20 Jul 2011

5 Bekas Mahasiswa UM Kekal Bebas Drp Tuduhan, Mungkin Benar Bininya Berpuaka?

Bini puaka': Pendakwaan tarik balik rayuan

Pendakwaraya kes 'bini puaka' memutuskan tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang membebaskan semua tertuduh pada September lalu.

Sehubungan itu, kelima-lima bekas mahasiswa Universiti Malaya (UM) itu kekal bebas daripada tuduhan cuba melakukan khianat dengan api dan melakukan pencerobohan jenayah dua tahun lalu.

Lima mahasiswa Keputusan itu dimaklumkan kepada seorang peguam mahasiswa berkenaan Zulhazmi Shariff yang hadir dalam pengurusan kes di pejabat timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perkara tersebut disahkan oleh seorang lagi peguam mereka Mohd Razlan Jalaluddin ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

"Pendakwaraya tidak berminat untuk meneruskan rayuan ini. Jadi tiada lanjutan (rayuan). Mahasiswa itu kini 100 peratus bebas, bersih dan suci," katanya.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 September lalu memutuskan tiada prima facie dalam kes itu.


Tertuduh - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani, Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli - dituduh melakukan jenayah bawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan Akademi pengajian Pengajian Islam UM pada 24 Jun 2009 kira-kira jam 4 pagi.

Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima bekas mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Kesemua mereka kini sudah menamatkan pelajaran masing-masing di universiti berkenaan. -mk

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak tahu juga apa jadi kepada mereka berlima dah habis pegajian ke? Semoga ALLAH SWT merahmati orang2 yang menolong kelima mereka

kembara putih berkata...

Jadi fakta kes yang mengatakan pelajar2 ini cuba membakar bini berpuaka tu hanyalah rekaan saja la.