaran pembersihan jiwa sepanjang ramadan dengan terus berjuang demi keadilan , kebenaran dan perpaduan sejati.

Dalam perutusan Hari Raya beliau, Wan Azizah mahu kemenangan yang disambut dalam bulan Syawal hasil daripada pentarbiyahan dalam menjalani latihan dan disiplin sepanjang Ramadhan memberi semangat kepada setiap umat Islam.

"Ramadhan adalah bulan dan masa yang amat sesuai untuk kita semua meningkatkan ilmu, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Kita sedar bahawa bulan ramadhan ini juga adalah tempat para pejuang yang mahu menegakkan keadilan dalam menghadapi pelbagai ujian, cabaran dan fitnah dunia yang mencengkam kebebasan dan kemerdekaan rakyat," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Wan Azizah mahu ahli PKR terus komited dalam perjuangan parti itu dalam memastikan negara ini bebas dari cengkaman dan fitnah yang membelenggu kehidupan rakyat dan seterusnya memartabatkan keadilan sejati.

"KEADILAN menyeru agar kita tidak terus berpeluk tubuh dan membiarkan kemarakan fitnah ini membinasakan kebenaran,keadilan dan perpaduan ummah. Marilah kita terus bersama menghindarkan diri daripada bersubahat dengan fitnah," kata beliau.

"Oleh itu kita perlu begandingan dalam membina keyakinan untuk terus meneladani kebabasan dan keadilan sejati," tambahnya lagi.


1 ulasan:

beware of bangsawan gendut berkata...

apa yang nak dipantaukan? Bangsawan gendut dan kroni yang menguasai ekonomi negara. Lagi mahal harga barang, lagi bertambah untung dan gendutlah mereka "mcm muka d.o dlm cerita man laksa" he he. Peduli apa dgn rakyat. Ada wang ada barang, tak wang kalo kirim salam.