19 Mei 2011

Pendaftaran PKR Mungkin Dibatalkan RoS

PKR hadapi risiko diharam, sidang media tengah hari

Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13, Parti Keadilan Rakyat (PKR) - komponen Pakatan Rakyat, berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftaran, dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.

The Malaysian Insider difahamkan PKR telah menerima surat berkaitan dengan tindakan itu daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) awal bulan ini.

“Saya dimaklumkan RoS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber.

Sumber itu berkata berdasarkan surat RoS, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan part itu, yang ditubuhkan April 1999.

Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang ia tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini.

“Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti,” katanya lagi.

PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian.

Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan masalah dan aduan.

Sejak selepas pilihan raya umum 2008 PKR juga tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk menggesa agar RoS mengambil tindakan ke atas parti itu.

Parti itu yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2008 menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar atau melompat parti.-TMI

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sekukuh mana pun alasan yang PKR kemukakan keputusannya sudah ada sama-samalah kita tunggu...yang diharamkan hanyalah parti tapi penyokong tetap ada.Takkan PKR diharamkan penyokongnya nak masuk UMNO!!!Kepada pemimpin PKR jangan pentingkan diri sendiri yang penting BN mesti ditewaskan.. lawan tetap lawan takbir!!

Tanpa Nama berkata...

harap PKR jgn mengulangi sejarah UMNO..lepas ni ade team A dan B..kemudian bila ada rezeki memerintah dan bila dh lama memerintah nanti mula jadi tamak dan haloba. yg penting PRU 13 ni kerajaan UMNO mesti kita tumbangkan bersama. rapatkan saf, meriam bedilan dari mereka sudah sampai kemuncaknya!!

Tanpa Nama berkata...

ROS perlu haramkan juga DAP dan PAS, namun begitu RAKYAT tidak juga merasa gusar dan bimbang.

Apa yang penting sekarang ini adalah cita-cita dan hajat Rakyat adalah untuk menghapuskan Umno/BN yang zalim.

Sudah tentulah ada caranya nanti. Tak perlu dirisaukan.