25 Apr 2011

Mujur AC MIzal Pilih UMNO, Bukan Pakatan

AC Mizal pilih Umno, tolak sertai pembangkang

Pelakon dan pengacara AC Mizal yang menyerah borang keahlian Umno hari ini, berkata beliau sebelum ini ditawar menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi.

Bagaimanapun, katanya, beliau menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.

"Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan Umno yang popular dengan slogan 'Dulu, Kini dan Selamanya...

"Tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka," katanya kepada pemberita.

Sebelum itu, AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk Umno di Ipoh apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai anggota parti itu.

AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan, menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Ghaffar.

Bercakap kepada pemberita, AC Mizal berkata beliau menyertai Umno kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh ketua Pemuda bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.

"Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (Umno) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan," katanya kepada pemberita di program anjuran Umno bahagian Ipoh Barat.

AC Mizal berkata beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai seorang ahli biasa Pemuda Umno dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan di dalam parti.

"Saya berniat untuk bergerak secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40 tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan," katanya.

Anak kelahrian Muar, Johor itu berkata beliau turut memilih untuk bersama-sama Umno Perak berdasarkan nasihat Allahyarham ayah mentuanya yang telah berpesan sekiranya beliau ingin memperjuangkan nasib bangsa, Perak adalah tempatnya.

Isterinya Emylia berasal dari Ipoh.

Sementara itu, pengarah filem Hantu Mak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid yang turut berada pada majlis itu berkata beliau datang untuk memberi sokongan kepada rakannya. - Bernama

Ulasan GB

Mujur AC Mizal masuk UMNO tida parti-parti di bawah Pakatan Rakyat.

Jika tidak tentulah dia membawa sekali segala najis yang terpalit ekoran perniagaan MLM gelang palsunya itu ke dalam parti dan kemudiannya menjadi modal utama pula musuh PR menggunakan isu berkenaan menghentam PR.

Sekarang biarlah UMNO tanggung. Itu saja tahap artis yang UMNO boleh dapat untuk menjadi gimik nak lawan kisah Bob Lokman yang telah menyertai PAS.

Tentang kisah gelang palsu itu boleh baca kisahnya di Oh Bulan


8 ulasan:

Miecyber berkata...

Makin besarlah saiz mangsa gelang AC Mizal nanti...


2 kembar beradik kongsi tarikh lahir

anti-zul noordin al-ghuyub berkata...

Biarkan dia nak masuk mana2 parti..tp kalau dia cakap parti tu menegakkan keadilan...nampak sangat bohong....
keadilan apa yg puak2 Um-no tu tegakkan...ptuihhh

anuafpsb berkata...

Sabenarnya dari kenyataan kekecewaan nya tak dapat jawatan tinggi ditawarkan maka dia masuk UMNO kerana harapan nya sama.Nak jawatan tinggi senang nak promo gelang dalam konvensyen,simposium yg di anjur UMNO.Cuba bayangkan dah hampir tiga suku abad umur baru nak jadi ahli parti politik.

BZ berkata...

Eloklah tu.Dulu Kini dan Selamanya
BENGONG!!

zairil berkata...

Semakin mual dan jijik politik di Malaysia ni. Sekarang Bob Lokman vs A.C. Mizal. Siapa Bob Lokman? Siapa A.C. Mizal? Bolehkah dia orang ni buat sesuatu untuk pulihkan ekonomi negara? Entah-entah SPM pun kantoi!

Mula-mula aku suka jugak ikut PR ni, lepas tu masuk citer artis masuk PAS...so what????Ramai lagi orang kampung yang masuk PAS....tak der citer pun.

Lepas tu citer A.C. Mizal...budak kantoi jugak. Apa sumbangan mereka kepada maysarakat sebelum ni?

Haiiiii pelingkuplah Malaysia!!!!

pokku(putrajaya) berkata...

Ikut mu lah ac mijal....peduli apo aku...adil???kahkahkah...

kembara putih berkata...

Gaya hidup dia sesuai dengan UMNO.

oyeah berkata...

tk kira la artis tu ada spm ke atau tak berpljrn tinggi..yg penting tahu solat..mengaji...kalau artis tu boleh jadi imam...dah terbaik tu..kurang2 solat ni mengekang kita ke arah kemungkaran....
kdg org takut dgn PAS..sbb takut keduniaan ni dirampas...alahai..sempitnya fikiran..kurang dlm Pas ada peringatan,,hidup di dunia sementara aje