19 Ogo 2011

Nazri Memuktamadkan PSC, Rakyat Boleh Memuktamadkan BERSIH 3.0 Diteruskan

Nazri: Muktamad, menteri BN ketuai panel khas Parlimen

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pilihan raya akan diketuai oleh seorang menteri bukannya wakil Pakatan Rakyat sambil berkata, keputusan sebelum ini “tidak bermakna tidak.”

Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyoal pembangkang agar memberikan “satu alasan yang baik” mengapa wakil Pakatan Rakyat seharusnya menyandang jawatan itu.

Katanya, hanya kedudukan seorang menteri persekutuan akan membolehkan akses mudah kepada kemudahan-kemudahan kerajaan.

“Seperti jawatankuasa-jawatankuasa sebelum ini, seorang menteri lazimnya mempengerusikannya agar ia (jawatankuasa pilihan khas) boleh menikmati kesemua kemudahan kerajaan... memanggil mesyuarat. Tambahan, menteri dihormati oleh kesemua ahli Parlimen,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Nazri (gambar), menteri yang bertanggungjawab kepada hal ehwal Parlimen bersetuju bahawa amalan itu adalah berlandaskan konvensyen dan bukannya aturan Parlimen.

“Tetapi ini adalah realiti di negara ini,” katanya.

Tambah beliau, “persoalan saya ialah mengapa mereka mahu jadi pengerusi? Apa istimewa sangat jawatankuasa ini?”

“Kita seringkali mengadakan jawatankuasa dan setiap jawatankuasa adalah istimewa, jadi mengapa yang ini istimewa sangat?” katanya lagi.

Pemimpin dari Umno ini mengulangi bahawa jawatankuasa ini akan terdiri daripada sembilan ahli iaitu lima dari Barisan Nasional (BN) termasuk seorang pengerusi, masing-masing satu mewakili PAS, DAP dan PKR manakala seorang dari barisan Bebas.

“Dalam jawatankuasa sebelum ini, biasanya tujuh anggota.... empat dari BN dan tiga daripada setiap parti Pakatan Rakyat.

“Itu sebelum kita ada anggota Bebas di Dewan. Sekarang untuk memperakui (kehadiran) wakil rakyat Bebas, kita menambah bilangannya kepada sembilan,” kata beliau lagi.

Ketika ditanya adakah pendirian itu bermakna permintaan Pakatan Rakyat untuk menjadi pengerusi jawatankuasa pilihan khas ini sudah ditolak, Nazri mengulangi, “berikan saya satu sebab” mengapa kedudukan sebaliknya perlu diamalkan.

Apabila ditanya lagi bagi mendapatkan jawapan, menteri itu menambah, “baik, menyedari (pendirian) Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz, tidak bermakna tidak. Jadi, tidak bermakna tidak.”

Dalam satu kenyataan Selasa lalu, sambil menyifatkan pengumuman mahu membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi meneliti sistem pilihan raya sebagai “kemenangan besar bagi pejuang demokrasi”, Pakatan Rakyat mahu panel itu diketuai oleh seorang wakil barisan pembangkang.

Selain itu, Pakatan Rakyat mahu jawatankuasa tersebut mempunyai kuasa menyiasat, mengesah dan mencadangkan perubahan menyeluruh, malah diberi kuasa dan kewangan yang secukupnya.

“Pakatan Rakyat menyambut baik kenyataan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) untuk menubuhkan jawatankuasa pilihan (khas) Parlimen. Ini mengesahkan isu-isu penambahbaikan sistem pilihan raya seperti yang dibangkitkan Pakatan Rakyat dan Bersih 2.0 dan kami menganggap ini satu kemenangan besar bagi pejuang demokrasi di Malaysia.

“Walau bagaimanapun, demi bertindak jujur, kami meminta Perdana Menteri menyertakan tuntutan-tuntutan berikut dalam bidang tugas jawatankuasa pilihan tersebut,” kata Pakatan Rakyat.

