21 Jul 2011

Professor Pengampu Kelas Pertama

Hairan bin ajaib, bagaimana seorang yang bergelar profesor, tiba-tiba menyuruh kerajaan mengambil tindakan kepada portal berita The Malaysian Insider kononnya pemberitaannya memberi kesan buruk kepada keselamatan dan keamanan negara.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata cadangan Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain (gambar) ditertawakan oleh mereka yang belajar di sekolah atap.

“Sebenarnya yang tergugat ialah kerajaan BN, bukannya keamanan negara,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Soalnya, mengapa perlu takut dengan media baru kerana bukankah Umno memiliki media gergasi yang dapat dipancar ke setiap pelosok kampung.

Katanya, memang sahlah parti yang didukung Ahmad Atory sudah hendak menghembus nafas terakhir, sehingga takut keburukan parti Umno diketahui oleh rakyat.

Menurutnya, Atory merupakan pensyarah Universiti Sains Malaysia yang memang terkenal sebagai penyokong Umno tegar telah mencadangkan perkara tersebut, kerana resah dengan maklumat yang diberikan oleh The Malaysian Insider dan media alternatif lain.

Beliau berkata, jika benar laporan media alternatif itu bahaya dan menyalahi etika media, kerajaan boleh bertindak melalui Akta Hasutan bukannya menerima cadangan Atory.

Idris menambah, sepatutnya yang perlu takut kepada media alternatif ialah Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah, bukannya Atory.

Soalnya, tidak cukup lagikah dengan gaji sebagai seorang profesor sehingga sanggup menjadi pengampu kelas pertama.

“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kualiti graduan yang beliau ajar jika beliau yang berfikiran sempit dan tidak memahami bahawa sekarang langit sudah terbuka. Inilah nasib seorang Profesor jika taksub dengan Umno sehingga hilang rasional apabila memberi pandangan,” ujarnya lagi. -HD

7 ulasan:

faizzz berkata...

2 x 5 dgn mustafa ishak,zainal kling,ramlah adam,firdaus abdullah,siva murugam,shamsul amri,nordin kardi,kamarudin kacha,asyraf wajdi...tlg sambung..

sydeen aka saidin berkata...

Sambungan.....

Semua ni adalah KANGKUNG..hehe

mohamad berkata...

berita terbaru yang diterima ialah Atory Husin akan dilantik sebagai Ketua Pengarah Sekolah Tadika PERMATA cawangan UGANDA. Perlantikan itu berkuatkuasa selepas HARIRAYA dan Hari MERDEKA. Harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

serkup kepala dengan tong sampah le prof...

ketuanancukong berkata...

proff?????????geli nyerrr,,ni spesis sama ngan jawa totok iaitu nordin kordi yg taktau apa tu IPP...kekkek lawakkkk..malu weiii saper belajar kt uum

Tanpa Nama berkata...

Kenapa? tak bolehkah professor professor memilih untuk menyokong kerajaan? Bukannya semua yg kerajaan buat tak betul! Mestikah bila jadi professor asyik nak kutuk sahaja? Peliknya dunia! bila orang yang diberi gelaran bijak pandai dapat kedudukan dengan sendiri jadi penyokong, tapi bila tak dapat kedudukan mula tersentap dan terus pilih pembangkang!. Apa-apa pun jika yg di terima itu bukan dari rezeki yg diredhai percayalah kemanisan rezeki itu tidak pernah dapat dinikmati! jadi fikir-fikirlah apabila mendapat kedudukan atau sebaliknya!

Tanpa Nama berkata...

Anon 9.59
Bukan tak boleh atau salah ker apabila tiba bab2 mengeluarkan pendapat @ pandangan....tapi biarlah bernas, padat, tepat dan berdiri di alam nyata.
Teguran tak dikira kepada sesiapa sahaja. Jangan memilih apabila menegur. Kalau pembangkang salah, kena la terima...... TAPI kalau kerajaan @ pemerintah berbuat salah....adakah cerdik pandai ini mampu @ berani @ tetap pendirian @ jujur dll menyatakan kerajaan melakukan sesuatu yang menyalahi undang2...?
FAIR LER SKET...