17 Apr 2011

PAS Hormati Keputusan Rakyat, Sokongan Terhadap PAS Meningkat

PAS menghormati keputusan yang telah diumumkan dan akur dengan keputusan itu, walaupun gagal untuk memenangi sebarang kerusi pada PRN Sarawak Ke-10 tahun ini, termasuk di kawasan-kawasan yang dijangka akan melahirkan anak sulungnya.

Namun PAS sedar dan berbangga dengan pencapaian yang telah diperolehi yang jelas memperlihatkan peningkatan sokongan rakyat Sarawak secara keseluruhan terhadap PAS, sekali gus memberikan petanda masa depan PAS yang cukup baik di Sarawak.

Timbalan Presiden PAS yang juga Pengarah pilihan raya ini, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, peningkatan baik yang diterima oleh PAS amat ketara di Dun Beting Maro yang terletak dalam kawasan Parlimen Batang Lupar, apabila hanya kalah dengan majoriti sekitar 400 undi kepada BN, berbanding PRN Sarawak tahun 2006 sebanyak 800 undi.

Menurut beliau, begitu juga di Dun Tanjung Datu yang terletak dalam kawasan Parlimen Santubung dan Dun Muara Tuang yang terletak dalam kawasan Parlimen Kota Samarahan yang baru pertama kali ditandingi, tetapi turut memperlihatkan sokongan yang amat baik di kalangan pengundi di kawasan itu terhadap PAS.

Katanya, namun PAS amat kesal dengan laporan dan analisis yang dibuat oleh Astro Awani awal malam ini yang amat jauh menyimpang dari kebenaran dengan mengatakan PAS mengalami kekalahan sebanyak 2,000 undi di Beting Maro.

"Laporan dan analisis Astro Awani itu ternyata tak betul. Malah sebenarnya sokongan para pengundi di Beting Maro terhadap PAS ternyata semakin meningkat sehingga hanya kalah dengan majoriti undi yang amat kecil sebanyak 391 undi sahaja," katanya ketika dihubungi, malam ini.

Walaupun kalah bagi kesemua kawasan yang ditandingi, menurut beliau, perkembangan dari PRN Sarawak Ke-10 ternyata semakin memberikan sinar kepada PAS untuk menempa kejayaan lebih gemilang pada masa akan datang.

"Dengan perkembangan yang baik ini, PAS tidak akan patah semangat untuk melakukan gerak kerja yang lebih baik di Sarawak sama ada dari sudut politik dan sudut-sudut lain.

"Malah, PAS pasti akan berusaha untuk mempertingkatkan lagi usaha di Sarawak dari semasa ke semasa bagi menghadapi pilihanraya akan datang demi kepentingan rakyat Sarawak termasuk dalam politik dan bidang-bidang lain," tegasnya.

Beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para pengundi di Sarawak yang telah memilih PAS dalam pilihanraya tahun ini.

"Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada jentera PAS di semua peringkat, sama ada dari kalangan jentera tempatan dan juga jentera-jentera PAS dari luar, yang telah bertungkus lumus berusaha membantu PAS untuk mencapai kemenangan sejak awal kempen hingga hari pengundian.

"Inilah semangat yang PAS mahu dan inilah semangat yang cukup baik yang telah ditunjukkan oleh jentera-jentera PAS dari semua peringkat termasuk dari kalangan jentera tempatan dan jentera-jentera PAS dari luar Sarawak," tegasnya. -HD

