5 Jul 2011

Usaha Kotorkan BERSIH: "Ada Bom Dan Parang Dengan Baju Bersih Ditemui", Kata Polis

Polis kesan pihak cuba cetus huru-hara ketika perhimpunan haram 9 Julai

KUALA LUMPUR: Polis menemui empat bahan letupan molotov coktail yang diletakkan dalam plastik hitam di Jalan Raja Laut, awal pagi semalam, dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram BERSIH berlangsung Sabtu ini.

Bahan letupan itu ditemui bersama beberapa senjata tajam seperti pisau dan parang serta 15 mercun bola dan T-shirt tertera perkataan BERSIH yang dibungkus dalam plastik hitam dan diletakkan dalam pasu bunga di belakang pusat beli-belah Sogo, di sini.

Hasil siasatan awal polis berdasarkan maklumat saksi mendapati bahan letupan berkenaan diletakkan tiga suspek lelaki menaiki sebuah kereta Proton Waja yang didaftarkan di Negeri Sembilan.

Suspek dilapor dalam keadaan mencurigakan selepas dilihat keluar dari kereta dengan memakai penutup muka dan sarung tangan sambil memerhatikan keadaan sekeliling, ketika menyembunyikan bahan letupan itu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata polis tidak menolak kemungkinan bahan letupan itu akan digunakan ketika perhimpunan haram, tetapi siasatan lanjut sedang dilakukan secara terperinci.

“Polis kini mengesan suspek berkenaan bagi mengetahui sama ada wujud bahan letupan turut diletakkan di beberapa lokasi lain yang kita percaya akan digunakan pada hari perhimpunan haram itu Sabtu ini,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Beliau berkata, orang ramai diminta tidak panik menghadapi situasi berkenaan kerana polis sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk cubaan beberapa pihak mengganggu-gugat ketenteraman awam di sekitar Kuala Lumpur.

Katanya, polis berusaha mengesan suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan dan Kakisan.

Difahamkan, ini adalah penemuan pertama polis ke atas bahan letupan berbahaya yang dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram itu.

Sementara itu, sebuah kumpulan anti-BERSIH membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh dan diancam akan diserang dengan kumpulan bersenjata jika kumpulan berkenaan cuba menghalang perhimpunan BERSIH.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata kumpulan anti-BERSIH itu menerima SMS berbunyi ‘Lu Melayu Mau Mati ka, masa 13 Mei kami belum sedia, tapi 9 Julai sapa yang mati.. jadi jangan cuba mengganggu Perhimpunan BERSIH, kami yang akan bersenjata tidak akan teragak-agak menyerang anda seperti 13 Mei 1969.’

Sementara itu, Polis Selangor menemui satu beg berisi molotov coktail, dua plastik hitam mengandungi puluhan baju kuning BERSIH dan dua beg berisi parang serta bebola besi di Batu 12, Jalan Lama Gombak di tepi jalan kawasan hutan petang semalam.

Penemuan itu berdasarkan maklumat beberapa Orang Asli yang terlihat barang berkenaan ketika sedang mencari rotan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut kes itu. -BH Gambar dari China Press.

P/s: BERSIH disabotaj? Tuduhan yang dilemparkan ini sangat-sangat berniat jahat. Penggunaan kata "dipercayai" dalam kenyataan polis itu memberikan implikasi kepada nama baik BERSIH. Apa justifikasi polis mengaitkan penemuan senjata dan bahan letupan itu dengan BERSIH? Hanya kerana ada baju BERSIH bersama-sama senjata atau bom itu? Siapalah bangang mahu letak bahan letupan dan senjata sekali dengan baju BERSIH? Siapalah yang bangang bunuh orang kemudian letak ICnya di tepi mayat?? Penemuan itu boleh jadi angkara orang yang mahu mensabotaj BERSIH! Boleh juga angkara... -PASPB

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

klu xsilap ada kain warna merah dlm slh satu beg tu... rasanya msti ada yg nk myamar ms demo nnti..

kerja PakTurut kot.

Tanpa Nama berkata...

Hairan bin ajaib...bila jumpa benda2 macam ni + baju Bersih..abis dituduh kepada perhimpunan bersih..
yg salah Bersih...yang baik semua BN....
kalau la ada orang letak baju Patriot dgn parang, aku tak rasa Polis akan keluar statement .." Pihak kami rasa pemuda Umno ingin membuat kacau bilau "...tapi pihak polis akan keluar statement " Ada pihak yang menyamar sebagai pemuda umno untuk memburuk2 kan umno"...

hakkkkpptuiiiihhhhh umno

Tanpa Nama berkata...

macam2 cara nak sabotaj bersih..
kita jangan percaya bulat bulat
cara begini sapa2 pun boleh buat.
harap pihak berkenaan siasat dahulu.

Tanpa Nama berkata...

Nak buat tangkap tanpa ada halangan mesti buat momokan dulu.

Cuba tanya Pak Mat Sabu (Mohammad Sabu) tentang kisah lamanya bagaimana dia ditangkap sebagai pesalah ISA...?

