16 Jun 2011

Barbican: Apa Autoriti UKM Ganti JAKIM Halalkan Barbican?

Ujian UKM sahkan Barbican bebas alkohol

KUALA LUMPUR – Keputusan ujian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebuah makmal swasta di sini mendapati minuman jenama Barbican bebas daripada elemen alkohol.

UJIAN pengesanan halal UKM mendapati produk Barbican bebas daripada elemen alkohol baru-baru ini.

Pengarah Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Al Yateem berkata, laporan itu diterima pada 7 Jun selepas syarikat itu menghantar sampel minuman edaran pihaknya ke UKM pada 1 Jun lalu.

“Perkembangan positif ini membuktikan Barbican bebas alkohol dan selamat diminum oleh pengguna beragama Islam.

“Saya harap orang ramai terutama pengguna yang beragama Islam tidak perlu bimbang lagi untuk meminum Barbican,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Media sebelum ini melaporkan, syarikat tersebut menjadi syarikat kedua selepas Malaysia Iranian Corporation Sdn. Bhd. yang tampil menegaskan bahawa produk edaran mereka bebas alkohol dan boleh diminum oleh pengguna beragama Islam. -kosmo

Berita sebelum ini




Ulasan GB

JAKIM sebelum ini telah menyatakan bahawa status "halal" untuk bir bernama BARBICAN belum diputuskan lagi.

Tetapi sebuah akhbar tempatan hari ini telah menyatakan "keputusan ujian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebuah makmal swasta di sini mendapati minuman jenama Barbican bebas daripada elemen alkohol".

Kita merasakan ada seuatu yang tidak kena di situ di mana yang dihantar adalah "sampel minuman edaran pihaknya". Bukan pemeriksaan rambang ke atas minuman berkenaan. Sesiapa pun boleh hantar sample yang berbeza dengan minuman yang diedarkan kepada orang ramai!

Kedua, mengapa tidak tunggu pengesahan JAKIM?

Ketiga mengapa begitu cepat mengeluarkan kenyataan "Saya harap orang ramai terutama pengguna yang beragama Islam tidak perlu bimbang lagi untuk meminum Barbican”?

Isu ini perlu diselesaikan segera.

JAKIM perlu bertindak dan pihak-pihak yang selain JAKIM sekalipun berstatus universiti, masih boleh menimbulkan keraguan kerana apa autoriti yang ada padanya untuk mengesahkan minuman berkenaan halal?


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menggunakan teknik saintifik mengesan alkohol dari sampel yg diberi.......tapi tiada kuasa keluar sijil halal.

Admin berkata...

Masaalahnya penguna sendiri,jika menyamai minuman arak tu tetap haram(menyamai/serupa/hampir sama)

pemudakedah berkata...

syubhah.... sat kata haram, sat kata halal, dok payah2 apa, tok sah minum ja la.... air lain berlambak2 lagi.

Tanpa Nama berkata...

Persoalannya bukan halal ke tak halal, tp 'keinginan' yang ada dalam sanubari umat sampai teringin sgt nak merasa bir tu amatlah menyedihkan.
Lemahnya kita, hinanya kita.
Akan datang kalau ada khinzir halal diperbuat dari soya,agaknya berebutlah kita beli...ye lah teringin sgt nk benda2 yg haram. Bila dah 'dihalalkan' balun je la ye.

Tanpa Nama berkata...

Tajuk GB misleading.

UKM tidak kata halal, dan tidak pun ganti Jakim, cuma mengesahkan sampel tidak ada alkohol. Terpulang pada Jakim untuk mengambil tindakan seterusya berdasarkan laporan UKM ini. Samada nak gunapakai laporan itu atau buat testing semula pada sampel baru.

Tanpa Nama berkata...

salam.. menda tu product dari iran.. dan antara sumber pendapatan negara iran.. jika kajian ukm kata takde alkohol.. dari mana pulak jawi leh kaji ada alkohol 5%..

ok.. iran kena sekatan PBB 30 tahun.. jika bir halal tu..boleh jana pendapatan iran.. sure US or ISRAEL tak puas hati,

so siapa lagi yg racun Kerajaan utk haramkan bir tu.. ekeke..

abg apco..

Tanpa Nama berkata...

anon 2:20

ada kemungkinan tajuk GB misleading, tetapi apa yang jelas ialah surat pengesahan dari UKM itu telah digunakan oleh untuk "peniaga" berkenaan bagi meneruskan jualannya sebelum diberikan pengakuan HALAL oleh Jakim.

Sepatutnya pihak UKM boleh menghalang peniaga tersebut daripada menggunakan surat yang diberikan kepadanya sebagai bahan pelaris sebelum mendapat pengesahan Jakim.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dilihat dari sudut autoriti mungkin UKM tidak ada kuasa untuk mengeluarkan fatwa halal atau haram sesuatu produk tetapi pada pandangan saya mereka mempunyai kredibiliti yang cukup dalam aspek saintifik.

Mungkin JAKIM sendiri ada makmal ujian makanan, tapi mungkin juga untuk menguji kandungan makanan, JAKIM sendiri menghantar sampel mereka kepada institusi-institusi seperti UKM atau UPM untuk mengkaji komposisi bahan sampel tersebut. Mungkin juga pensyarah - pensyarah UKM juga merupakan penasihat syariah dalam JAKIM tentang soal halal / haram.

Orang ramai juga kena faham bahawa JAKIM 'tidak ada autoriti' untuk mengharamkan sesuatu produk. Autoriti mereka hanya untuk 'menghalalkan' saja sesuatu produk. Sebab tu JAKIM tak keluarkan logo haram.

Kesilapan besar penjual Barbican ialah mereka tak pernah berusaha mendapatkan pengesahan halal pihak JAKIM sementara perkara ini belum menjadi isu lagi, walaupun mereka yakin produk mereka halal ( waima dikatakan juga ianya dijual di kota Mekah ).

Alahai Coca-Cola pun ada jual kat kota Mekah, walaupun ramai orang yang boikot minuman ni di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

apsal misleading?
sepatutnya ukm ambil sampel secara rawak dimana2 kedai, bukannya:
'Pengarah Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Al Yateem berkata, laporan itu diterima pada 7 Jun selepas syarikat itu menghantar sampel minuman edaran pihaknya ke UKM pada 1 Jun lalu.'
yg lain tu lu pk sendiri...

kbatas berkata...

Rujuk syariat senang. Yang haram itu jelas, yang halal itu jelas. Antara keduanya, ialah syubhat.

Kalau nak berhati2, sebaiknya tinggalkan.