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pertambahan undi dan pengurangan majoriti oleh PAS bukan satu yang boleh di anggap kejayaan perjuangan Islam di Malaysia ini. Ia hanya menunjukkan kesilapan langkah umat Islam yang akan memusnahkan kedudukan Agama Islam melalui arena politik.
Jika diamati walaupun PR dijadikan asas untuk berkuasa, format diserawak menunjukkan lagi DAP semakin mendapat sokongan dan tenaga melebarkan penguasaannya seperti apa yang beraku di semenanjung.
Kaum cina turut mempengaruhi sikap cina bumiputra di sana.
Sejarah telah membuktikan betapa daya tarik bandar yang sedia memang didominankan oleh mereka telah dimulakan dari perkampungan di penempatan orang Islam. Sebenarnya tokoh2 mereka mempergunakan apa yang sedia ada pada kita untuk mendapatkan apa sahaja yang mereka kehendaki dengan ukuran persamaan hak yang semestinya kelemahan umat islam terus di pergunakan.
Di arina politik bila PAS dan UMNO berkecamok dalam soal dasar perpaduan, adakah dinilai secara jujur dan penuh bijaksana? Benarkah persepsi UMNO dan PAS tidak mungkin bersatu didalam meneguhkan dan mempertahankan Islam yang sudah sedia ada di tangan kita itu? Kenapa amalan2 yang ada pada setiap unmat Islam itu dijadikan momokan serta alasan
sehingga politik seperti yang ada ini akan menjadi katalis merosakkan keupayaan Islam di Maaysia.
Apakah perlunya dakwah di dalam politik yang bercakaran. Sekiranya perpaduan didalam politik di jadikan langkah utama, berkonsepkan setia kawan kukuh aku rasa tidak timbul untuk dakwah dilaksanakan seiringan.Kata mudah keinginan yang kuat oleh PAS membentuk Malaysia menjiwai Islam akan bergerak kedepan saling bersaing penuh kerukunan.
Jika PAS,PKR dan dap boleh membentuk satu barisan kenapa tidak PAS dan UMNO dan lain-lain komponen BN, tidak boleh.! Ini hanya menunjukkan sememang kita mahu menjadi lemah dalam menjadikan tujuan hidup kita untuk memperjuangkan Islam.
Aku percaya jika hal ini diambil lewa dan tidak penting oleh semua yang berugama Islam oleh bangsa melayu akan ada umat lain yang mengambil dan membuangkan jauh.
Iktibar dari Serawak ini bukanya iktibar pertama, malah sudah sekian kalinya namun kita masih begitu. Politik kita masih penuh dengan kesilapan arah sasaran.
Walahualam.
Kebaikan niat melakukan sesuatu jika tidak betul arahnya tidak kena juga.

Tanpa Nama berkata...

takbir...................

Putra IJ80 berkata...

Quote"PAS menghormati keputusan yang telah diumumkan dan akur dengan keputusan itu, walaupun gagal untuk memenangi sebarang kerusi pada PRN Sarawak Ke-10 tahun ini, termasuk di kawasan-kawasan yang dijangka akan melahirkan anak sulungnya.

Namun PAS sedar dan berbangga dengan pencapaian yang telah diperolehi yang jelas memperlihatkan peningkatan sokongan rakyat Sarawak secara keseluruhan terhadap PAS, sekali gus memberikan petanda masa depan PAS yang cukup baik di Sarawak"unquote.

Kita sudah tidak mau mendengar kata kata seperti ini lagi.

Sudah 50 tahun.,nada irama dan lagu yg.di mainkan , hampir sama.,

Setiap kali lepas PRU,PRK,PRN..,

Yg.jelas PAS masih ketinggalan jauh.,

walhal,

Jika di lihat penerimaan kaum lain Cina,India terutama nya ,sangat ketara ,.mereka secara terang terang menyokong,membantu,malah menyumbang tenaga ,wang ringgit utk PAS.,

Tapi PAS tetap kalah.,

Dan tidak keterlaluan jika kali ini dlm PRU13.,

Kedudukan PAS di Kelantan ,akan kembali hampir menyamai keputusan PRU2004.,

Di Kedah., jika dapat bertahan ., ia adalah hasil dari sokongan rakan dari PKR dan DAP.,jika tidak, PAS akan menerima nasib seperti di Terangganu(PAS Berkuasa satu penggal sahaja).

Di Negeri Negeri lain, selepas PRU13, PAS ibarat melukut di tepi gantang.

Ini berdasarkan rata penerimaan anak anak muda.,terhadap PAS masih kabur.,atau mereka menganggap PAS parti utk Pak Aji dan Pak Lebai.,.

