4 Apr 2011

Sebahagian Video Seks Anwar Di Youtube - Ternyata Ia Bukan Anwar! (updated)

Kalaulah benar ini sebahagian daripada video yang digemparkan itu, ternyata sahih bukan Anwar.

Sebab daripada imej manusia yang dikatakan Anwar itu jelas bukan Anwar.

Dan sekali lagi kami menyatakan dengan tegas, Suruhanjaya Diraja TIDAK diperlukan semata-mata untuk mensahihkan samada imej itu Anwar ataupun bukan. Kerana memang ternyata ia bukan Anwar! Jangan perhabiskan wang negara semata-mata untuk melayani fitnah Datuk T dan UMNO ini.

Apatah lagi video seks fitnah ini dikatakan ditayangkan secara penuh di kursus Biro Tata Negara dan di pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), demikian kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.

Video 21 minit itu dipertontonkan kepada peserta BTN termasuk mahasiswa di Pulau Pangkor baru-baru ini, kata beliau.

Selain itu “puluhan” orang kampung di Penanti, Pulau Pinang juga dikumpul untuk menyaksikan video hitam putih itu di pejabat Kemas kawasan itu, tambah beliau.

Jelas ia semata-mata gerakan untuk mengaibkan Anwar, menjatuhkan Anwar dengan apa cara sekalipun sekalipun dengan mengedarkan video fitnah tersebut.

Sekaligus penayangan secara terbuka itu sekali lagi menyerlahkan tangan agensi persekutuan tertentu dalam menyebarkan video fitnah itu kepada orang ramai.

Ia agenda kotor dan jahat Datuk T & UMNO.

Jika begitulah permainan Najib, Datuk T dan UMNO, kesemua mereka akan binasa. Tunggu masa dan ketikanya saja.



Baca Sini:

Video Seks: Penubuhan Suruhanjaya Satu Perangkap?


23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau tgk gambar yang disnap tu, rupa rahim tamby chik adalah

Tanpa Nama berkata...

Apa pulak tetek Anwar menggelabih macam tetek pompuan. Ia hanya ada pada org gemuk2.

memang sah bukan Anwar.

Tanpa Nama berkata...

Apa-apa pun aku mengucapkan celakalah orang yang menabur fitnah ini dan menyebarkan fitnah ini sehingga orang kampung menjadi fasik kerana dipaksa menonton filem haram serata kampung.

Celaka, celaka,celaka,

mamau hang

Tanpa Nama berkata...

doa solat hajat terjawab sudah.
ternyata bukan Anwar.

Tanpa Nama berkata...

Ya ampun..kelakar sgt2..sah bukan Anwar ! Technology can do wonders..byk yg tak kena dlm video tu..muka lain..badan lain dan movements sume spt ikut skrip dan arahan....mmg keje fitnah yg sgt2 melampau oleh rejim umno utk kekal dan gilerkan kuasa...

Solat hajat disertai doa syukur dimakburkan..insyaAllah..detik hatiku berkata-kata dan nyata itu bukan Anwar.

Tanpa Nama berkata...

yang lelaki bukan macam anwar, tapi yang perempuan macam altantuya tak?

Tanpa Nama berkata...

Datuk T pelakaon ka?

sb dehlawi berkata...

Ya ALLAH, Ya TUHANKU...dedahkan satu persatu fitnah dahsyat yang melanda politik di Malaysia supaya yang benar2 berjuang diJalanMU akan menemui kemenangan.

Tanpa Nama berkata...

Kerana 'power', dendam (elemen iblis).. semua boleh... kesian and sedih keatas mangsa and producer... hidup ni bukannya kekal... jika zaman Allahyarham P.Ramlee dapat bukan tikar terbang.... hari ini lebih canggih... crita Avatar macam real... KRU pun dapat buat ... teknoloji hari lebih canggih dari zaman PRamlee dulu. Kesian, kita lupa yang kita akan mati...smoga saya tak buat perkara yang sama atau setaraf kat kawan baik saya...

Tanpa Nama berkata...

500% bukan DSAI yang beraksi. Benarlah seperti yang pernah dijelaskan oleh Datuk Johari Abdul dan Chegu Bard tu. Ya Allah jauhkanlah umat Islam di Malaysia termasuk diri saya daripada menjadi pengikut dan pengampu golongan
fasik UMNO!!

Tanpa Nama berkata...

Alahai...dah lah perempuan cina dlm video tak cun... kalau macam tu, tiada siapa yg nak.

apalah dia orang ni, kalau nak fitnah pun pilih la yg ada kelas sikit.

yang lebih pelik...ada ka kita pernah tengok dlm sejarah raja2 atau bos mana2 ganster...ada org ketiga semasa nak....buat zina ?


tak ada ???. hata ahmad nisfu dlm pendekar bujang lapuk pun dia tutup pintu.

