15 Ogo 2011

Najib Masih Takut Panggil Pilihanraya Walaupun Merdeka Center Semacam Bagi Greenlight

Merdeka Center: Najib 'lebih terampil' dari Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih berketerampilan sebagai pemimpin di mata masyarakat umum berbanding dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini menurut Ibrahim Suffian dari pusat bancian Merdeka Centre adalah kerana keberkesanan penggunaan media arus perdana untuk menaikkan imej Najib.

Malah katanya, jumlah rakyat yang berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, kukuh pada paras 69 peratus pada Disember lalu.

"Jika anda bertanya kepada saya - siapa yang rakyat fikirkan boleh melakukan kerja dengan lebih baik,- mereka berkemungkinan akan memilih Najib. Terdapat banyak berita mengenai Najib melakukan pelbagai perkara dan sebahagian besar berita itu sangat positif.

"Jadi mereka mempunyai pandangan yang lebih positif terhadap Najib berbanding Anwar. (Persepsi Anwar) dalam media arus perdana diselubungi tindakan undang-undang yang bersilih ganti. Hampir setiap hari, ada sahaja orang yang menuduh beliau dengan pelbagai dakwaan.”

Jelas Ibrahim, walaupun komuniti siber di Internet - seperti laman Facebook anti-Najib - yang sebahagian besar menentang perdana menteri itu, tetapi pada hakikatnya bahawa sebilangan besar daripada rakyat tidak terdedah dengan sumber maklumat alternatif.

"Saya fikir orang ramai tidak mempunyai maklumat yang cukup mengenai apa yang dilakukan oleh Anwar untuk mempengaruhi keputusan. (Ini adalah) kerana hanya kira-kira 40 peratus daripada rakyat negara ini yang mempunyai akses kepada berita alternatif, jauh lebih rendah daripada akses internet.

"Tidak semua orang yang melayari Internet akan melawat portal dan membaca berita. Oleh itu, terdapat ketidakseimbangan bagaimana orang ramai boleh menilai seseorang pemimpin. "

Walau bagaimanapun, Suffian juga mengakui bahawa penilaian kelulusan seseorang pemimpin juga tidak semestinya diterjemahkan kepada undi.

"Ia hanya mencerminkan hakikat bahawa ramai orang, sekurang-kurangnya dua pertiga, bersetuju dengan apa yang perdana menteri sedang memperkatakan atau cuba untuk berbuat,” kata Ibrahim lagi.

Ulasan GB

Kajian Merdeka Center semacam sudah memberikan lampu hijau untuk Najib mengadakan pilihanraya. Najib pasti kembang dengan kenyataan Merdeka Center tersebut.

TETAPI apakah Najib berani untuk memangil pilihanraya dalam waktu terdekat ini?

Belum lagi.... mimpi ngeri beliau dikejar BERSIH masih menyebabkan tidurnya masih belum lena lagi.

5 ulasan:

Awanama berkata...

najib sedang kumpul duit rasuah dari taukey, kroni, cukung untuk bajek rasuah dalam PRU 13, kerana wang banyak diperlukan untuk rasuah undi,upah samsing, upah barua, upah anjing suruhan, upah pendatang haram dan berbagai UPAH tersebut berbilion RM diperlukan..
orang bawahan dalam UMNO sekarang dah pandai deman duit dari UMNO untuk diri sendiri.mereka bersaing sesama sendiri dan merebut peruntukan wang yang di agihkan itu. Siapa pandai kaya. siapa bodoh kena tipu oleh orang dalam UMNO sendiri.

Awan Network berkata...

Najib = emosional ..Anwar = rasional

Entri Terhangat!! :
Muka Baby Masa Pertama Kali Makan Lemon!!
Video Kenakan Kawan..LAWAK GILER!!

Awanama berkata...

Semua media arus perdana budak suruhan najib. Tak cukup media di malaysia, dia upah syarikat pr luar negara untuk naikkan imej melalui CNBC dengan wawancara berskrip. Ini yang merdeka centre kata berketrampilan. Hello boys, do a reality check!!

MNazri berkata...

Najib nak tunggu semua pengundi hantu dah selamat berdaftar dgn SPR.. Baru dia umumkan PRU. Nantikan pilihanraya paling kotor dan jijik dalam sejarah!

Awanama berkata...

ANWAR KENA HUKUM BARU PRU13 DIADAKAN...... PRU 13 HUJUNG TAHUN NIE...LIHAT SAJA HAKIM DAH TAK NAK BERTANGGUH LAGI PASAL KES MAKAMAH ANWAR.... NAJIB DAH SURUH CEPAT JATUHKAN HUKUM PADA ANWAR...LEPAS SEBULAN ISU ANWAR AKAN SENYAP KERANA RAKYAT KITA NIE...CEPAT PANAS..PAS TU SENYAP TERUS BILA SESUATU ISU....LAGI PUN PIHAK BARUA NAJIB DAH BERSEDIA UTK MEMANIPULASIKAN SISTEM BIOMETRIK KPD PATI???