Kesimpulannya PAS kena berubah.

Jgn maree!.

Tanpa Nama berkata...

Pas menawarkan islam dlm kehidupan berbanding parti lain. BN menawarkan material spt wang ringgit. Bukan senang utk mempengaruhi pengundi mgundi pas dgn cabaran drp BN spt menggunakan media, wang, projek dll. Ada peningkatan dah kira ok.Pejuangan islam tidak akan tamat.

Tanpa Nama berkata...

PAS di bubar atau menajadi komponen BN!
Itu sahaja yang boleh memenangkan dan menjernihkan perjuangan PAS kepada umat Islam di Malaysia ini.
Jika memperkatakan kelemahan PAS
1. Parti ini tidak mempunyai sasaran yang betul dalam kontek mempertahankan dan untuk pengisian Islam di Malaysia . Sekiranya sasarannya untuk memerintah secara total adalah mustahil secara sistem demokrasi saperti ini walaupun bertaat setia dengan parti2 berbagai kaum di PR. Kecelaruaan kepentingan diantara komponen PR ada asas malah bertentangan antara satu sama lain. PR menanggap masalah akan selesai dan keserasian akan didapat setelah memerintah, hanyalah untuk meraih sokongan semata-mata seperti di kerajaan negeri p.pinang, selangor, 11 bulan di perak.
2. PAS di jadikan alat untuk dijadikan laluan mudah pihak berkepentingan dan ingin melihat kedudukan Islam/melayu hancur. Serangan kepada sistem negara raja berpelembagaan, mencipta pemecahan sikap reform dan lama yang melanggar adab, menanam budaya buruk dimana amalan mengaibkan amalan orang tanpa tertib betul pada kepentingan berpolitik,Tidak mengambil erti kesyukuran kepada yang disediakan kepadanya malah meningkatkan rasa kebencian tanpa sempadan dsb lagi adalah agenda orang lain.
3.PAS tidak membangun bersama Islam.
Perbezaan pendapat dan pandangan tidak dianggap sebagai pengukuh.Ia dianggap patut di hindar dan jika ada patut di hapus. Komunikasi cara begini bukanya unsur untuk perpaduan dan itulah yang ada pada PAS. Keadaan ini menutup PAS melihat tujuan dakwah disalah erti sebagai menghukum dan bukan mendidik.Ringkas kata Ego dan berasa hebat berluas-luasa kesetiap pemimpin dan ahlinya sekali. Bentuk sedemikian tidak di perdulikan oleh PAS sehingga modal insanya hanya ingin kemenangan pada politik. Sedang itu hanyalah kemunduran modal.
PAS buta hati
Sangat sakit menerimanya bagi mereka yang tidak ikhlas.di perkatakan begitu. Dalam arina politik mereka yang kental jiwanya kepada nilai hati ini, akan dapat melihat sejarah dan situasi akan membawa mereka kemana.Mengharapkan PR dibanding BN merupakan jalan keburukan. Ini adalah kerja hati sebagai ujian dan bukanya diguna mengharap keajaiban Allah Allah semata untuk membantu.Yakinkah ank cucu yang kita tinggalkan akan memberi kebajikan bila kita mati
berkeadaan buta hati itu di arina politik ini.
bla..bla

he he
aku nak makan k. lauk hari ini kari kerang dan togeh. Simpel jer tapi sedap bagi aku leeer.

Tanpa Nama berkata...

pas nak joint umno BN. tak payah le. jangan dipatuk ular dari lubang yang sama. Umat Islam pernah tewas oleh kuasa Monghul. Usaha tetap diteruskan dengan dakwah... akhirnya berjaya. nak joint dengn BN banyak sangat maksiat dengan Allah nak buat ape. Jika kalahpun dalam perjuangan, Allah tetap beri pahala kepada orang yang berjuang... Jika yang dok saja... tak buat apa bagaimana Islam nak ditegakkan. Gunakanlah media ini untuk menjelaskan pada ummat yang masih jahil dengan Islam.