7 Jun 2011

Nazri Intai Jawatan Ketua Pembangkang Usai PRU13

Nazri: Dengan jadikan PAS kuat, impian Hadi maju jadi PM

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberi PKR dan DAP peringatan mengenai imej liberal yang hendak dibawa PAS sambil menegaskan, presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bercita-cita mahu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menanti dari Pakatan Rakyat.

Berkongsi analisis beliau berhubung pemilihan PAS yang diadakan akhir minggu lalu, ahli Majlis Tertinggi itu berkata, trend baru muncul di parti Islam konservatif itu – nafsu baru untuk berkuasa.

Kata Nazri, permainan politik baru kepimpinan PAS bertujuan mahu mengubahsuai imej Islamnya agar ia kelihatan dapat diterima oleh bukan Islam dan seterusnya menjadi parti yang kuat dalam Pakatan Rakyat, mengatasi kedudukan PKR dan DAP.

Sehubungan itu, menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkata, kebangkitan PAS akan membawa kepada pergolakan kuasa dalam Pakatan Rakyat semasa pilihan raya umum akan datang kerana mereka akan cuba untuk mengatasi satu sama lain untuk mendapatkan perwakilan besar dalam Parlimen.

“Sudah pasti, mereka akan bertelagah. Saya fikir Hadi sedar bahawa ada peluang bagi beliau untuk menjadi pemimpin Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

“JIika beliau berfikir bahawa beliau boleh menawan Putrajaya, maka beliau mahu menjadi perdana menteri. Itu sebabnya beliau memaksa parti itu mengubah imej sebab beliau tahu bahawa Anwar berada dalam masalah dan PAS mahu menjadi parti yang kukuh dalam Pakatan Rakyat,” kata Nazri pada sidang media di sini hari ini. -TMI


Hadi intai PM, dakwa Nazri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menggambarkan PAS dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai oportunis dengan cuba meletakkan dirinya sebagai pengganti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bakal perdana menteri.

Nazri berkata, keputusan pemilihan PAS Sabtu lalu merupakan petanda bahawa pemimpinnya, terutama Hadi, sedar bahawa mereka perlu berusaha menguasai Pakatan Rakyat.

"Jika Hadi fikir mereka boleh tawan Putrajaya, maka dia (fikir) akan jadi PM kerana Anwar sekarang dalam masalah," kata Nazri, merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat dan video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Sabtu lalu, ramai calon bukan ulama menang dalam pemilihan parti itu. Selepas 20 tahun, perwakilan juga memilih calon bukan ulama Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden PAS yang baru.

Selain ketiga-tiga naib presidennya terdiri daripada golongan bukan ulama, sekurang-kurangnya 10 daripada anggota jawatankuasa pusatnya juga daripada kumpulan sama.

Nazri yang juga anggota majlis tertinggi Umno berkata, barisan kepimpinan baru PAS menunjukkan kesedaran bahawa mereka tidak mampu mengambil alih tampuk kekuasaan tanpa sokongan bukan Melayu.

Sementara itu, mengulas ucapan dasar Hadi dalam muktamar PAS yang menyebut parti itu kini memfokuskan kepada agenda negara kebajikan berbanding negara Islam, Nazri berkata, ia tidak banyak berbeza dengan yang dijuarai Umno sekarang.

"Saya rasa Hadi rasa beliau boleh menjadi PM, walaupun saya sendiri rasa beliau tidak mampu untuk itu. Beliau cuba meyakinkan DAP bahawa harimau bintang sudah menukar tompoknya," katanya. -mk


Ulasan GB

Katakanlah teori Nazri itu menjadi kenyataan, PR menguasai parlimen dan Hadi menjadi PM.

Maka teori lain akan menyusul pula iaitu akan berlakulah perebutan kerusi Ketua Pembangkang. Calon utamanya ialah Najib, tetapi akan digugat oleh Nazri Aziz. Kerana Nazri akan mendakwa beliau lebih vokal menentang MP-MP Pakatan Rakyat tatkala BN berkuasa.

