11 Feb 2011

[Bergambar] Pesawat Terhempas: 6 Maut, 6 Cedera

Dublin - Sebuah pesawat penumpang terhempas dan terbakar semasa mendarat di Lapangan Terbang Cork, di selatan Ireland semalam dengan menyebabkan enam orang terbunuh manakala enam yang lain cedera, kata beberapa pegawai.

Nahas berlaku ketika pesawat berenjin kipas itu yang membawa 12 orang, cuba mendarat untuk kali ketiga dalam cuaca berkabus selepas ia bertolak dari Lapangan Terbang Belfast, di Ireland Utara.

"Saya boleh mengesahkan bahawa terdapat enam kemalangan jiwa dan enam lagi mangsa dirawat di hospital," kata jurucakap daerah Cork, Tom O'Sullivan.

Gambar-gambar yang dirakamkan beberapa saksi menunjukkan pesawat milik syarikat penerbangan Manx2 itu berada dalam keadaan terbalik dengan bahagian hadapannya hampir musnah sama sekali selepas kemalangan dahsyat tersebut.

Pihak Berkuasa Penerbangan Ireland pula memberitahu, pesawat jenis The Fairchild Metroliner SW4 berkenaan membawa 10 penumpang dan dua krew apabila ia terhempas dalam keadaan jarak penglihatan yang terhad.

"Terdapat api dan serpihan berselerakan di atas landasan," kata kenyataan pihak berkuasa tersebut. - AFP








Tiada ulasan: