26 Ogo 2011

Pun Ada: Ugut Bunuh Isteri Enggan Ikut Balik Kampung

Kuala Lumpur: Seorang guru berusia 37 tahun membuat laporan polis mendakwa dipukul dan diugut bunuh suaminya kerana enggan pulang beraya di kampung suaminya itu di selatan tanah air, kelmarin. Gambar hiasan

Difahamkan, mangsa enggan pulang ke kampung halaman suaminya yang berusia lewat 30-an itu kerana mahu menjaga ibunya yang sakit di Flat Sri Cheras, di sini.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa meminta izin daripada suaminya untuk tidak pulang ke kampung berhari raya.

Menurut sumber, mangsa juga meminta izin suaminya untuk membenarkan empat anaknya beraya bersamanya.

“Tindakan mangsa menimbulkan kemarahan suaminya sebelum berlaku pertengkaran lebih 20 minit. “Gagal mengawal kemarahannya itu, suami mangsa mengugut mencederakannya jika dia dan empat anak tidak mengikutnya pulang ke kampung.

“Biarpun mangsa cuba memberikan penjelasan, suaminya yang hilang pertimbangan terus memukulnya lebih 10 minit,” katanya.

Sumber berkata, suami mangsa kemudian mengugut membunuh isterinya itu jika masih berkeras untuk tidak pulang ke kampung bersamanya.

“Suami mangsa kemudian keluar sebelum mangsa pergi mendapatkan rawatan di hospital berhampiran,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. -hm

9 ulasan:

Awanama berkata...

Ni lah bodohnya perempuan dah beranak 4 pun tak tau ugama. Ketaatan kepada suami tu hukumnya wajib yang amat dituntut, hingga dalam hadis mengatakan jika ada yang boleh disembah selain Allah nescaya dituntut para isteri menyembah suami.

Kalau ibunya sakit kritikal sekalipun, lebih wajib taat pada suami. Ingatlah wanita yang membaca , pengertian ini ada dalam kandang kandung kesanggupan taat setia aqad nikah kamu! Bawak la ibu tu sekali ke kg suami. Ni tak, dah lah tak mo taat, lagi nak heret anak anak. (So kesnya bukanlah kritikal, tapi lebih kepada bodoh tak tau peranan yang mendapat redho Allah)

Isteri itu derhaka. Dunia ini boleh sahaja membolak balikan si suami begitu begini. Alam kubur....siaplah kamu ! Oleh itu taubat sebelum terlambat. Tak ada maknanya terhina jadi makhluk derhaka.

azizi berkata...

Dah pernah terjadi pada aku persis sama, cuma aku tak pukul bini, aku biar sahaja, sudahlah tiket dah beli tiket flight pula tu,Kalaupun tak mau ikut suami apa salahnya dibiarkan anak ikut. Inilah isteri yang degil.

dr khai berkata...

xyah la nak maki haum segala....bodoh ke, sial ke, xyah nak emosi sgt...nnt org bukan islam baca, mcm menampakkan islam ni tak indah.. PEACE :)

Khairi berkata...

Ramai orang Melayu amalkan Islam berdasarkan amalan biasa masyarakat kita beserta dgn campuran jahiliah dari sekeliling kita, tambah pula ramai drp kita agak kurang ilmu agama yg sebenarnya, maklumlah bukan menjadi keutamaan ramai sebab biasanya ilmu agama tu tak akan memberi pekerjaan yg mak bapak inginkan, yg ada adalah ikutan drp tok nenek kita dulu. Jadilah mak bapak dan anak-anak yg tak faham agama ini. Asas pemikiran dan tindakkan kita adalah berdasarkan logik dan kepentingan dunia semata , bukannya berpandukan 5 hukum Islam, wajib, sunat, makruh, haram dan halal. Dan inilah hasil tuaian kita. Nak salah siapa?

sim_2096 berkata...

ni menunjukkan bahawa lemahnya pegangan agama para isteri pada zaman sekarang...x tau mana perintah yg lg penting sama ada perlu mengikut kata ibunya atau suaminya...INI MEMANG JELAS KEDERHAKAAN ISTERI PADA SUAMI, KETAATAN ISTERI PADA SUAMI ADALAH PALING PENTING BERBANDING KETAATAN PADA IBU BAPANYA...perkara yg mudah ini pun x dapat difahami...INGATLAH PARA WANITA / ISTERI...SEBELUM KAHWIN SYURGA ADALAH DI BAWAH TAPAK KAKI IBU, TETAPI SELEPAS BERKAHWIN SYURGA ADALAH DI BAWAH TAPAK KAKI SUAMI..jadi taatlah suami anda selagi perintahnya x bercanggah dgn syariat...jikalau mahu mendapat ganjaran syurga...kalau tidak...bau syurga pun x dapat cium...

linda berkata...

kita salah kan isteri sebab x taat, betul tapi mana pergi nyer suami yang bertimbang rasa & berhati perut tambah2 bila isteri dah minta izin. Perlu ker - use d authority card all d time? Isteri pun manusia yang ada perasaan juga. X salah, x menjatuhkan maruah, x hilang hormat sikit pun kalau si suami bawa duk berbincang. In love n relationship, u need to let ur hearts n mind with kind words to do d talking instead of ur hands.

Aku ada anak menantu, anak2 aku insyaAllah aku dah didik, menantu aku? ... Kita tak tau sbb kita tak kenal depa sejak dlm kandungan & besar..

Sbb tu aku tak nak nyusahkan depa ...terpulang le ko nak berhari raya umah sapa dulu.. Asal kamu bahagia & utamakan Allah & Rasul saw anak2ku. Kami doakan semuga kamu semuga jadi hambaNya yg taqwa.
Yu pun dah cukup membahagiakan kami.. pi umah sapa dulu hari raya ni perkara kecik aje..

Jgn nyusahkan anak2 thd perkara remeh2 ni.. Anak2 jauh, kita kawan2 dgn geng2 masjid & masyarakat sekeliling.. terhibur bangat, jiwa dipenuhi prog2 agama, anak2 tak tertekan dgn kerenah kita ibu bapa yg terlalu mendesak .. Allah tempat bergantung