Nazri akan mendakwa beliaulah paling banyak membantu Najib. Gantungkan MP Puchong kerana selamatkan Najib daripada kes Altantuya daripada dibincang di parlimen, gantung Karpal Singh, Anwar, Azmin dan lain-lain kerana isu UMNO-APCO dan membuat paling banyak kenyataan untuk mempertahankan SPRM, Polis, video seks dan sebagainya.

Namun, apakah Nazri berjaya nanti atau beliau akan dipancung dahulu oleh Najib daripada bertanding di Padang Rengas?

Semua orang tahu, Nazri "kaki kipas". Di zaman TDM, beliau mengipas TDM, di zaman Pak Lah begitu juga, kini di zaman Najib, lebih besar kipasnya, ditibainya PM-PM terdahulu.

5 ulasan:

DD Koto Baghu berkata...

Nazri ni sapo tok kenal dio. Kecek belit2 kejap gini kejap gitu.......ikut keadaan sebab nok jago keduduke, jago priok nasi dok ?. Anok sediri tokse jago nok jago negaro mace mano !

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya itulah cara pemimpin UMNO Baru berpolitik. Mereka akan adudomba semua parti pembangkang agar curiga diantara satu sama lain hingga terbit pergeseran.

Sebelum ini Anwar Ibrahim dikatakan tidak layak jadi PM kerana isu moral video sex yang direkaciptnya. Dan perjalanan kes liwat II akan menuju kepenghujung cerita.

Hakim sudah jatuhkan hukuman pada Anwar sebagai bersalah meliwat. Sekarang sebelah kaki Anwar sudah masuk dalam penjara. Konspirator sudah mula senyum tanda kemenangan.

Kini giliran TG Hadi pula menjadi sasaran agar orang ramai melihat beliau sebagai orang tidak layak jadi PM.

Mungkin selepas ini akan ada ahli UMNO Baru bawa cerita TG Hadi telah meliwat kambing hitam kepunyaan BN di Putrajaya pulak.

Tapi pemimpin UMNO Baru jangan buat pura-pura lupa bahawa Mohd. Najib presiden parti UMNO Baru merangkap perdana menteri Malaysia dilihat terbabit dengan rasuah pembelian kapal selam di Perancis.

Dan beliau juga didakwa bersubahat dalam pembunuhan rakyat monggolia dibukit cahaya. Apakah itu moral yang baik bagi ahli UMNO Baru ?

Ahli UMNO Baru sepatutnya merasa malu kerana mengusung orang ini kehulu kehilir sebagai pemimpin parti kelas pertama sedangkan ia dan kuncu-kuncunya adalah penjenayah.

Kenapa pentadbiran UMNO Baru tidak mahu mengadakan pilihanraya parti seperti yang dilakukan oleh PAS sedangkan pilihanraya umum yang ke13 boleh ditangguhkan hingga 2013. Apa masaalah nya ?

Itu menunjukkan bahawa pemimpin parti UMNO Baru takut hilang kedudukan yang mereka sandang sekarang bila diadakan pilihanraya parti secara terbuka.

Mereka sudah jadi hamprak, sudah bergelumang dengan najis. Kotor, busuk malah telah dijangkiti pelbagai jenis penyakit dunia.

Sudah pasti ahli-ahlinya akan menghumban pemimpin jenis ini kedalam sungai

Apatah lagi ada ramai ahli yang tak sabar-sabar nak jadi pemimpin makan rasuah sama seperti yang pemimpin lama lakukan.

Nak ambil jawatan dari pemimpin tua mesti tunjuk garang, baling kerusi, tunjuk penumbuk dan bergusti.. itu tandanya melayu tidak takut, melayu bukan bacul....

Tak gitu Nazri Aziz ...dipandang kaya, banyak duit tapi moralnya pencacai angkat najis...!

Tanpa Nama berkata...

kalau TGHH jadi PM, nazri boleh muflis sebab projek ditawarkan secara telus dan adil?

kembara hijau berkata...

kadang2 doa orang jahat ni makbul jugak, so apa salah TGHH jadi PM. amin...

Tanpa Nama berkata...

fitnah,fitnah,fitnah... tokleh percaya lahanat ni, semuanya spekulasi negatif... batu api, pencetus huru-hara dlm negara org mcm ni humban dlm lubang jamban ja... flush 3x menyusahkan kecik2 xmau mampuih.