8 Mei 2011

Banglo Empat Tingkat Tengku Adnan Terbakar

Rumah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Taman Duta di Kuala Lumpur nyaris musnah apabila tingkat atas rumah banglo empat tingkat itu terbakar awal hari ini.

Tengku Adnan berkata kebakaran dipercayai berpunca dari bilik anak lelakinya, Tengku Mohd Hafiz, 15, apabila pendingin hawa di bilik tersebut mengalami kerosakan sehingga mengeluarkan percikan api.

"Ketika kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu anak saya sedang tidur tetapi terjaga setelah terkena percikan api dari pendingin hawa berkenaan.

"Kemudian anak saya terus berlari ke bilik saya yang berada di tingkat yang sama bagi memaklumkan kejadian tersebut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Tengku Adnan berkata sejurus selepas itu, beliau terus mengejutkan kesemua 15 orang penghuni di dalam rumah tersebut termasuk anggota keluarga dan pembantu rumah supaya keluar menyelamatkan diri sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Semua penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Sentul, Halim Mustafa berkata enam jentera dengan 46 anggota dari balai Hang Tuah, Sentul, Sri Hartamas, Jinjang memgambil masa setengah jam untuk mengawal kebakaran.

Halim berkata bagaimanapun hanya bumbung dan tingkat empat sahaja yang musnah manakala tingkat satu hingga tiga tidak terjejas.

"Api di bumbung dan tingkat empat banglo yang berusia hampir 25 tahun itu merebak dengan cepat kerana strukturnya yang diperbuat dengan kayu namun tingkat bawahnya sempat diselamatkan," katanya.

Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan, katanya. - Bernama





8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KALAU TERBAKAR SEMUA.. AKAN AMAN MALAYSIA.

Tanpa Nama berkata...

tengku????? keturunan raja kapoooor mana ni? kenapa tak terbakar dwngan penghuninya sekali.... kan bagus!!!

waksab berkata...

Peringatan Allah buat orang ini supaya menginfakkan sebahagian hartanya ke jalan Allah dan Allah mengirim api membakar sebahagian sahaja untuk mengurangkankan dosanya di dunia ini..Wallahualam

waksab.blogspot.com

awayes berkata...

Di merata tempat di Putrajaya sekarang Tengku Adnan memasang papan iklan berbunyi "Jangan gigit tangan yang memberi anda makan".. ini peringatan Allah buat dia bahawa Allah lah yang memberi makan..

Tanpa Nama berkata...

kesian....KENA TUBUH SATU BADAN SIASATAN,KOSNYA MKIN TINGGI SIKIT...RM10JUTA CUKUP KOT.....RAKYAT MESTI DI UTAMAKAN.

Tanpa Nama berkata...

yo le, penghuni rumah tu 15 org, ramai tu. Kena le ada rumah beso cam tu. Jgn jeles, jgn jeles..

(kena sevis pendawaian & air con rumah ambo lepas ni)

Tanpa Nama berkata...

ada ikhmah disebalik kejadian... ini lah akibatnya klu harta yg b'lebihan tdk diinfakkan kpd rakyat yg memerlukan. Jd pemimpin hnya utk kesenangan dunia dan diri... cepat2 la bertaubat.

Tanpa Nama berkata...

kena di
denda dam