1 Jun 2011

Tindakan Pantas Seorang Bapa Selamatkan Anaknya Dilarikan Ke Lombok

Bakal pengantin nyaris ke Lombok

JOHOR BAHRU - Tindakan pantas seorang bapa menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengesan anak perempuannya yang bakal berkahwin pada Sabtu ini dapat menyelamatkan wanita berkenaan daripada dilarikan seorang lelaki ke Lombok pada 9 Mei lalu.

IBNU SINA menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap seorang lelaki yang ingin melarikan Nurul ke Lombok ketika ditemui di Kota Masai, Johor Bahru semalam.

Ibnu Sina, 50, mendakwa, dia menyedari kejadian itu pada pukul 4 pagi apabila mendapati anaknya yang dikenali sebagai Nurul, 21, hilang ketika dia bangun untuk menunaikan solat Subuh.

Katanya, dia terus memberitahu penduduk kampung sebelum anak kedua daripada lapan beradik itu dikesan di laluan 'tikus' di Ulu Tiram di sini yang biasa digunakan oleh warga asing untuk pulang ke Indonesia.

"Dalam SMS itu, saya nyatakan segala maklumat peribadi mengenai anak saya sebelum seorang tekong bot di situ dapat mengesan Nurul sebelum dia dilarikan ke Lombok.

"Ketika disoal, lelaki Lombok yang dikenali sebagai Hasan Basri berusia 24 tahun itu memberitahu wanita itu berketurunan India namun pemeriksaan pada Mykad menunjukkan namanya sama dengan SMS yang diterima," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kota Masai di sini semalam.

Tambahnya, lelaki Lombok itu kemudian dibelasah sebelum diserahkan kepada polis. -kosmo



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kabarnya kebnyakan pemuda2 Lombok ni ok, rajin pi jemaah surau/masjid, pandai mengaji/agama, rajin keja, rupa pun ala2 Melayu Msia, bujang pulak tu, --> tu yg ramai anak2 gadia kita tertarik, cuma mereka ni satu aje kurang.. iaitu bila dibawa balik ke Lombok, keadaan keluarga sngat miskin banding sini..lama2 tak tahan.

Tapi katakan mereka dah suka sama suka, mentua pun restu & nikah di sini, perlu ke bawa lari ke Lombok? why not stay di Msia, kerja rajin2 & bina hidup harmoni di sini.. nak jengok keluarga di Lombok, bole le sesekali2. Nak hulur duit kek keluarga di Lombok pun bole, wlu sikit RM, tapi besar Rupiah.

Bole kan? ke ada masaalah/prosedur2 yg menyebabkan susah nak nikah di sini?

Saja ingin tau.

diod berkata...

Mat lombok lagi.

Minta ahli parlimen pakatan rakyat yang menjaga KDN bertanya dalam sesi parlimen akan datang berapa ramai awek malaysia sudah dibawa lari ke Lombok.


Ban saja Mat Lombok ni dari masuk Malaysia..

Tanpa Nama berkata...

Kementerian Pelajaran patut guna masa terluang lepas UPSR dan PMR untuk motivasi masa depan pelajar - termasuk kerjaya dan perkahwinan - selitkan jugak masalah kahwin lari ... terutama LARI KE LOMBOK.

Hanya satu cadangan yg tak dibaca orang.

Tanpa Nama berkata...

Cerita tentang wanita melayu dilarikan ke Lombok sebenarnya ia menjadi satu trend.

Mana-mana lelaki lombok yang mampu membawa wanita Malaysia ketempat mereka dianggap sebagai lelaki yang hebat dan mempunyai martabat yang tinggi. Mereka ini perlu dihormati sebagai pejuang.

Mungkin cerita ini semacam rekaan saja tetapi ianya diceritakan oleh salah seorang warga lombok tentang hal tersebut.

Dari segi status kehidupan, warga lombok adalah sakai atau orang hutan yang hidupnya bergantong pada hasil tanah dan nelayan. Mereka orang susah. Bila dia merantau dan dapat memikat wanita melayu, ia seolah-olah memiliki anak raja.

Kejayaan itu ingin dikongsikan dengan orang-orang kampungnya. Oleh kerana itu bila dia berjaya dapat seorang wanita melayu, segera dia ingin pulang ketanah airnya untuk menunjukkan kewibawaannya sebagai lelaki sejati.

Walau bagaimana pun kejayaan nya itu menyiksa kehidupan wanita melayu tersebut. Apabila wanita itu pulih dari sihir, baru dia sedar bahawa dia terperangkap dalam cinta bodoh.

Pekara pemuda lombok melarikan wanita melayu akan terus berlaku kerana wanita melayu mudah diperbodohkan sebagai UMNO Baru memperbodohkan orang Melayu supaya terus menyokong BN.

mattrompet berkata...

Benar pandangan Anon 4.07pm.Jangan salahkan Mat Lombok,salahkan perempuan Melayu yang gatal dan biang.Setengah tu ada suami pun masih nak ikut Mat Lombok.Dengan Mat Afrika lain pulak.Depa tak gunakan ilmu syihir tapi gunakan "senjata sulit".Perempuan Melayu yang sudah kena "senjata sulit" Mat Gagak Melayu,Mrelkayu,Mrlayu.ni,akan "Buang emak,buang saudara".Melayu,Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Tapi pemudi2 tu ingin juga berumahtangga ... so far yg memikat mereka Mat Lombok , yg Melayu Msia susah dapat kot. Wanita lebih ramai.. kot ada yg mcm Saleh Yakob pun berapa kerat aje.