23 Apr 2011

Berita Harian Dengan Usaha Terdesaknya Selamatkan Isu Video Seks Yang Sudah Hanyir

Video seks: PKR dakwa media diperalat, kredibiliti PDRM terjejas

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa akhbar Berita Harian milik Umno diperalat pihak tertentu untuk mengadakan ‘perbicaraan melalui media’ terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan rakaman video seks.

“Kami turut kesal apabila Berita Harian diperalat pihak tertentu dengan menggunakan ‘perbicaraan melalui media’, yang cukup jelas bernada politik dalam percubaan terus-menerus untuk mengaib dan menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Malah kata Saifuddin, harus diingat syarikat Korea Selatan, yang dinamakan oleh akhbar itu, telah dipilih dan diberi maklumat khusus oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang mana ketua-ketua mereka masih menuruti kehendak barisan ahli politik yang mempunyai dendam kesumat terhadap Anwar dan berusaha menamatkan perjuangan reformasi politik beliaunya.

Justeru kata beliau, pihaknya menolak sekeras-kerasnya laporan Berita Harian semalam yang mendakwa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” sepadan dengan Anwar.

Semalam, Berita Harian menyiarkan sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman videk seks itu mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Anwar yang juga Ketua Umum PKR berdasarkan perincian saiz tubuh beliau dalam rekod polis.

Kata Saifuddin, pihaknya kesal dengan laporan Berita Harian itu yang sengaja mensensasikan isu rakaman video seks itu ketika sisatan masih dijalankan.

“Kami membantah dan menolak sekeras-kerasnya laporan muka hadapan Berita Harian semalam bertarikh 21hb April 2011.

“Kami kesal kerana Berita Harian dengan sengaja mensensasikan isu video seks itu walaupun penyiasatan polis masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Saifuddin, kesal dengan tindakan Berita Harian yang menyiarkan laporan berniat jahat dengan tujuan menjatuhkan imej dan kredibiliti Anwar.

Tambah Ahli Parlimen Machang itu, pihaknya tetap berpendirian teguh menafikan pelaku dalam rakaman video seks itu adalah Anwar.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafi sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video ini.

“Kami juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa individu di dalam video itu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

“Datuk T” — terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu kepada wakil media pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Malah ketiga-tiga individu itu telah membuat pengakuan secara terbuka dan akan mengambil tanggungjawab selain bersedia menerima sebarang tindakan undang-undang.

Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa “Datuk T”.

Sebelum ini, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap.

Acryl berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Saifuddin, kredibiliti PDRM sekali lagi terjejas dan dipersoalkan ekoran pendedahan yang dibuat bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala lumpur Datuk Mat Zin Ibrahim semalam.

Mat Zain mendakwa Anwar pernah dikaitkan dengan pengedaran rakaman aksi seks pada November 1999 dan meminta pihak berkuasa menyiasat sama ada ia ada kaitan dengan pendedahan yang dibuat “Datuk T”.

Beliau berkata rakaman video yang pertama diedarkan beberapa hari sebelum pilihan raya umum 1999.

Oleh itu, dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan kedua-dua pendedahan berkenaan. -TMI


Menolak sekeras-kerasnya laporan mengenai video seks

Kami membantah dan menolak sekeras-kerasnya laporan muka hadapan sebuah akhbar semalam bertarikh 21hb April 2011.

Kami kesal kerana mereka dengan sengaja mensensasikan isu video seks itu walaupun penyiasatan polis masih diteruskan. Kami turut kesal apabila akhbar tersebut diperalat pihak tertentu demi merekayasa “perbicaraan melalui media” (trial-by-media), yang cukup jelas bernada politik dalam percubaan terus-menerus untuk mengaib dan menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Harus diingat bahawa syarikat Korea Selatan tersebut telah dipilih dan diberi maklumat khusus oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), yang mana ketua-ketua mereka masih menuruti kehendak barisan ahli politik yang mempunyai dendam kesumat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berusaha menamatkan perjuangan reformasi politik beliau.

