23 Jun 2011

Sama Seperti Dilakukan Terhadap Kelantan, Kini Putrajaya Rancangkan Kerugian Untuk Pulau Pinang

Kuala Lumpur, 22 Jun : Putrajaya 'mengakui' telah merancang kerugian bagi projek mendalamkan terusan utara di Pulau Pinang yang bernilai RM300 juta menurut Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi.

Berdasarkan jawapan lisan yang dikemukakan Timbalan Menteri Pengangkutan di parlimen hari ini, kementerian itu menjelaskan telahpun mengambil kira penjejasan prestasi kewangan Penang Port Sdn Bhd (PPSB), akibat kelewatan mendalamkan Pelabuhan Pulau Pinang.

"Ini bermaksud kementerian mengakui kelewatan dan menyebabkan kerugian ialah sesuatu yang telah dirancang. Kerajaan telah merancang kerugian untuk melandasi Penang Port Sdn Bhd," kata beliau kepada media.

Projek PPSB di bawah kelolaan Kementerian Kewangan itu kini berdepan dengan kerugian sebanyak RM100 juta akibat terbengkalai seraya menimbulkan keresahan tentang kos lebihan yang terpaksa ditanggung.

Jeff menyifatkan kerajaan gagal memainkan peranan bagi memastikan projek yang melibatkan suku bilion ringgit itu siap pada jangkamasa yang ditetapkan bagi mengelak kos berlebihan ditanggung.

"Saya rasa ini sikap transformasi yang terumbang-ambing. Mana transformasi kalau kerugian itu telah dirancangkan seperti mana yang disebut," jelasnya lagi.

Terusan dengan kedalaman 15 meter itu dijangka siap pada 2013, terbengkalai sehingga kini berikutan kerja- kerja tersebut tidak dapat diteruskan.

Sehubungan dengan itu Pengarah Pengurusan PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar pada Mei lalu menyatakan PPSB akan mengalami kerugian berjumlah RM100 juta sekiranya projek tersebut masih tergendala.

PPSB sebelum ini telah menghubungi Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) beberapa kali, menuntut penjelasan mengenai perkara itu namun tidak mendapat respon. -tvsnews



Ulasan GB

Kerajaan UMNO BN Pusat mmemang sejak dari dulu akan berusaha mencari jalan "menekan" kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Sewaktu Terengganu diperintah oleh PAS, bayaran royalti dinafikan, tetapi sebaik saja ianya diperintah UMNO BN, kerajaan Pusat telah membayar RM1 billion kepada kerajaan Terengganu.

Kelantan sehingga hari ini dinafikan bayaran royalti yang menjadi haknya itu.

Kenyataan Tun Dr Mahathir sendiri merupakan bukti nyata dasar "binatang" kerajaan UMNO BN bersifat zalim dan kejam terhadap Kelantan:

Q: In the recent state assembly sitting in Kelantan Datuk Mustafa Mohamad admitted he asked you to stop developing Kelantan when PAS took over Government...

Dr M : Well not only Mustafa but all the rest of Umno felt you should not develop Kelantan because if you do they will tell people..."Look even if you don't vote for BN you will still get development, so why bother to vote for BN?" - that's what PAS will say and that has always been a problem with PAS even in my constituency. If a village is supportive of PAS and i were to give a bridge or whatever PAS will tell people "Look you don't have to support the Government so support us." Because of that we had to hold back.




Berdasarkan kezaliman dan kekejaman UMNO BN tersebut, maka tiada pilihan lain:

TUKARKAN KERAJAAN PUSAT DARI BN KEPADA PR

1 ulasan:

Awanama berkata...

nak bagitau...

dredging kat malaysia ada 2 konsesi masing2 selama 15 tahun:

1. Major Port diberi pada inai kiara sdn bhd maksudnya semua area major port i.e westport/northport/pasir gudang/ptpt/kuantan/kemaman/sg.udang/bintulu dan bla bla kena serah pada inai kiara termasuklah pembinaan breakwater dan sebagainya

2. Muara sungai dan minor port diberikan kepada Malaysia Maritime Dredging Corporation (MMDC)bermaksud semua kuala-kuala sungai dan dalam sungai yg perlu dikorek

semua ini berikan pada zaman madey hinggakan lain2 company dredging jadi pasif dan hampir mampus.

nak cerita panjang pasal hunky punky panjang apa yg penting, mcmana madey leh kasik konsesi ini....MMDC tu tokeynya kawan baik ngan mohkzani