26 Mac 2011

Kredibiliti Polis Terjejas Mengenai Berita Tangkapan Konspirator

Video seks: Ada tangkapan atau tidak?

Walaupun polis telah bertindak bagi menyiasat saga pita video lucah yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang, namun kekeliruan terus berlegar sama ada, ada pihak yang ditangkap.

Bukan satu rahsia lagi, bekas ketua pemuda Umno yang juga bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah memberikan kenyataan mereka kepada polis selama lima jam pada malam Khamis yang lalu.

Bendahari PERKASA, Datuk Shuaib Lazim - anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai 'Datuk T' yang mendalangi pendedahan video seks itu kepada wartawan memberi keterangannya, semalam.

Mereka disiasat selepas menayangkan video seks yang menyaksikan seorang lelaki sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di sebuah bilik kepada wartawan terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur, Isnin lalu

Bagaimanapun, portal berita the Star melaporkan adalah dipercayai dua lelaki ditahan berhubung siasatan seks itu dan beberapa jam kemudian mengemaskini berita tersebut dengan menamakan Rahim dan Eskay sebagi mereka yang ditahan itu.

Dalam perkhidmtan SMS, mereka kemudian melaporkan pula kedua-dua mereka kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis.

Akhbar harian Inggeris milik MCA itu kemudiannya memetik Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Ghazali Md Amin bahawa tiga orang telah ditangkap, pada versi sebelam malamnya. Akhbar harian Cina, Sin Chew menjejaki berita itu dan menyiarkannya di halaman utama.

Bagaimanapun edisi cetak the Star hari ini pula melaporkan hanya dua orang ditangkap tetapi mereka bukan Rahim mahupun Shazryl Eskay.

Tiada tangkapan?

Kedua-dua Rahim and Shazryl Eskay, semalam telah menafikan bahawa mereka ditangkap polis sambil berkata mereka tidak menandatangani sebarang dokumen kecuali kenyataan yang dirakamkan.

Kedua-dua mereka juga melahirkan rasa terkejut apabila diberitahu the Star melaporkan bahawa mereka ditangkap sambil berkata pihak polis langsung tidak menyebut perkara itu kepada mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar juga gelak berhubung laporan bahawa Rahim dan Shazryl Eskay telah ditangkap.

"Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti," katanya kepada Bernama.

Sehingga berita ini ditulis, tiada pengesahan mengenai sebarang tangkapan.

Malah ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga ditunjukkan video lucah berkenaan berkata dia tidak ditangkap.

Kes video seks itu kini diklasifikasikan polis untuk disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengedar bahan pornografi atau lucah.

Anwar: Apa tangkapan?

Pada ceramahnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur, malam semalam, Anwar membidas sikap dwi standard yang diamalkan oleh polis.

"The Star kata ada tangkapan. Semua ini tipu. Apa tangkapan? Mereka dibawa sekejap, kemudian dibebaskan.

"Saya salahkan Najib dan Rosmah kerana tidak berhadapan dengan saya. Orang rasuah dan penjenayah diangkat.

“Kita mahu sistem yang demokratik. Mereka mahu alih pandangan kita. Kita bukan bodoh. Sebab apa dia (Datuk T) tidak tangkap, sebab dia pencacai Umno," kata Anwar kepada lebih 1,500 hadirin.

Anwar bagaimanapun terpaksa meringkaskan ucapannya itu kerana campurtangan polis menyuraikan majlis ceramah berkenaan. -mk



Ulasan GB

Rahim Tamby Chik dan Eskay yang terang-terang memiliki dan menyiarkan video lucah yang ternyata menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengedar bahan pornografi atau lucah tidak ditahan dan didakwa.

1) Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Ghazali Md Amin menyatakan bahawa tiga orang telah ditangkap.

2) Rahim and Shazryl Eskay, semalam telah menafikan bahawa mereka ditangkap polis sambil berkata mereka tidak menandatangani sebarang dokumen kecuali kenyataan yang dirakamkan

3) Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar juga gelak berhubung laporan bahawa Rahim dan Shazryl Eskay telah ditangkap.

"Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti," katanya kepada Bernama.

Mengapa wujud percanggahan di atas mengenai hal tangkapan?

Apakah rakyat terus hendak ditipu?

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau kes politik yang mebahayakan BN jangan harap apa-apa pun kat Polis Malaysia ... mereka sudah diprogram oleh APCO untuk mentaati UMNO/BN.

Tanpa Nama berkata...

apa nak jadik ngan msia ni....byk lagi perkara yg nak dibuat....bukannya perkara2 mcm ni...bekas km mlaka pun mcm lah baik sngat.....1 msia dah tau backgraound dia tue...

Pak Lubis berkata...

Tak berani polis tangkap orang yang mempunyai hubungan dengan orang Umno yang berjawatan Menteri ATAU yang lebih tinggi ... Tambahan lagi jika mereka(Pak Menteri) turut sama beersekongkol dengan the "Three" stooges atau si Kitol.

Yang polis berani tangkap adalah orang yang mendengar ceramah parti bukan BN/Umno. Atau penceramah itu sendiri.

Polis mana ada keberanian dengan parti pemerintah yang berkuasa....

kembara putih berkata...

Amat mustahil polis Malaysia adalah profesional dan mengikut undang2. Yang pasti Rahim Tahmby Chik dan Eskay tak akan ditangkap. Yakin 100%.

Tanpa Nama berkata...

dimana pemimpin-peminpin Pas....jgn asyik duduk jaga kuasa dan poket sendiri.....Ayuh!!! YB-YB Pas...keluar bersama-sama pejuang keadilan...berkumpul dekat Rumah ketua Polis....buat demo agar Polis menahan 3 ekor lahanat tersebut. Kalau UMNO boleh buat demo minta DNA Anwar...kenapa Pakatan Rakyat tak boleh??? YB2 PAS jgn asyik nak harapkan Mat Sabu aje utk berdemo...mentang2lah Mat Sabu tak jadi YB lagi??? Pemimpin2 Pas jgn jadi mcm Pemimpin UMNO yg BODOH kerana memperbodohkan ahli bawahannya yg sedia ada bodoh. Jgn samapi rakyat yg tidak menjadi mana-mana parti yg menyokong Pakatan Rakyat meluat dengan cara-cara terkini YB2 PAS??? Ikutlah cara YB Kassim, Lembah Jaya Ampang berpolitik???

Tanpa Nama berkata...

Permainan politik M'sia memang tak ada kelas.

Tanpa Nama berkata...

Sokong!!! YB2 Pas...bila nak turun padang berdemo bersama rakyat yg mengundi YB2......jgn dah menang...asyik nak jaga kuasa yg dah ada???

Jika begini berterusan...hanya pemimpin PKR & DAP yang akan diberi undi solid...manakala pemimpin Pas...nak kena tengok dulu KPInya boleh pakai ke tak???