10 Ogo 2011

Lebih Setengah Juta PATI Didaftarkan Dalamasa Kurang 10 Hari

530,625 PATI didaftar sejak 1 Ogos

Sejumlah 530,625 pendatang asing tanpa izin (PATI) didaftarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, bermula pada 1 Ogos sehingga semalam, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim.

Beliau berkata pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) telah dilaksanakan di 206 pejabat Imigresen di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah serta 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan 336 syarikat pengurus.

"Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Sabah mencatatkan rekod pendaftaran PATI paling tinggi dengan jumlah 152,588; diikuti Selangor, 126,094; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (103,075); Johor (33,451); Pulau Pinang (27,046); Perak (19,999); Pahang (18,390); Wilayah Persekutuan Putrajaya (13,400); Negeri Sembilan (13,065); Kedah (12,703); Melaka (5,842); Kelantan (2,150); Terengganu (1,761); Perlis (962); dan terendah, Wilayah Persekutuan Labuan, 99," katanya dalam satu kenyataan.

Alwi berkata kerajaan memberi amaran keras kepada semua syarikat pengurus supaya tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengelirukan, sama ada kepada PATI, majikan, ataupun orang ramai, khususnya membabitkan aspek bayaran.

"Terdapat syarikat yang dilapor mengenakan bayaran pakej lebih RM35 dengan memaklumkan bahawa mereka bertindak atas arahan KDN.

NONE"Sehubungan itu, syarikat diminta menghentikan tindakan tersebut kerana KDN tidak pernah mengubah keputusan bayaran perkhidmatan kepada syarikat pengurus seperti yang telah ditetapkan kerajaan iaitu RM35 untuk pendaftaran dan RM300 untuk pemutihan tetapi bayaran itu hanya perlu dibayar jika PATI terpilih untuk diputihkan," katanya.

Bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan, Alwi berkata pegawai Imigresen dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat pemantauan agar syarikat-syarikat ini mematuhi peraturan dan undang-undang.

Beliau berkata perkhidmatan sama yang diberikan syarikat pengurus turut diberikan secara percuma oleh kerajaan menerusi pejabat Imigresen di seluruh negara.

"Justeru, tidak timbul isu KDN mengeluarkan arahan bayaran tambahan selain daripada yang telah ditetapkan," katanya.

Alwi berkata sebarang aduan boleh menghubungi Bilik Gerakan KDN di talian 03-8886-8110 / 8112 beserta maklumat terperinci untuk tindakan lanjut di pihak KDN.

"Amaran akan dikeluarkan dan pemantauan akan dibuat terhadap operasi syarikat berkenaan. Jika didapati berulang, hak kebenaran untuk mereka beroperasi menerusi program ini akan dibatalkan," katanya. -- Bernama

Ulasan GB

Langkah tergesa-gesa mendaftarkan PATI apatah lagi dilakukan tatkala negara diambang menghadapi pilihanraya ke 13 menimbulkan banyak tandatanya.

Tiba-tiba negara menjadi begitu pemurah mendaftarkan sekalian PATI dengan begitu mudah. Apatah lagi PATI paling ramai didaftarkan kebanyakan di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Kalau ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah!

Najib ingat rakyat bodoh sangat ker atau mudah sangat untuk diperbodohkan lagi selepas kes Parlimen Pekan 1999?

6 ulasan:

Awanama berkata...

jaga2 PATI AKAN menjadi pengundi....pru kali ni mungkin jadi atau tak jadi...dah nak kiamat

Awanama berkata...

Apa nak jadi dengan negara ini. Jutaan pendatang berkeliaran di merata pelusuk negara bebas tanpa tindakan.

Awanama berkata...

PATI akan menjadi ketua UMNO cawangan... tajaaan UMNO, orang Melayu lama dalam UMNO akan digantikan dengan Pendatang HARAM dan menjadi ahli cawangan UMNO yang baru,
Syabas UMNO kerana dapat Pendatang HARAM sebagai ahli pengundi anda.

Awanama berkata...

...dah semakin hancussssss....

anti pengkhianat bangsa berkata...

kita tunggu depan pusat mengudi ramai2..siap kayu, parang n kapak.klau nampak pendatang nak undi kita tibai jee, biar yg ln tak berani datang undi..

Awanama berkata...

Taniah kepada Datuk Alwi Ibrahim.Anta begitu megah dan ghairah menambah lebih dari 1/2 pengundi dan warganegara Malaysia.Ini baru 10 hari,teruskan kerja "mulia" ini sehingga 2 juta lagi PATI akan jadi warganegara dan terus jadi pengundi.Anda akan diberi anugerah Tan Seri dan akan dinaikkan pangkat lagi.