23 Jul 2011

Konvoi ‘Kuning’ Dari Shah Alam Ke Putrajaya Kekalkan Momentum Bersih 2.0

Putrajaya: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Selangor bertindak mengekalkan momentum Himpunan Bersih 2.0 dengan mengambil inisiatif menyemarakkan semangat perhimpunan itu dengan menganjurkan konvoi ‘kuning’ hari ini. Gambar fail

Menurut Jurucakap Gerakan Rakyat Selangor Khairul Annuar Othman, ini bukanlah kali pertama konvoi ini diadakan.

“Konvoi ini merupakan konvoi kali kedua, bermula di Dataran Shah Alam pada pagi tadi, menuju ke Putrajaya dan dijangka berakhir di Taman Jaya, Petaling Jaya petang ini,” katanya.

Pihak polis juga turut mengawal kawasan sekitar Dataran Shah Alam namun tiada sebarang insiden tidak diingini mahupun tangkapan dibuat.

Seramai 50 peserta menyertai konvoi tersebut dengan memakai pakaian berwarna kuning simbolik kepada perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Beliau berkata, objektif kita untuk menyemarakkan hari kuning, dengan memakai apa sahaja berwarna kuning
. Kami bergerak menuju ke Putrajaya dari Dataran Shah Alam dan sebahagian berpecah di dua lokasi berbeza iaitu Masjid Putrajaya dan Alamanda.

Upacara menghantar belon kuning turut diadakan sebagai upacara simbolik.

“Kami mahu memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak supaya menerima tuntutan Bersih dalam tempoh tiga bulan.

“Jika Najib tidak terima tuntutan Bersih maka kami akan kerah Bersih 3.0 pula,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Kelab Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Abdul Razak Abdul Majid pula mengesahkan bahawa kumpulan NGO terbabit mempunyai kaitan dengan Bersih.

Ujar beliau, 11 kereta dilihat memasuki Masjid Putra ketika tengah hari tadi dan kurang daripada 30 peserta memakai pakaian kuning tanpa sebarang logo Bersih.

“Menyedari kehadiran polis, kumpulan terbabit mula bersurai dan hanya mengambil gambar seolah-olah mereka adalah pelancong,” katanya. -FMT

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

teruskan perjuangan kerana kak-mah dah bawa masuk teknologi biomatrik pulak utk penipuan spr(sistem penipuan tambahan dan sokongan)...mereka umpornooo tidak ambil peduli tuntutan bersih-2,..maka kita gerakkan bersih-3 dan 4 dan 5 jika berkeperluan...insyaALLAH pemuda akan turn padang lagi...

Beruk Ketawa berkata...

Hari ini ada orang sambut Hari Jadi ke 58 potong PULUT KUNING kat airport A.Star.

Muka tak malu...baju kuning tak boleh...pulut kuning boleh...kah kah kah

abuanas berkata...

SETUJUUUUUU.....!

Tanpa Nama berkata...

adat org meminta, tak semestinya diterima kan..kalau sistem pilihanraya kita tak telus, maknanya pemerintahan pas di kelantan selama 20 tahun dan kemenangan pembangkang di 5 negeri pada pru baru2 ni hanyalah lakonan semata2..tapi pembangkang menerimanya dgn sorak gembira sekali...

demonstrasi jalanan tak memberi kebaikan kpd rakyat..kalau semak sejarah negara lain, indon dilihat paling demokratik, tapi ekonomi dan sosial paling ketinggalan..kita takkan dapat sebuah negara yang sempurna segala segi..apa yg ada harus disyukuri... kalau ada kesilapan pada agensi mcm spr, polis, buat aduan secara baik..buat report /documentation dan follow up..diorg pun manusia jugak..zaman sekarang boleh bagi maklumbalas/cadangan penambahbaikan dalam website je...

stapler berkata...

if nak buat perbandingan, biarlah dgn ng yang lebih baik.. baru buleh maju.. kalau dgn indon.. mmg tak kemana lah kita.. buka minda, lihat dgn lebih jauh dan luas..

pendemo, bukan pengganas.. kami cuma mahukan yg lebih baik utk anak cucu kami..

pak tua berkata...

Kesian puak2 nie.mentality mereka di kawal olih UMNO...Cuba keluar dari kepompong UMNO dan buka minda tuan2 semua....saya setuju dengan stapler,,,,nak buat perbanding biar dengan yg baik dan elok......terok2 indon pon mereka bolih tunjuk perasaan...

pak tua berkata...

Kalau SPR adil dan bersih,Lama dah UMNO dalam sejarah.
Cukup2lah ...........

Tanpa Nama berkata...

kalau spr telus... dah lame umporno bungkus.. tipu pun kalah lagi, x tau lah berape kerat je yang sokong parti x demokratik dan bertamadun ini.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak tipu pru 2008 bn dah bungkus..