5 Mac 2011

[Bergambar] Bas Terbalik, 30 Nyaris Maut

Berpantang maut sebelum ajal. Itulah momen yang mencemaskan lebih 30 penumpang selepas bas ekpress yang mereka naiki terbalik di Kilometer 41, Jalan Miri Bintulu, jam 1.30 petang tadi.

Antara penumpang yang cedera dikenalpasti ialah seorang lelaki warga tua yang merupakan sepupu kepada Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang dan isterinya dari Brunei Darussalam.

Pasangan tersebut yang berusia 70 dan 60 dalam perjalanan cuti dan melawat saudara mara mereka yang tinggal di Bintulu.

Pegawai Trafik Miri, Inspektor Rosmadi Ismail berkata, bas ekpress tersebut bertolak dari Miri pada jam 1 petang sebelum pemandunya hilang kawalan lalu terbalik selepas 30 minit perjalanan.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Tujuh daripada penumpang dimasukkan ke Hospital Miri untuk rawatan manakala selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, pasukan penyelamat mengambil masa dua jam untuk membantu dan membawa kesemua mangsa ke Hospital Miri.

Menurut penumpang yang ditemui, semasa kejadian hari hujan dan jalan raya licin menyebabkan pemandu hilang kawalan. -sarawakupdate









Tiada ulasan: