17 Jul 2011

Isu Cincin Lady Gajah RM74 Juta, Ada Cubaan Rekayasa Bukti, Kata Chegubard

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dilaporkan telah menyoal siasat seorang individu yang dikaitkan dengan dakwaan sebentuk cincin berlian bernilai lebih RM70 juta dibawa masuk ke negara ini tanpa cukai untuk isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor.

Menurut pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, SPRM telah menyoal A.Krishnan, individu yang dikenalpasti oleh SAMM sebagai bertanggungjawab menguruskan dokumen-dokumen Kastam Diraja Malayasia (KDRM) yang berkaitan.

SAMM memperolehi nama individu berkenaan daripada salinan ceraian dokumen pengisytiharaan Kastam yang dicetak melalui komputer.

“(Tindakan) SPRM bertindak dengan 'menahan' individu yang namanya terdapat dalam sistem komputer tersebut, membuktikan bahawa pendedahan itu bukan palsu,’ katas Chegubard.

Beliau melaporkan isu cincin belian itu kepada SPRM Pulau Pinang, minggu lalu.

“SPRM telah menahan A.Krishnan dan siasatan berkisar kepada bagaimana belian tersebut boleh dibawa masuk dengan cukai 'RM0' sahaja,”katanya.

Pada masa yang sama, beliau mempersoalkan sama ada pengecualian cukai untuk berlian itu ada hubungan dengan tindakan Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini untuk mengecualikan cukai untuk belian, perhiasan serta pakaian (termasuk yang mewah) dalam belanjawan yang lalu.

“Adakah pindaan cukai itu untuk memenuhi selera individu tertentu?," soalnya.

Chegubard juga mendakwa sebaik sahaja siasatan SPRM bermula, sistem kastam di Kargo, KLIA telah mengalami gangguan hampir 3 jam.

Ini menurut beliau, menyebabkan kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa dan selepas itu dipulihkan, perbagai 'syarat' dikenakan untuk mendapat akses kepada dokumen sebegitu.

Chegubard berkata dalam usaha untuk menimbulkan keraguan mengenai pemilik belian itu, semalam muncul pula borang asal di alam siber dan apa yang disebut sebagai borang 2 Kastam.

Borang itu "diadakan" untuk "membuktikan" cincin belian itu dibawa keluar ke Singapura empat hari selepas ia dibawa masuk ke Malaysia.

Chegubard berkata borang itu adalah untuk menyokong dakwaan kononya cincin belian itu hanya untuk pameran yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura.

Chegubard berkata sumber dalaman beliau mengesahkan beberapa percanggahan ketara dalam maklumat borang 2 kastam termasuk nilai barangan. Borang itu juga tidak meyenaraikan sebarang terma untuk pameran yang dimaksudan, seperti lazimnya, kata beliau.

Chegubard sebelum ini mendedahkan cincin itu diimport daripada syarikat beralamat di New York.

Sebelum ini, Rosmah yang digelar ‘Imelda Marcos Malaysia’ membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakaan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu, selain suaminya sendiri Najib Razak membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke 42 negara seluruh dunia.

Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan bangladesh, Rosmah Mansor membelanjakan sebanyak RM134,317.76.

Malah, Rosmah turut berbelanja mewah dengan menghabiskan lebih RM100,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk semalaman. -tvsnews



6 ulasan:

darah360 berkata...

apa bukti nya yg dia ade cincin bernilai jutaan tu???? tah2 dyer bli kat pasar tani ka... kita mana tau..... dh xda citer lain yg hendak dipertikai ka??? klu benda tu benar sekali pun.... bia p la kat dyer..... hang pa dok sibuk wat pa???? xda untung pun..... apa la....

Tanpa Nama berkata...

Bila ada orang sudi menegur kita.
itu tandanya Allah sayang kat kita.
Cuma kita sudi nak dengar dan ikut
atau kita sanggup memusuhi segala
teguran terasebut.
Harta benda bertimbun-timbun, berjuta-juta adakah semua itu dapat membantu dan menyelamatkan kita daripada hisab dan siksaan api neraka yang Allah telah sediakan untuk orang2 yang zalim.
Bersyukurlah kerana dengan izin Allah jua, ada orang mengingatkan tentang kealpaan kita.

Tanpa Nama berkata...

darah360: aku xkesah kalo dia beli guna duit die sendiri walaupun kat pasar malam ker...kat tepi jalan ker..kat mana2 laaa..tp kalo die guna duit cukai yang aku dan rakyat malaysia bayar memang aku kesah...sbb bukan duit die....biarlah memiliki sesuatu daripada duit yang halal dan diredhai Allah...Hidup pun berkat dan dirahmati Allah...Ingatlah kita ni tak boleh tongkat langit sampai bila-bila..entah esok atau lusa kalo Allah kata mati, sesaat pun xboleh elak...

Tanpa Nama berkata...

darah360..ko ni nmpk sgt bodoh...muka ko pun mcm pondan...apa la biolnya ko ni...ko la manusia yg paling bangang penah aku jmpa....

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

seperti mana aku xskekan PEMBANGKANG,mcm 2 jgk aku xskekan si ROSMAH ni.."OVERDOSE OVEREXPOSE" sgt dia ni..