15 Ogo 2011

Kesilapan Pengkeranian? BERS✔H 2.0 Pertimbang Heret SPR Ke Mahkamah

Kecewa dengan cara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangani penyelewengan dan kecelaruan dalam daftra pemilih yang didedahkan media, BERSIH 2.0 bercadang mengheret suruhanjaya itu ke mahkamah.

Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan percaya apa yang dilakukan SPR dengan sewenang-wenangnya memadam atau meminda butiran pengundi sebagai tindakan yang tidak sah.

"Saya tidak pasti mereka sebenarnya boleh melakukannya - hanya membuang nama dan meletakkan nama dan menukar beberapa perkara. Mereka akan dakwa bahawa mereka beroperasi di bawah peraturan-peraturan yang melayakkan mereka memperbetulkan kesilapan pengkeranian," katanya.

"Tetapi ini bukan kesilapan pengkeranian ... jadi saya tidak pasti apa undang-undang yang mereka gunakan untuk melakukan pembersihan ini yang mereka kata mereka lakukan setiap hari."

Ambiga merujuk tindakan SPR yang mengeluarkan nama-nama 'pengundi klon' daripada daftar pemilih setelah didedahkan oleh Malaysiakini.

Pengundi klon merujuk kepada orang-orang yang mempunyai dua catatan dalam daftar pemilih, berdasarkan nama yang sama tetapi dengan nombor MyKad yang berbeza.

Sebelum ini, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof menjelaskan bahawa isu dua identiti berkenaan adalah kerana kesilapan manusia apabila nombor MyKad yang dimasukkan ke dalam sistemnya.

Bagi menangkis dakwaan bahawa terdapat 'pengundi hantu' dalam daftar pemilih, Abdul Aziz berkata SPR akan mengeluarkan 12,000 nama pengundi yang berumur 90 tahun dan ke atas. -mk

Ulasan GB

Begitu mudah alasan SPR! Kesilapan Pengkeranian katanya demi untuk menutup konspirasi yang semakin terdedah.

Maruah SPR kini sudah tiada lagi. SPR sudah tidak layak untuk mengendalikan pilihanraya. Keseluruhan operasi dan tindak tanduk SPR perlu disiasat, malah pegawai-pegawai tertingginya termasuklah Pengerusi, Timbalan dan Setiausahanya.

Mereka telah membuat kerja-kerja kotor sudah lama, iaiatu semenjak era Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Mana yang perlu ditangkap hendaklah ditangkap, yang perlu dipenjara hendaklah dipenjarakan!


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pengerusi dan Tim.Pengerusi SPR ingat Malaysia ini bapak depa punya.Dalam otak depa asalkan UMNO senang hati,depa rasa betul dan selamat.Sokong Bersih heret SPR kemahkamah.Najib sendiri dah kata,tak siapa mengatasi undang-undang.

hyhhh berkata...

SPR memang kaki tipu...selalu ikut telunjuk kerajaan ...

Entri Menarik Di Sini:
1)Menarik!! Gambar Rusuhan Di UK Apabila Diphotoshopkan..
2)Octove.com Bagi Hadiah Iphone 4

Tanpa Nama berkata...

Kita masih meragui ketelusan pimpinan SPR sekian lama. APa tunggu lagi, telah cukup bukti bahawa Pengerusi , Timbalan Pengerusi dan Setiausahanya perlu dihadapkan ke muka pengadilan. Rakyat selalu didesak dan diasak agar mendaulatkan undang2 serta meluhurkan perlembagaan , tapi pemimpin yang diharap2kan , apa dah jadi..... negara akan tergadai ....

Waris berkata...

Mcm mana tak buat silap? Ambil kerani pun dari golongan budak-budak 3line yang tahap SRP je. Muka pun muka pecah pintu. Otak jangan ceritalah... mungkin kat lutut kot?

Tanpa Nama berkata...

kerani yg diambil bertugas itu mungkin penyokong kuat umno diperinkat cawangan yang tak lulus pereksa spm, kini nampak sangat spr memang kurang ajar kalau dibiarkan mereka akan merosakan negara yang kita cintai ini ayauh herek mereka kemahkamah.

Tanpa Nama berkata...

Pastikan semua pengundi diperbetul dan dibersihkan sebelum PRU-13.

mohamad berkata...

aku setuju sangatlah.... tapi nak pakai hakim mana? pemilihan hakim pun patut guna parlimen. kalau tak pergi mahkamah tubuh suruhan jaya diraja. nak pilih panel suruhan jaya pun kena guna parlimen juga. pilih wakil kerajaan dan pembangkang sama ramai untuk pilih panel suruhanjaya. kalau tidak jadi RC beng Hock juga. aku nak tenguk sangat wan ahmad dan si Aziz dibongkar betul-betul. aku nak tenguk pembangkang saman SPR dan Jabatan pendaftaran. KSN kementerian dalam negeri kenapa tak diheret sama?

Tanpa Nama berkata...

Tanya Najib....macamana nak dapatkan C4.

Khairi berkata...

Kita minta semua pengurusan SPR letak jawatan, rakyat tak perlu orang yang tak boleh buat kerja. Ramai lagi orang yang berkelayakkan ada di bumi ini. Bertanggungjawablah, beratus kali rakyat nyatakan penyelewengan SPR,apa SPR buat? alasan, alasan, itu saja yang SPR tahu.Berhentilah.