Ini tidak siap biarkan orang ketiga. Apa la bahalul sungguh pengarah video ini

sah tipu...siapa pelakunnya. hanya tuhan yang tahu. datuk T nyatakan siapakah dua lelaki boroi dlm gambar itu

Tanpa Nama berkata...

bagi aku kemungkinan split scene....kemungkinan DSAI betul dalam scene tu tetapi dua scene yang berbeza dan masa yang berbeza dan orang yang berbeza....reason...
1.kamera tu statik.sapa-sapa yang biasa edit video memang easy kalau buat split scene kalau kamera tu statik..iaitu dua scene di cantum bersama-sama..left and right seamlessly.
2.scene awal kononya DSAI adalah terlalu berlainan dengan DSAI keluar dari bilik air di akhir video...that the reason video dibuat dalam hitam putih supaya color seragam untuk dua-dua scene..sebab kalau scene dalam warna kita boleh lihat dengan jelas perbezaan dua-dua scene..

Jadi pandangan aku...video tersebut kemungkinan memang dirancang dibuat pertama dengan DSAI dalam scene pertama..scene kedua perempuan dan sorang lagi mirip anuar (scene keluar bilik air dan peluk perempuan)...then combine video tu jadi satu...aku ulangi..it is very easy to make the video like this..tak perlu GCI just consumer video editing biasa..

Komen 2:

apa yang aku cakap bukan satu 100% kepastian..hanya satu pandangan berdasarkan sedikit pengalaman aku edit video....but kalau nak tahu macam mana buat boleh cari di youtube. cari perkataan split screen..kita boleh tengok betapa mudahnya buat...aku kasi satu cth video ni: http://www.youtube.com/watch?v=4zzyIVg-xfI&feature=related"

Unknown berkata...

masalahnya kalau kita org biasa di tangkap bila ada video lucah...kenapa ada double standard...poraaahhhhhh...apa punya goment mcm nii tunggu PRU nanti hampa tau laa.....

Tanpa Nama berkata...

orang rabun yg totok umporno saja akan kata lelaki tu anwar...youtube dah delete klip tu...

Tanpa Nama berkata...

aku yakin puak umno sendiri suruh youtube delete sebab dah ternyata mereka kantoi apabila ianya disebarkan kerana rakyat dah lihat ia bukan anwar.

Tanpa Nama berkata...

MEMANG BUKAN DSAI. PANDANGAN SISI JAUH BEZA SAMA SEKALI! JAHAT SUNGGUH KOMPLOT INI. SEMOGA ALLAH TURUNKAN AZAB KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT DI DALAM MISI JAHAT INI SEPERTI MANA ORANG2 TERDAHULU. AMIN...

Tanpa Nama berkata...

memang muka plakon ni mirip ds anuar 110% spt kt zul kulom tp hakikatnya bukan anuar..ada ke patut pengarah dok gi mari dpn mata.crt blue film pun tak mcm ni.tambah lg bayangan lampu 2 3 lapis mcm dah diatur utk shooting..apa punya bangang pengarah bodoh ni..
kalu kt tgk crt hitler, si plakon exactly like hitler wlupun hitler dah lm arwah.. bgitu jg crt mahatma ghandi,saling tak tumpah dgn originalnya wlu plakonnya mat saleh..jahanam lah pemfitnah2 ini insyallah bala nya akan rasa di dunia lg.. kt tunggu n lihat..

Tanpa Nama berkata...

Datuk T sudah kantoi dan punyai maruah paling HINA!

Tanpa Nama berkata...

ada sorang monyet umno yg paling bodoh nama dia lokman adam dari maghrib td duk racun fikiran org suruh pecaya video anwar tu haha...jgn lupa lokman ni jugak la yg fitnah bini ezam main dgn kwn baik ezam masa ezam dlm lockup tp skg duk satu pentas...haha hanya monyet2 umno je yg percaya haha

zamani berkata...

haha.....mcm tambi chik je

Tanpa Nama berkata...

aku juga masih ahli umno. tapi aku 200% tak percaya dsai dalam video tu. aku tengah pertimbangkan untuk keluar umno. bab undi tak perlu tanyalah.

Tanpa Nama berkata...

bagus jugak derang sebarkan. aku tgk gambar kat GB ni pon tau bukan DSAI. Walaupon aku tak suka gak kat PKR ni tp fitnah muslim yg lain amat keji. Datuk T sepatutnya dihukum. Polis double standard.

Masihhijau

Tanpa Nama berkata...

lain kali kalau nak tipu hantarlah pengarah kursus kat hollywood dulu 3 bulan. umno kan banyak duit boleh sponsor.