15 Jul 2011

BERS✔H 3.0 Bakal Dilancarkan Jika SPR, Polis, Kerajaan Terus Angkuh

Bersih gelombang ketiga boleh berulang

Dewan Muslimat PAS Pusat turut membayangkan kemungkinan gelombang ketiga Bersih berulang sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus angkuh dan enggan berubah.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, berdasar kepada situasi sekarang nampaknya rakyat tidak teragak-agak meneruskan gelombang Bersih 3.0.

“Mungkin gelombang itu akan lebih hebat lagi. Kita melihat keangkuhan SPR dan kerajaan seolah-olah mengenepikan pandangan rakyat,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Masjid Al-Mujahidin dan penyampaian kelulusan hak milik tanah kepada penduduk di Kampung Kubang Kual, hari ini.

Perasmiannya disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Adun Gual Periuk, Mohamad Awang, wakil-wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan.

Tanggal 9 Julai lalu menjadi detik bersejarah apabila puluhan ribu rakyat menghadiri perhimpunan anjuran Bersih 2.0 biar pun dihalang pasukan polis.

Malah lebih 100 pemimpin Pakatan Rakyat dan orang ramai ditangkap lebih awal hanya kerana memakai baju Bersih 2.0 dan berwarna kuning
.

Siti Zailah yang juga anggota parlimen Rantau Panjang berkata, kerajaan juga seperti tidak menghiraukan titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong supaya perhimpunan rakyat berlaku secara aman.

Menurut beliau sekiranya perhimpunan rakyat itu dibiarkan berlangsung secara aman tanpa gangguan polis seperti di negara lain, sudah tentu tidak berlaku kecederaan dan kematian.

Namun malangnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disifatkan tidak mempunyai kematangan berpolitik sehingga menganggap perhimpunan anjuran Bersih sebagai musuh negara.

“Tindakan provokasi dan serangan gas pemedih mata dan tembakan air berkimia menyebabkan rakyat marah,”
katanya.

Menurutnya himpunan Bersih 1.0 pada 2007 membuktikan tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa kerana provokasi polis tidak berlaku.

Oleh itu beliau mencadangkan satu suruhanjaya khas perlu diwujudkan bagi menyiasat dakwaan kekasaran pasukan polis sehingga di luar batasan kemanusiaan.

Manakala di Kota Bharu semalam, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat berkata, imej Perdana Menteri kini semakin tercalar biar pun baru dua tahun menduduki kerusi tersebut.

Katanya, sikap berdolak dalih Najib dan Menteri Dalam Negeri menghalang perhimpunan aman Bersih 2.0 diadakan di Stadium Merdeka menyebabkan rakyat marah.

“Rakyat melihat ketidakupayaan Perdana Menteri menunaikan janjinya bagi menyediakan tempat kepada Bersih 2.0 menyebabkan orang ramai begitu kecewa.

“Sekali kata boleh dan di masa lain pula kata tidak boleh. Ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat,” katanya selepas majlis penyerahan tugas sukarelawan Festival Makanan Antarabangsa Kelantan Cheng Ho di pekarangan Bazar Tok Guru, petang semalam.

Turut hadir Presiden Pertubuhan Sukarelawan Hijau Kelantan (Green-V), Mohd Adilan Mat Jusoh dan timbalannya Norsham Sulaiman.

Zulkifli yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat berkata, sebagai pemimpin tertinggi negara Najib perlu konsisten dalam mengeluarkan kenyataan.

Beliau juga menyokong cadangan banyak pihak supaya ditubuh Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji tuntutan Bersih 2.0 dan keganasan pasukan polis terhadap orang ramai 9 Julai lalu. -HD



PAS mahu Pakatan anjur kempen kekal momentum Bersih

SHAH ALAM, 14 Julai — PAS Selangor percaya bahawa satu ceramah besar-besaran di stadium di sini akan membolehkan semangat Bersih 2.0 dikekalkan dan oleh itu, mahu Pakatan Rakyat menganjurkannya dalam waktu terdekat.

Malah PAS Selangor juga mahu tokoh agama dipanggil memberi penjelasan bahawa perhimpunan Sabtu lalu adalah halal dan tidak bertentangan dengan agama.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) tindakan itu penting bagi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menjelaskan apa yang berlaku pada 9 Julai dan menjawab maklumat tidak tepat disiarkan media arus perdana.

“Satu program besar macam ini perlu diadakan secepat yang mungkin, kami mahu Pakatan Selangor menganjurkannya di Stadium Melawati di Shah Alam.


“Untuk menunjukkan sokongan PAS kepada perhimpunan Bersih. Kempen bagi pilihan raya yang bebas dan adil tidak berakhir pada 9 Julai, ia perjuangan berterusan,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, kepimpinan Pakatan Rakyat boleh menjemput personaliti seperti Datin Paduka Marina Mahathir yang menghadiri perhimpunan tempoh hari.

“Seorang ustaz seharusnya memperjelaskan mengapa perhimpunan Bersih adalah halal dan mengapa Muslim harus menyokongnya,” kata Khalid.

Bersih 2.0 telah mengadakan perhimpunan di ibu negara Sabtu lalu walaupun berhadapan dengan siri tekanan dan halangan pihak berkuasa sejak sebulan lalu.

Ia mendakwa berjaya menarik 50,000 tetapi dinafikan oleh pihak polis yang mengatakan bahawa hanya 6,000 orang hadir. -TMI


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila lah malaysia akan aman seperti
dahulu

Malaysia Maternity Wear,Maternity Wear Malaysia,Maternity Wear,Maternity Clothing,Maternity Dress,Online Maternity,Online Baby Products,One Stop Maternity

Tanpa Nama berkata...

KITA BUAT BERSIH 3 ATAU 4 ATAU 5...MASA SAMA DGN PERHIMPUNAN UMNO ATAU MAJLIS-MAJLIS ANJURAN UMNO.

Tanpa Nama berkata...

bersih 3.0 aku mesti pergi

Hot! Padang Golf Untuk Orang Bogel Sahaja



Melukis menggunakan Zakar


Budak Ni Buat Korang gelak sampai sakit

Pelacur Terkaya di dunia, 6tahun boleh dapat 4m4.2 Juta


China gunakan pekerja cantik untuk Bank AIR MANI

GIla!! [gambar] doktor rogol pesakit yang tidak sedarkan diri

twarin berkata...

buat jer...ajar sikit

TERBAIK SAAT INI!!:
UMNO Sudah Mengambil Alih KFC Holding??
SIAPA KATA DUIT TAK BOLEH BAAK MASUK KUBUR!!

Tanpa Nama berkata...

Pemergian Baharuddin Ahmad suatu kuasa Tuhan untuk menyelamatkan jutaan yang parah dibawah Pimpinan BN yang tersangat korup. Kematian seorang wira tak harus dipersiakan.

BERSIH 3.0 ..... cadangan baik, selagi ia masih sangat panas, sebelum BN memdapat ilham taktik kotor. Dunia menunggu bagaimana hanya kerana tuntutan pilihanraya adil, PM menyambut dengan ribuan Polis, senapang gas dan trak pemyembur asid.

Kali ini Penganjur atau Persatuan harus memjemput pasukan perubatan bulan sabit atau palang merah tak kira dari mana.

Laporan polis serata tempat terhadap polis, ketua BN, Menteri, SPR, katak Ali atau mana-mana atas membunuh rakyat jika ada berlaku lagi kematian seperti BERSIH 2.0.