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafi sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video ini. Kami juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa individu di dalam video itu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru kredibiliti PDRM sekali lagi terjejas dan dipersoalkan selepas pendedahan oleh bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL, Datuk Mat Zain Ibrahim, dalam beberapa surat terbuka beliau:

1) mengenai empat laporan polis yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim antara 9 Julai 1999 dan 20 Ogos 1999 mengenai salah guna kuasa dan menghalang proses undang-undang oleh sebilangan individu tersohor, termasuk Tun Dr Mahathir dan Dato Abdul Gani Patail. Mengapakah tiada tindakan lanjut dari pihak polis mengenai laporan-laporan polis ini?

2) mengenai persamaan yang cukup rapat antara “video seks” ini dengan “video seks” yang disebarkan beberapa hari sebelum PRU tahun 1999.

Kami mengajak Rakyat Malaysia bersama-sama menolak “politik lucah”, dan marilah bersatu menggesa pemulihan semula institusi-institusi terpenting negara, terutamanya PDRM, SPRM, SPR, dan badan kehakiman.

YB Saifuddin Nasution
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat


Ulasan GB

Apa nama agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks yang kononnya mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Anwar yang juga Ketua Umum PKR berdasarkan perincian saiz tubuh beliau dalam rekod polis?

Berita Harian tak sebut sebab ia hanya satu kelentong untuk menipu rakyat Malaysia supaya membuat rumusan bahawa pelaku itu ialah Anwar Ibrahim.

Dikatakan juga kononnya ia berdasarkan kepada biometrik - sesuatu penyelewengan fakta dan pencabulan integriti kewartawanan dimana pendustaan dilakukan untuk menupu pembaca dengan istilah bombastik sedangkan wartawannya sendriti tidak tahu apa itu biometrik.

Dah habis upaya mereka mengenai isu video seks apabila satu demi satu kebenaran terbongkar bahawa ia adalah konspirasi jahat. Kini macam cacing kepanasan, terpaksa gunakan penipuan supaya video seks itu diterima rakyat.

Rakan pun bertanya GB, "ambil jam tangan kat hotel siap ada kad pendaftaran? Katanya rakaman kat hotel, kini kat kondo pula, kata pelacur Cina, rupanya pelajar kolej swasta." Besar sangat penipu UMNO ini.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bertambah kebencian aku terhadap UMNO/BN, Berita Harian dan Utusan Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Dengan izin dan kehendak Allah swt segala kebenaran akan terbukti akhirnya dan segala kemungkaran dan kemaksiatan yang disembunyikan selama ini akan terbungkar. Sesungguhnya tiada ada kuasa manusia atau sesiapa pun yang dapat melawan kuasa Allah swt. Selepas mahkamah dunia kita semua akan dibicarakan dimahkamah akhirat.
Semoga umat Islam selamat dari tipudaya sipemaksiat, isnyaAllah.W'Allahualam.

Tanpa Nama berkata...

Dulu aku sokong UMNO/BN sepertimana dilakukan oleh kedua ibu bapaku dan mertua yang telah menyahut panggilan Ilahi. Tapi kini aku semakin benci UMNO/BN berikutan dengan amalan fasik dan munafik yang dilakukannya secara berterusan.

Tanpa Nama berkata...

Apa kau merepek ni jang (anon 2 suku).
Balik baca balik seerah nabi, dalam kes maksiat. Jangan kejutkan fitnah yang sedang tidur. Kalu tak faham tanya tuan guru-tuan guru yang muktabar. Bab hisab tu dah tentu dua-dua hangpa kena, betul ianya ghibah, tak betul ianya fitnah.

nana tanjung

Tanpa Nama berkata...

hari tu loyar amnu duk canang-canang pelaku dalam video tu buleh ditahan pasal aksi kulum-kulum... tapi kena kenal pasti lah sapa lam video tu...


errr... rasa macam video chuagra solek dulu ada jugak aksi kulum-kulum kan??? emmm... dah pasti pun, dan mengaku pun dia lam video tu.. tak nak suh tangkap ke???

Tanpa Nama berkata...

Dengan izin dan kehendak Allah swt segala kebenaran akan terbukti juga akhirnya dan segala kemungkaran dan kemaksiatan yang disembunyikan selama ini akan terbungkar. Manusia boleh membuat segala perancangan, tetapi Allah swt yang menentukan. Sesungguhnya tiada ada kuasa manusia atau sesiapa pun yang akan dapat melawan kuasa Allah swt. Selepas mahkamah dunia kita semua akan dibicarakan dimahkamah akhirat. Semoga umat Islam selamat dari tipu daya sipemaksiat,insyaAllah.