PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memutuskan status minuman jenama Barbican yang didakwa sebagai 'bir halal' selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan perbincangan mengenainya.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata perkara tersebut perlu dilihat secara holistik sebelum keputusan akhir diumumkan.
“Berdasarkan perbincangan yang kita buat dengan pihak pengedar Isnin lalu, kita hanya mendengar penerangan mengenai mereka berhubung kaedah pembuatan serta bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan bir tersebut.
“Setakat ini pihak kami tidak dapat memutuskan status halal produk tersebut. Kita perlu tunggu Majlis Fatwa bermesyuarat mengenainya,” katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.
Dalam pada itu, Hakimah mengesahkan empat daripada lima syarikat pengedar produk minuman bijirin barli itu hadir pada mesyuarat selama tiga jam yang diadakan Isnin lalu.
Menurutnya, keputusan mesyuarat bersama pengedar yang diadakan pada hari tersebut bukan keputusan akhir sebaliknya Bahagian Hub Halal Jakim akan terus mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa mengenai produk bir tersebut.
“Kita akan terus membuat kajian mendalam serta mendapatkan maklumat daripada pengedar bir Barbican ini. Jadi buat masa ini kita tidak ada kata putus mengenainya,” katanya.
Isu ‘bir halal’ itu timbul selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) mendedahkan ada produk minuman yang terkenal dari negara Arab mempunyai kandungan alkohol 0.5 peratus, iaitu melebihi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Minggu lepas, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihati umat Islam di Malaysia supaya tidak minum ‘bir halal’ tersebut kerana kandungan alkohol dalam minuman itu melebihi paras yang dibenarkan oleh Islam.
Jamil Khir berkata syarikat itu mendakwa bahawa bir berkenaan mengandungi hanya 0.01 peratus alcohol tetapi kajian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Johor mendapati kandungan alkohol dalam minuman itu ialah 0.5 peratus
Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Asia Barat itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.
4 ulasan:
JAJ tidak telus. Sudah 3 minggu masalah halal haram tak selesai. Jika dilihat pada kes kopitiam stesen keretapi kluang, satu minggu saja semua selesai. Terus saman, masuk mahkamah.
Lagi satu, mana ada bir yang halal ? Apa nak tunggu majlis fatwa pula.
Apakah ada pakatan jahat untuk memburukkan nama Barbican ? JAJ tak mau kaji coca-cola dan pepsi ke ? Saya tak fahama mengapa coke dan pepsi dapat logo halal. Mungkin tiada arak dan babi tapi gas dan kandungannya membahayakan kesihatan.
bir hala takde? sapa cakap? root beer dan ginger beer berlambak jual. arak halal yang takde... bir halal ada...
root beer ngan ginger beer pun bukannya beer pun secara konteks ...dia sbnrnya dibuat dgn mengambil pati akar dan halia...tapi kalo nama airnya air pati akar dan air pati halia nanti x komersial dan nampak mahal lak, tu yg nama tukar jd beer walaupun xde alkohol..wallahualam..
masa aku cuba minum dulu tak tau pun ianya "arak halal".rasa ok jer dan tak ada mcm bau arak lain... dari jauh dah tau bau arak....
Yang si JAKIn nie dok tunggu lama sgt bagi result nie nape.... ada udang balik mee ke....
susah sgt ke nak dpt result.. aku gi test darah tak sampai 2 jam pun...
makan gaji buta pun haram bro.....
arab kata ok Mesia kata x ok...aku tgk ais krim brand terkenal mesia import dr siam.. xde cop Jakin leh masuk slambelan je......
ahh.. byk lg lak... JAKIn sendiri pun buat kerja HARAM..ada pilih kasih.....
jgn hipokrik.......ok....aku bukan gok gila nak minum benda tu... tapi apa JAKIn buat.....sijil halal pun boleh swastakan lak......bengong,,,,betul,,boleh caye ke jakin nie......
Catat Ulasan