Kini, BN mempunyai 137 anggota di Dewan Rakyat, 75 wakil Pakatan Rakyat (DAP 29, PKR 23, PAS 23), Parti Sosialis Malaysia satu manakala Bebas sembilan.

Ulasan GB

Ketempangan perlantikan J/K Khas Parlimen seperti yang didedahkan tidak mendapat perhatian dari Menteri di JPM, sebalik beliau terus memuktamadkan perlantikan tersebut.

Justeru itu menteri yang sentiasa cuba menunjukkan lagaknya kepada rakyat ini perlu diberitahu rakyat juga boleh memuktamadkan bahawa BERSIH 3.0 akan diteruskan.


5 ulasan:

Awanama berkata...

Bila ada cadanagan j/kuasa khas penambahbaikan p/raya dicadangkan, yang sewajarnya menjadi pengerusi adalah yang memberi cadangan tersebut samada Pengerusi BERSIH atau Pakatan Rakyat. Formula ini pun menteri undang2 tak tahu ke ????!!!!
Budak sekolah pun tahu nak letak mana pemilihan Pengerusi tu kerana telah ada yang sanggup untuk itu. APa lah malang nasib rakyat Malaysia kita hari ini , punyai menteri2 bangang !!!!???### 25%%%

Awanama berkata...

Kebanyakan peserta BERSIH terdiri NGO dan warga Malaysia yang tiada parti atau di panggil atas pagar juga turut serta BERSIH 2.0 dan akan turun BERSIH 3.0 bila bila masa sahaja..JIKA TUNTUTAN BERSIH DIABAIKAN oleh kerajaan UMNOBN. kami keluarkan wang saku sendiri untuk BERSIH 3.0 kerana kami ada hak mengundi sebab kami rakyat MALAYSIA HALAL bukan HARAM.

Khairi berkata...

Mengapa wakil Pakatan Rakyat seharusnya menyandang jawatan itu;
1.Kera jaan yang ada tidak berminat utk memutih bersihkan senarai pemilih
2.Kera jaan yang ada nak terus berkuasa dengan cara menipu, senang bila mereka ketuai JK ini
3.Kera jaan dilihat telah menyalahguna kuasa dalam Pilihan Raya
4.Kera jaan gagal menjadikan SPR sebagai badan bebas yang tak memihak kpd mana-mana parti politik
5.Kalau Kera jaan tahu SPR itu bersih, kenapa takut utk lantik PR ketuai JK?
6.Sesiapa yang ketuai JK mestilah diberi kuasa untuk menjalankan tugas mereka. Kalau kenyataan yang hanya Parti yg memerentah saja yg ada kuasa utk JK ini, bermakna JK ini tidak telus dan bukannya ditubuh utk mencari penyelesaian tetapi lebih bersifat menghalang
7.Kalau JK ini tidak penting & hanya mcm JK yg lain, kita minta PR tak perlu buang masa, kita teruskan dgn usaha membongkar penyelewengan dan penipuan ini
8.Semuanya ini membuktikan, rakyat tak boleh mengharapkan UMNO & BN utk memberi kesaksamaan hak undi utk setiap rakyat.
9.Semuanya ini menguatkan lagi bukti-bukti yang ada bahawa SPR memang bekerja utk UMNO walau menipu atau menyeleweng sekalipun.
10.SPR yg diketuai oleh orang Islam amat memalukan bangsa dan agama sendiri pada kaca mata dunia dan bukan Islam dan bersedialah utk menerima saham neraka akibat kemungkaran yang anda lakukan.

Awanama berkata...

letak wakil bebas tu buat sampah jer...bila masyukkkkk sokong...menang atas tiket parti...pastu jd bebas...NAJIS...

Awanama berkata...

Untuk jawab soalan Nazri: Kalau JK Parlimen ni dipengerusikan oleh menteri UMNO,ia akan jadi JK Wayang.