5 Mac 2011

ADUN Lenggeng Bakal Dilepaskan Jugak Dari Tuduhan Rasuah?

Adun Lenggeng bersalah atas tuduhan rasuah

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim semalam didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

Beliau didapati bersalah atas tuduhan berkenaan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pagi ini.

Sehubungan itu, mahkamah pada petang ini memutuskan supaya hukuman ke atas wakil rakyat itu ditetapkan pada 1 April.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan.

Beliau didakwa telah melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos, 2008.

ADUN Umno itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Tuduhan tersebut membawa hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun dan didenda lima kali jumlah rasuah atau minimum RM10,000.

Hukuman yang bakal dijatuhkan ke atas Mustafa mungkin akan menyebabkan beliau hilang kelayakan ke atas kawasan yang diwakilinya itu.

Perkara 48(1)e) dalam perlembagaan persekutuan menggariskan bahawa kelayakan seseorang wakil rakyat akan gugur sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah serta dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000.


Terdahulu, mahkamah yang bersidang pada pagi ini turut membebaskan Mustafa, 51, daripada dua lagi tuduhan menerima rasuah.

Satu daripadanya melibatkan tuduhan melakukan kesalahan menerima rasuah sebanyak RM3,000 yang didakwa dilakukan pada 28 Ogos, 2008.

Satu lagi tuduhan itu melibatkan kesalahan menerima rasuah sebanyak RM2,000 yang didakwa dilakukan di satu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 30 Ogos, 2008.

Ulasan GB

Dengan cepat SPR memaklumkan Mustafa Salim adalah masih ADUN Lenggeng kerana keputusan muktamad di mahkamah belum diputuskan, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Katanya, kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat tidak akan dilucutkan selagi beliau masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.

KIta akan dapati nanti ADUN ini dilepaskan jugak.

Ia berdasarkan kepada beberapa kes pemimpin UMNO BN yang pernah dibawa ke mahkamah selepas itu dibebaskan, seperti :

Bekas Ketua Pemuda UMNO WP, Datuk Norza Zakaria,
ADUN Lenggeng, Mustafa Salim,
Bekas Setiausaha UMNO Bhgn Wangsa Maju, Ramli Abdul Manan,
ADUN Mesra UMNO, Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi
Bekas ADUN Jelai, Datuk Omar Othman
dan yang terbaru
Bekas ADUN Semenyih, Ahmad Kuris
dan ramai lagi.

Mana rakyat tak marah?

Tiada ulasan: