25 Jan 2011

Rakyat Akan Halau UMNO BN Keluar Dari Putrajaya

Pembangkang dicabar turunkan harga barang di negeri yang diperintah

LABIS: Pembangkang yang memainkan isu kenaikan harga barangan bagi meraih sokongan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, dicabar supaya terlebih dahulu menurunkan harga barang di empat negeri yang mereka perintah.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata kalau hebat sangat pembangkang, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

"Jangan tunggu selepas pilihan raya kerana mereka sudah dapat perintah empat negeri itu, saya cabar mereka cari duit dan beri subsidi supaya harga barang di empat negeri itu turun," katanya selepas bersarapan pagi bersama penduduk di warung Kampung Tenang di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil itu pada 30 Januari ini, membabitkan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan lawannya daripada PAS, Normala Sudirman, 38.

Ia diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Disember tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sebagai permulaan, beliau mencabar kerajaan di empat negeri tersebut menurunkan harga petrol di negeri masing-masing dengan cara memberi subsidi kepada pengusaha stesen minyak.

"Cari duit beri subsidi kepada pengusaha stesen minyak supaya RON95 dari RM1.90 mungkin diturunkan menjadi RM1.50 seliter. Saya cabar turunkan harga petrol satu dulu cukuplah, kalau banyak nanti mereka tidak mampu," katanya.

Beliau berkata, sekiranya pembangkang yang terkenal dengan menabur pelbagai janji, tidak boleh berbuat demikian maka tidak usah memperdaya penduduk di DUN Tenang semata-mata untuk meraih undi daripada mereka.

Katanya, kerajaan BN sentiasa prihatin dan berusaha mengurangkan bebanan rakyat termasuk memberi subsidi dan menetapkan harga barangan kawalan bagi barangan keperluan pada musim perayaan.

Beliau berkata, kerajaan juga berusaha supaya harga komoditi terus naik dan rakyat mempunyai pekerjaan bagi menjana pendapatan mereka.

Mengulas janji pembangkang untuk membangunkan kawasan perindustrian di DUN Tenang bagi mengelakkan penduduk berhijrah mencari pekerjaan di negeri lain, Ahmad berkata, pembangkang tidak berupaya menunaikan janji tersebut sebaliknya hanya khayalan.

Jika ditinjau di empat negeri yang diperintah pembangkang, kewujudan kawasan perindustrian besar dan sederhana adalah usaha kerajaan BN menarik pelaburan manakala tiada kawasan perindustrian baru diwujudkan pembangkang, katanya.

Mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semalam yang melabelkan wakil rakyat BN sebagai penderhaka kepada institusi raja-raja, Ahmad berkata, itu adalah sandiwara politik pembangkang dan sebenarnya pembangkang yang menderhaka kepada Sultan. - BERNAMA

Ulasan GB

Si politikus kartun yang bernama Ahmad Maslan mencabar pakatan Rakyat cari duit sendiri untuk beri subsidi supaya harga barangan diturunkan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Awak UMNO BN dah belasah cukup-cukup wang royalti Petronas, FELDA dan lain-lain, kini awak suruh PR cari duit sendiri untuk beri subsidi kepada rakyat.

Itu wang rakyat berjumlah RM888 billion mengalir keluar negara, di era siapa memerintah? Bukankah UMNO BN?

Justeru itu, keluar dari Putrajaya. InsyaAllah Pakatan Rakyat mampu untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang lebih makmur dan berkebajikan kepada rakyatnya!

17 ulasan:

calvin berkata...

Sokong GB!

Tanpa Nama berkata...

addoi ingatkan Noh Omar tu bodoh, rupanya ada lagi mangkuk UMNO yg lagi bahlol...Ahmad Maslan..macamana la kau ni boleh lulus SPM dulu?

Tanpa Nama berkata...

kekadang aku ingat kenapa lah bengap sangat menteri dari umnongok/bn.. makan duit haram kot sebab tu tak boleh berfikiran waras

Tanpa Nama berkata...

Bukan sahaja Noh Omar dan Ahmad Maslan sahaja yg bahlol.. Najib dan Muhyiddin lagi bahlol.. Tak tahu nak didik anak buah UMNO jadi cerdik.

Tanpa Nama berkata...

Katakan Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengalahkan UBN dalam PRU 13 nanti, Lim Kit Siang tidak akan tuntut kerusi Perdana Menteri atau timbalannya kerana dia sedar hal itu akan menimbulkan keadaan kacau bilau. Itu pendapat sebilangan besar orang yang aku tinjau. Sekarang suasana tidak tenteram itu disuarakan oleh kalangan UBN atau PERKASA, sebuah NGO yang dipimpin oleh Raja Katak tapi ramai orang UMNO yang bodoh tu jadi pengikutnya untuk terus diperbodohkan. Kemudian dokterin kebodohan itu diperpanjangkan untuk dianuti oleh rakyat jelata. Apakah kita suka diperbodohkan terus?

Tanpa Nama berkata...

mamat ni layak jd menteri jaga jamban...dia x sedar duit negara hasil cukai n hasil bumi semua negeri di malaysia...ckp mcm org x skolah je...

Tanpa Nama berkata...

ala... bodonya menteri

Tanpa Nama berkata...

PRU yang lalu dah membuktikan bahawa ramai ahli UM... yang tak pangkah Ben dan itulah yang akan berlaku pada PRU 13 ini. Aku tetap dengan Ben, jangan suruh aku masuh Ps tapi aku akan tetap pangkah P..kang !

melor45 berkata...

Mat Maslan dan Nok Omaq nie,macam lulusan srp aje.Takan tak perasaan kot subsidi kat rakyat yang berpuluh-puluh juta dirembat secara perlahan-lahan.Tetapi subsidi kepada tokei-tokei diteruskan dengan nilai berbillion ringgit.Biasale Melayu UMNO mengkalu tok ketuanya bersyarah semua bersorak ria, lupa segala kesusahan dan keistimewaan yang telah hilang.Kalu pemimpin kencing atas kepala pun rasanya masih lagi tersenyum dan bertepuk tangan sambil memuji-muji anu tuannya dan memilih yang mana pancut lebih kuat

kembara putih berkata...

Timbalan Menteri ni sekolah berapa tingkat? Bengap melampau. Bukankah petrol ni barang kawalan kerajaan pusat. Tunggulah PR perintah Malaysia dulu untuk turunkan harga petrol. Bodohnya dia...

mtgbertam berkata...

Antara yg bengap dalam menteri2 UMNO, si maslan, si noh, ali rustam.

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkahkahkah!

Ahmad Maslan, takde hal la pembangkang nak turunkan harga minyak kat negeri-negeri yang diperintah; dengan syarat, semua orang bayar cukai pendapatan kepada kerajaan negeri la. Jadi baru boleh buat cabaran macam ni. Sekarang cukai bayar kat kerajaan persekutuan, boleh la cakap banyak.

Tanpa Nama berkata...

a aa! truly stupido si maslan nih!

fiQ berkata...

Ya Allah...bodohnye menteri2 kt Malaysia ni....ni bodoh dibuat2 ke mmg da smulajadi bodoh ek?

Tanpa Nama berkata...

kenyataan menteri yang tak tahu bidang kuasa kerajaan negeri dengan pusat?

Tanpa Nama berkata...

kempen bodo ...40X kompom bodo
retarded ... kesian Malaysia

Tanpa Nama berkata...

nak cari pengaroh pun jangan sampai mengamgap rakyat terlalu bodoh lebih dari kita dan jangan mengangap kita menteri lebih cerdik dari rakyat.