23 Ogo 2011

Pakar Sahkan Tiada Kecederaan Pada Dubur Saiful. Ada Bahan Plastik Dimasukkan.

Bekas doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohamed Osman Abd Hamid (gambar) hari ini mengesahkan bahawa tiada kecederaan pada dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan ketika beliau hadir ke hospital itu pada 28 Jun 2008.

Osman yang mengambil tempat di kandang saksi sesi pembelaan memberitahu mahkamah bahawa sewaktu memeriksa Saiful, beliau mendapati keadaan dubur adalah normal tanpa sebarang kecederaan.

Namun katanya Saiful bertegas menyatakan bahawa beliau diliwat.

"Dia (Saiful) terus bercakap kepada saya dan katanya melibatkan VIP dan dia berada berasa takut," kata Osman di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Justeru Osman berkata pihaknya mencadangkan supaya Saiful merujuk kepada hospital kerajaan dan membuat laporan polis.

Osman walau bagaimanapun berkata beliau memasukkan protoskop ke dalam dubur Saiful untuk memeriksa kecederaan.

Timbalan Pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden mengambil giliran menyoalbalas Osman dengan bertanyakan adakah sodomi berlaku sekiranya plastik dimasukkan ke dalam dubur, Osman berkata tidak.

Terdahulu Dr Osman ada memberitahu, Saiful telah mengadu kepadanya bahawa beliau merasa sakit di dalam lubang duburnya selama beberapa hari dan kelihatannya seperti ada bahan "plastik" dimasukkan.


Oleh itu, Yusof mendakwa Osman tidak bertanyakan soalan spesifik kepada Saiful tentang kejadian diliwat memandangkan beliau tidak berpengalaman tentang hal tersebut.

"Saya tanya sekiranya dia buasir, pendarahan dubur. Tapi saya tidak tanya apa telah terjadi," ujar beliau.

Kini giliran pakar forensik dan ahli patologi, Dr David Wells disoalbalas oleh peguambela Sankara Nair.

David berkata sepanjang kariernya beliau telah mengendalikan banyak kes tentang serangan seksual, penderaan kanak-kanak dan sebagainya.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini akan mendengar keterangan daripada Osman dan dua pakar patologi forensik, Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

Perbicaraan kes fitnah liwat dua ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memasuki hari kedua, akan menyaksikan ketiga-tiga mereka memberikan keterangan masing-masing.

Mereka sebelum ini telah bersama-sama pihak pembelaan sejak awal perbicaraan dan telah mendengar keterangan daripada pihak polis, doktor Hospital Kuala Lumpur dan ahli kimia.

Anwar semalam yang memilih untuk untuk membaca satu kenyataan dalam kandang tertuduh, mungkin juga terpaksa berhadapan pemeriksaan balas.

Lazimnya, keterangan dari kandang tertuduh oleh seseorang tertuduh tidak boleh diperiksa balas.

Walau bagaimanapun, Yusof memberitahu mahkamah, bahawa beliau "teringin sangat untuk memeriksa balas Anwar".

"Saya perlu mengkaji kes-kes yang lalu kerana saya teringin sangat untuk memeriksa balas Anwar, yang dalam pembelaannya semata-mata memberi kenyataan politik," kata Yusof.

Anwar, dalam kenyataan sepanjang 32 halaman semalam menafikan bahawa beliau mempunyai hubungan seks dengan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1 Kondominimum Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.




'Saiful beritahu plastik dimasukkan ke duburnya'

Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegandu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

Apabila diasak oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Beliau merupakan doktor pertama ditemui Saiful pada 28 jun 2008.

Saksi yang berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II itu bahawa beliau tidak menulis plastik dimasukkan ke dubur selepas pemeriksaan dijalankan.

Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya.

Selepas menjalankan pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.

"Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop," katanya.

Menjawap soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.

Yusof: Nota (mengenai objek plastik berkenaan) dicatatkan kemudian?

Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan.

Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik.

Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya.

Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatakan pada hari selepasnya. Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama. -mk









7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kebenaran akan terserlah....kebatilan umno akan berkubur.......

Martoiriat berkata...

Salam GB.. Sengaja Melepaskan Geram Kepada Saiful Laknat...Hanya mencari keadilan untuk Anwar

Kes liwat yang berlaku terhadap Anwar ini hanya cerita dongeng untuk politik Najib yang sudah usang. Saiful dapat upah dari Najib untuk reka dan mengaku yang beliau diliwat. Hanya Saiful sendiri yang tahu samada beliau diliwat atau tidak tapi tuhan maha mengentahuinya. Saiful hanya manusia celaka yang sanggup menggadai maruah sebagai orang Islam tapi bertindak mengikut hawa nafsu gara2 upah terlalu mahal dengan wang yang banyak. Bagi yang tidak bertaqwa dan beriman, mereka sanggup melakukan apa saja asalkan dapat pulus biarpun fitnah itu menyebabkan orang lain sengsara dan derita. Bagi Saiful celaka ini.. wang adalah segala-galanya meskipun wang bukan seratus peratus menjaminkan ketenangan dan kebahagiaan hidup beliau di hari tua. Pemfitnah akan dapat pembalasanya samada cepat atau lambat. Itu adalah janji-janji tuhan kepada makhluk ciptaannya..

