29 Mac 2011

Mohd Sabu Nafi Dah Tengok Video Seks

Aku tak tergila nak tengok video tu” - Mohamad Sabu

"Aku tidak tergila-gila nak tengok video tu macam pemimpim-pemimpin Umno," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu memulakan ucapannya ketika berucap dalam majlis ceramah isu semasa di Dewan Bandaran Kulim, malam tadi.

Intronya disambut tepukan gemuruh dan gelak ketawa hadirin yang telah memenuhi ruang dewan walaupun hujan turun dengan begitu lebat sebelum majlis bermula lagi.

Beliau yang merujuk kepada isu video seks lucah yang sedang diperkatakan mendakwa pembabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Umno dan BN kebelakangan ini.

Katanya lagi, adalah satu sejarah kepada negara apabila parti pemerintah menaja video lucah dalam negara, tetapi tiada tangkapan dan dakwaan yang dibuat samada terhadap pelakon, pengedar, pemilik maupun yang menayangkan video tersebut.

Menurutnya lagi, apabila keadilan sudah tidak menjadi keutamaan dalam pentadbiran sesebuah negara, maka rakyat menjadi mangsa kezaliman yang tidak adil oleh penguasa tersebut.

"Kita boleh membuat perbandingan apabila mereka bersungguh-sungguh memaksa pimpinan dari PR untuk menonton video yang telah mereka-reka dan rencana itu. Mana mungkin tiada agenda kalau bermati-matian, memaksa orang lain supaya tengok video tu.

"Kerajaan jangan cuba memperbodohkan rakyat. Jangan cuba nak cucuk hidung kita dan ditarik tali. Rakyat boleh bezakan mana yang dirancang dan mana satu yang asli,"
kata beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa kerajaan supaya segera melaksanakan keadilan dalam sistem pilihan raya dalam negara sepertimana yang menjadi tuntutan sehingga 1 Mei ini.

"Rakyat dah beri masa yang begitu cukup kepada kerajaan untuk menjalankan tugas mereka mengendalikan pilihan raya dengan cara adil dan telus. Empat perkara yang dituntut dalam pilihan raya mesti mereka tunaikan sepertimana tuntutan.

"Jika mereka engkar sehingga 1 Mei nanti, maka saksikan kebangkitan rakyat pada bulan Jun ini yang akan memenuhi ruang jalan-jalan raya menuntut supaya keadilan dilaksanakan terhadap sistem pilihan raya yang berat sebelah dalam negara, " ujarnya lagi.

Tegasnya lagi, demokrasi bukan milik Umno dan BN sahaja. Demokrasi mesti diterima pakai untuk semua rakyat negara ini. Ia perlu diaplikasikan secara total dalam semua aspek pentadbiran negara bagi mewujudkan keadilan.

Katanya lagi sejarah yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya kini harus menjadi sandaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk melihat bagaimana kemarahan rakyat boleh menumbangkan sebuah kerajaan yang telah lama memerintah.

"Tengok dan ambil iktibar apa yang berlaku di negara-negara tersebut. Jangan asyik beri amaran kepada rakyat. Lebih parah jika rakyat memberi amaran kepada pemerintah yang zalim seperti Umno dan BN," tambah beliau lagi. -HD

FITNAH DARI BLOGGER-BLOGGER UMNO


Video Seks Anwar : Mat Sabu dan Mustafa Ali Sudah Tonton

Susulan dari pendedahan saya berhubung kisah benar yang diceritakan oleh wartawan harakah malam tadi mengundang satu lagi berita panas yang sampai kepada saya sebentar tadi.

Difahamkan beberapa hari lepas dua orang kuat Pas dari kumpulan yang pro Hj Hadi telah pun menonton video seks lakonan Anwar Ibrahim yang berjudul Papa Hebat.

Dua orang tersebut adalah Mat Sabu dan Mustafa Ali.

Walaupun telah menontonnya, sehingga ke hari ini mereka masih mendiamkan diri.

Kalaulah benar video itu palsu, saya rasa tak sampai setengah jam selepas menontonnya mereka berdua dah panggil semua media yang ada di Malaysia ini untuk memberitahu dunia bahawa video itu palsu.

Kalau mereka mendiamkan diri itu apa maknanya ?

Maknanya perkara itu betul....

Beranikah kedua-dua pemimpin Pas tersebut menyatakan pendapat mereka selepas menonton video berkenaan ?

Kita tunggu....... -ruangbicarafaisal



Gomo Sahkan Mat Sabu Dan Mustapha Ali Sudah Menonton Video Seks Porno Anwar Ibrahim

Kenapa Mustapha Ali dan Mat Sabu diam membisu dalam isu Video Porno ANwar Ibrahim? Setahu Gomo mereka berdua dah menonton tayangan Video Porno tu pada hari Khamis selang sehari selepas Gomo pergi lihat video seks Anwar Ibrahim tu.

Kenapa diam membisu? Kenapa? Takkan lah tidak ingin berkongsikan pekara sebenar dengan rakyat Malaysia ataupun kepada jemaah jemaah PAS yang lain? Takkan lah Mat Sabu dan Mustapha Ali hanya menonton Video tu untuk suka suka sahaja?

Ahli jemaah PAS yang lain dah mula bertanya akan isu Video Porno Anwar Ibrahim, seharusnya mereka yang sudah menonton menerangkan segala galanya kepada ahli Jemaah PAS yang lain bagi menjelaskan pekara sebenar.

Wartawan Harakah pun sudah akui Lelaki Porno itu "Muka Serupa Anwar Ibrahim". Jadi apa keputusan Mat Sabu dan Mustapha Ali? Nak berdiam diri sahaja?

Blogger RBF turut mengesahkan Pekara ini BACA DI ATAS


Psssttt...Takkan depa dua nak halalkan perbuatan Seks Anwar Ibrahim ni?

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT





BERITA PENAFIAN PIMPINAN PAS


Selain memfitnah wartawan Harakah, blog Umno turut memfitnah dua pemimpin PAS. Selain dalam blog, ia juga disebarkan dalam twitter.

"M** **** dan M******* *** dari PAS dah lihat Video Porno Anwar Ibrahim. Pasal apa depa diam? Patut depa cakap hal ni kepada juak Pas yg lain," tulis blogger Umno berkenaan dalam Twitternya.

Ketika dihubungi, kedua-dua pemimpin PAS berkenaan menafikannya.

"Depa bohong..ana blum tengok pun lagi..." kata salah seorang darinya.

Seorang lagi pemimpin PAS yang dihantar salinan Twitter berkenaan pula menjawab, "Belum tengok dan tak minat nak tengok.
-petikan harakahdaily


Ulasan GB

Ya Allah, kami merayu kepadaMu, Kau jatuhkanlah siksaanMu ke atas pemfitnah-pemfitnah itu.. Terimalah doa kami, Ya Rahmaan, Ya Rahiim, Amin Ya Rabbal 'Alamin.


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

amin ya allah

RAJA MUDA REMAN LONG GAFFAR alHasyimi berkata...

...itulah yan dikatakan orang munafiq!!!!! tak boleh dipakai lagi!!! tidak akan senang mereka-mereka in selagi tidak ada orang yang akan difitnahkan...

Tanpa Nama berkata...

minda pas dan umno tak serupa dalam minda umno ada sekular dan dalam minda pas ada islam oleh itu jangan samakan minda pas dengan minda umno walau pun kedua2 minda tersebut datangnya dari satu bangsa yaitu melayu.

Tanpa Nama berkata...

amiiiiiiiiiiinnnnnnnnnn......

Tanpa Nama berkata...

tgk La mat bolh uLas