29 Apr 2011

Sumpah Laknat Salah Menurut Hukum Qazaf, Kumpulan Bantah Fitnah Hadir

Kumpulan bantah fitnah hadir sumpah laknat

KUALA LUMPUR, 29 April: Majlis sumpah laknat oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung video seks di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini akan berdepan pihak yang menbantah tindakan itu.

Difahamkan kumpulan peguam syarie akan bertemu Eskey bagi mendesak beliau membatalkan niat bersumpah itu kerana ianya salah menurut hukum qazaf.

Selain itu mereka juga turut akan mengadakan sesi penerangan berhubung perkara itu menurut pandangan syarak kepada orang ramai yang datang menunaikan solat.

Selain itu, penyokong Pakatan Rakyat juga dijangka akan berada di sana bagi mengadakan solat hajat 'menolak fitnah jahat' berhubung video seks yang mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Solat hajat tersebut akan diadakan bahagian belakang dewan masjid, sejurus selesai solat Jumaat.

Eskey dijadual melakukan sumpah laknat bagi mendakwa Anwar adalah pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Beliau bagaimanapun belum dapat dipastikan sama ada dua lagi rakan trio 'Datuk T' itu iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim akan menyertainya.

Media juga hari ini melaporkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberi kebenaran kepada Eskay untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul di sini hari ini.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali dilaporkan berkata, tiada sebarang halangan untuk ahli perniagaan itu untuk berbuat demikian meskipun masjid berkenaan adalah di bawah pentadbiran agensi agama itu.

Bagaimanapun tegas beliau, Jawi tidak mempunyai kaitan dengan sebarang tindakan dan urusan membabitkan upacara sumpah laknat mubahalah tersebut. -HD

3 ulasan:

Awanama berkata...

puak ni dah jadikan masjid untuk bersumpah bukan untuk bersolat dan penyearan ilmu.

Ismi Azraf berkata...

Sesumpah bersumpah tetapi penuduhan dan pendakwaan belum selesai.

Golongan Pemuda Zaman Nabi

Pendapat Ulama Berkaitan Fitnah Zina dan Politik Lucah

.

Awanama berkata...

gila JAWI ni...dh ade kuasa sekat bnda mungkar x nak buat...bg izin plak....x masuk jawi lg kot...