19 Mei 2011

Jerit "Allahu Akbar " Sebelum Maut Terkena Renjatan Elektrik

Alor Setar - Jeritan 'Allahuakbar' (Allah Maha Besar) yang dilaungkan oleh seorang pembaca meter air rupa-rupanya menjadi petanda yang dia akan menemui ajal apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Sakan, Jalan Datuk Kumbar di sini kelmarin.

Gambar: Di sinilah Mohamad Jefridin maut selepas terkena renjatan elektrik di Kampung Sakan, Alor Setar kelmarin.

Kejadian pukul 4.30 petang itu berlaku ketika Mohamad Jefridin Saari , 33, hendak membuat pemasangan wayar di sebuah rumah yang dalam proses pengubahsuaian milik seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Det, 52.

Difahamkan, selain menjadi pembaca meter, Jefridin turut berkebolehan membuat pendawaian secara sambilan dan memiliki sijil dalam bidang itu.

Menurut Pak Det, sebelum kejadian, mangsa telah memanjat tangga untuk memeriksa wayar berhampiran kotak fius utama di ruang tamu rumah satu tingkat itu.

Katanya, ketika itu dia sedang berehat di beranda rumahnya sebelum terdengar mangsa menjerit

'Allahu akbar.'

"Jeritan itu sangat kuat dan saya bergegas ke tempat dia bekerja lalu terperanjat apabila mendapati mangsa sedang direnjat di atas tangga.

"Saya cuba menarik kakinya tetapi gagal menyebabkan saya turut terasa renjatan elektrik tersebut," ceritanya di sini semalam.-kosmo

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

moga roh arwah ditempatkan bersama2 orang2 solih, beliau melafazkan kelimah suci kebesaran Allah sejurus sebelum ajal