Siapa yang buat momokan yang mahu menghuru-harakan negara ? Sedangkan perhimpunan Bersih 2.0 adalah perhimpunan Aman ?

Sebelum ini puak mana yang selalu buat provokasi terhadap perhimpunan Bersih 2.0 ? Tapi polis buat tak nampak saja kumpulan tersebut.

Kononnya bahan bukti letupan molotov coktail, parang dan t-shirt Bersih, bakal digunakan oleh penyokong Bersih 2.0.

Apakah perhimpunan AMAN Bersih 2.0 memerlukan semua bahan tersebut bagi menjayakan matlamat mereka ? Sedangkan yang nak dihantar pada Agong memorandum pilihanraya adil dan bersih.

Hanya orang bacul dan pengecut saja akan mengatakan bahawa penyokong perhimpunan Bersih 2.0 yang melakukannya.

Dalam keadaan sekarang, apakah kita boleh mempercayai kreditibiliti polis sebagai penjawat awam yang profesional ? Sedangkan mereka bertindak menyelesaikan banyak masaalah rakyat dilihat berat sebelah.

Kalau kita percaya pada polis ketika ini bermakna kita menyerahkan leher untuk diikat dan diheret seperti anjing.

Biarpun polis tempat kita mengadu demi menjaga keselamatan diri kita dan keluarga tapi itu hanyalah syarat saja. Yang menjaga keselamatan diri kita adalah kita sendiri.

Kita tidak tuduh sesiapa tapi kita percaya itu adalah konspirasi dalam mempermudahkan polis menangkap sesiapa saja dalam perhimpunan Bersih 2.0.

Muslihat yang mudah dibaca....

Tanpa Nama berkata...

dan tak ada la pulak siapa yg kena tangkap, walhal intipan dah dibuat, jenis kereta dah diketahui, tapi kenapa boleh terlepas ya penjenayah tersebut??????

ataupun orang2 sendiri yg buat dan salahkan orang lain.????

cerita macam sial aja..

Tanpa Nama berkata...

biasale tu, propaganda semata mata bagi nak tunjuk yang bersih ni nak mengkucar kacirkan negara, sebenarnya semua ini adalah perbuatan dari puak yang anti bersih,
macamana pasukan PDRM yang membuat sekatan jalanraya sejak isnin lalu boleh terlepas pandang pada mereka yang menyeludup masuk benda-benda merbahaya ini

Tanpa Nama berkata...

Tangkap dan hukum yg bersalah. Bersihkan kl dari senjata2 bodoh itu...supaya BERSIH 2.0 dapat ON...sprti di rancang..

MARTOIRIAT berkata...

Mungkin disabotaj untuk gagalkan himpunan bersih. Buat kenyataan yang tidak logik dan masuk akal. Begitulah gara-gara hidup di era polis Bollywood zaman Mat Mongolia

Tanpa Nama berkata...

PandiKutty punya kerja la ni...
x blh tgk BERSIH buat cara aman...
TOLOL punya kerja....

Tanpa Nama berkata...

Kerja yahudi macam ni. Polis dah memang jadi bodoh. kerja untuk orang yang zalim. moga Allah beri balas dengan balasan yang teruk untuk mereka. Tak salah aku doakan begitu keran dia menfitnah aku dan sahabt2 aku.

Tanpa Nama berkata...

ini taktik lama broo,,,orang dah tahu dahhh,,kerja polis malaysia,,lepas ni senyap macam tu saja,,,,kita cabar polis ccari sapa yang ampunya barang/kerja,,,,

Tanpa Nama berkata...

oh come onn...tak mungkin penyokong BERSIH begitu bodoh utk menyembunyikan bom bersama2 BAJU BERSIH!!orang ulu kampung pun takkan sebodoh itu percaya akan taktik mensabotaj nih...
Polis kan banyak rampas baju BERSIH...pasti ada kemungkinan mereka dalang....Perkasam dan Partidiot juga mungkin...lol

mohd shahran berkata...

ish 3x itu bukan BERSIHnya kerja tu barang tertinggal KL Gangster. . terlupa nak kutip balik huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

Kaedah macam ni,polis jangan ingat orang bodoh.Rakyat Malaysia ni dah cerdik dan faham,tahu dan kenal polis Malaysia.Cara nak burukkan Bersih macam ni,dah tak laku lagi.Tak siap percaya.Kalau tak percaya sila buat pool.Kalau dah ramai ditangkap tanpa sebab,munkin sekadar bakai baju kuning,jangan nak buat alasan buat tangkapan lagi konon sorok parang dan molotov cocktail.Skrip-skrip cerita lama macam ni sudah tak laku lagi.

udang galah berkata...

Sememangnyer kerja yang bodoh lagi haram jadah...

Tanpa Nama berkata...

Ada orang dalam tak yg kerja kat security SOGO tu. Minta dia seludup keluar rakaman CCTV tu. Kita tgk siapa yg dok buat kerja2 ni.
Mohd Shahran...gua rasa cakap lu tu betul. Itu barang KL Gangster ler.... Krew diaorang lupa nak angkut bawak balik.