Soal sumpahnya dalam masjid adalah sumpah penipu yang beliau sendiri mengentahui tuhan tidak akan memberi pembalasannya dengan segera. Jika tuhan tunjukannya segera atau 'on the spot' nescaya tidak ada manusia yang berani bersumpah laknat lainlah jika sumpah laknat itu belaku di zaman Rasulullah s.a.w.

Kerana perlukan upah yang banyak, beliau sanggup buat apa saja ..yang penting..pulusss yang banyak..

Samada duburnya dimasuk plastik atau tidak.. terkoyak atau tidak..itu cerita reka cipta dalam pembicaraan Mahkamah dengan konspirasi politik yang diterajui Hakim, Najib,peguam negara dan Musa Hassan bersama konspirator lain. Kes ini hanya untuk menjatuhi kredibiliti Anwar sebagai ahli politik yang karismatik dan wibawa. Tidak ada kena mengena dengan Liwat. Terpaksa mereka cipta isu liwat hanya untuk menyekat dan penjarakan Anwar. Mereka lihat hanya Anwarlah satu-satunya yang boleh menyekat mereka dari terus berkuasa. Terpaksa Najib ,Bini Najib dan Musa Hassan serta konspirator menciptakan satu isu yang boleh menyekat Anwar atau mempenjarakan Anwar. Itu adalah realiti dalam kehidupan pembicaraan Anwar hingga kini dan seterusnya.Semuanya dongeng, bohong.. penipu…

Konspirator samada Musa Hassan, peguam negara, hakim2 yang terlibat serta Najib, BiNiNajib akan menerima balasan azad dari tuhan. Itu adalah janji-janji tuhan untuk yang fitnah.

Kamu Najib, Musa Hassan, peguam Negara, Hakim-hakim dan konspirator, jika umur kamu sudah hampiri atau melebihi 60 tahun… hidup kamu semakin senja… usia dan sisa-sisa hidup kamu bukan untuk fitnah tapi untuk mencari bekalan keakhirat.. bertaubatlah..

Tanpa Nama berkata...

Ini mesti dia masukkan kote palsu yang di beli di luar nagara...

Tanpa Nama berkata...

rupanya mamat saiful ni kaki ketagih masukkan benda yang macam kote kat lubang dubur dia. patutlah dia putus tunang. teman wanita barunya tu mesti ada hobi yang sama selain boleh tolong mamat saiful main dengan benda tu. tengok muka mamat dan minah tu pun boleh baca tentang perkara ni.

Tanpa Nama berkata...

dari awal lagi cerita liwat ni dah kantoi kalau orang yang normal sekali kena dah heboh takan tunggu sampai berkali2 lepas itu pergi jumpa ketua polis, jumpa najib, jumpa ezam,dan jumpa muntad siapa sipol ni boleh dengan senang pergi jumpa perdana menteri dan ketua polis negara melainkan mereka sudah mengadakan pertemuan sulit sebelum itu untok melakuan konspirasi terhadap anuar,setiap orang yg waras tak akan percaya dengan kes liwat itu melainkan orang yg ada penyakit dengki terhadap anuar sahaja akan rasa seronok dengan konspirasi itu.

Tanpa Nama berkata...

saiful ni dia dah barai kot.......tu yg cari pak sanggup tu

Tanpa Nama berkata...

Dulalu Azizan kata dia diliwat jugak... bersunggun sungguh dia tuduh Anwar liwat dia.. bukan sekali.. tapi dua tiga kali.. akhirnya terbukti yg dia tak diliwat.. dia cuma mereka-reka tuduhan sebab tersealh reka tuduhan dimana ada antara tempat dimana ia didakwa berlaku ( hotel/bilik) tak wujud lagi (belum siap bina) .. ada juga bukti waktyu pertuduhan yg Anwar barada ditempat lain utk tugas rasmi... even bukti keluar dlm TV dan surat khabar... Saifol hanya lagi sekor beruk yg cuba buat benda yg sama... Untuk Saiful.. aku memang percaya 99% yg ngko berbohong yg DSAI liwat ngko... tak guna ngko tenyeh dahi kat tikar sembahyang momohon keampunan sedang fitnah yg ngko buat berterusan dan berdoa kerana terus memecahbelahkan umat islam di Malaysia.. mohon maaf pada siapa yg ngko dah zalimi- DSAI & umat Islam di Malaysia... dosa ngko amat besar kerana kesannya kpd pemerintahan di negara Malaysia.. - UMNO yg menidakkan keadilan, mengamalkan rasuah & menolak Islam.... Wallahhua'lam.