22 Jan 2011

Lintas Lansung Penamaan Calon PRK N05 Tenang

Hari ini ialah hari Penamaan Calon bagi pilihanraya kecil N05 DUN Tenang.

Pusat penamaan calon akan berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Labis bermula jam 9 pagi. Sepanjang jalan menuju ke Pekan Labis - Pusat Penamaan Calon mulai sesak. Terdapat beberapa sekatan jalan dan lencongan.

Lebih 500 orang penyokong Pakatan Rakyat sudah mula kelihatan keluar. Mereka bersiap sedia bagi perarakan membawa calon.

LAPORAN LANGSUNG

11.22 am: RASMI: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir mengumumkan Normala Sudirman, 38, dari PAS dan Calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim, 39. Sebanyak tiga bantahan dikemukakan kepada SPR tetapi semuanya ditolak.



KINI MASA UNTUK BEKERJA KERAS, BERDOA DAN BERTAWAKKAL - pesanan ikhlas GB. Takbir!!!

11.21 am: Pegawai Pengurus Pilihan Raya akan mengumumkan calon ketika ini.

11.15 am: Pengumuman akan dibuat bila-bila masa dari sekarang.

11.08 am Kaum tionghua yang menjadi penyokong Cikgu Mala turut menyertai perarakan pagi ini.

Ketua Pembangkang Dun Johor Dr Boo Cheng Hau, dari DAP berkata "Kami tunggu kehadiran Cikgu Mala bersama kami di Dun Johor".

11.00 am Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir, mengumumkan tempoh bantahan tamat

10.48 am: Turut kelihatan ialah suami Normala, Makrof Abd Mutalib (berbaju hijau). Beliau berkata kehadirannya adalah mengiringi isterinya dan bukannya berkempen.

"Saya datang kerana memberi sokongan moral kepadanya,” kata Markof sambil tersenyum.

“Saya terharu dengan begitu ramai yang menyokong isteri saya.”, seorang guru yang turut mengiringi isterinya. Peguam PAS, Hanipa Maidin turut kelihatan.

10.42 am: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (kiri) berbual bersama Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (kanan) dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), M Kavyeas di luar dewan Majlis Daerah Langat sementara menunggu tempohan bantahan selama sejam. -BHOnline

10.35 am: Lagi setengah jam masa bantahan tamat. Diharapkan tiada sebarang masalah kertas pencalonan PAS.

10.23 am Hanya dua borang pencalonan dipamer iaitu masing-masing dari calon PAS dan calon BN. Borang calon PAS Normala Sudirman dicadang oleh Mahat Jamin dan disokong Rosiah Ahmad. Manakala calon BN pula, Mohd Azahar Ibrahim dicadang oleh Ma Chong Pah dan disokong Jayaraman Chinasamie.



10.11 am:Hanya calon BN dan PAS mengemukakan kertas pencalonan masing-masing apabila tempoh pencalonan tamat. Sementara menunggu waktu bantahan tamat, sila tonton rakaman wawancara calon PAS dengan Atro Awani di bawah artikel ini.

10.03 am: Pegawai SPR mengumumkan tempoh hantar kertas pencalonan ditutup. Tempoh bantahan selama sejam bermula, jika ada.

9.55 am: TheStar melaporkan pihak polis telah menghentikan penyokong PAS menggunakan pembesar suara dengan mengeluarkan bateri darinya.

9.51 am: BH melaporkan berlaku sedikit kekecohan tadi apabila beberapa penyokong DAP dikatakan enggan mematuhi arahan polis supaya menyimpan bendera DAP.

9.50 am: Penyokong PAS pula menyanyikan lagu rasmi Umno tetapi menukarkan lirik lagu berkenaan. Kata-kata "Umno terus mara, untuk rakyat Malaysia" ditukar kepada "Umno terus lara, rompak rakyat Malaysia". -malaysiakini

9 - 10 pagi - Calon menyerahkan borang masing-masing
10 - 11 pagi - Tempoh bantahan
11 pagi - 12 tengahari - Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan nama calon yang layak bertanding


9.35 am:Calon PAS, Normala mengemukakan borang pencalonannya jam 9.10 pagi tadi. Sedang menunggu waktu penyerahan borang ditutup. Sementara di luar dewan, kedua-dua penyokong parti berkumpul. Penyokong BN bernyanyi, Penyokong Pakatan Rakyat mengibarkan kain rentang seperti 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' sambil berselawat. Gambar ehsan harakahdaily & BHOnline





9.34 am: Penyokong BN dan PAS masih berkumpul dengan tenang. Tiada teriakan provokasi antara mereka kecuali laungan semangat sesekali.

9.30 am: Setakat ini tiada calon lain selain PAS dan BN. Menunggu giliran calon PAS untuk masuk ke dalam dewan.

9.18 am: Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim masuk ke dewan. Kawalan PDRM dan pegawai SPR agak ketat. Penyokong PR kini mencecah 20 ribu orang berada di hadapan pusat penamaan. Sementara pimpinan PAS sedang berbincang dengan pihak keselamatan. Calon PAS, Normala Sudirman kini masuk ke pusat penamaan jam 9.02 tadi. Kini sedang berada di khemah calon PAS yg disediakan SPR. Gambar ehsan malaysiakini






9.16 am: Rakaman video Penyokong Pakatan Rakyat. Kredit BHOnline



9.15 am: Timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar juga pimpinan Pakatan Rakyat kini tenggelam dalam lautan penyokong yang berkumpul di hadapan Pusat Penamaan.

9.14 am: Calon BN dan PAS sudah memasuki dewan tempat pencalonan bersama seorang pencadang dan penyokong untuk menyerahkan kertas pencalonan masing-masing.

9.07 am: Gambar-gambar ketibaan calon dan penyokong. Kredit Harakahdaily & BHOnline







9.02 am: Ribuan penyokong BN dan PAS berkumpul di hadapan pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis. Gambar n05tenang

9.00 am: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir, mengumumkan waktu penyerahan kertas pencalonan selama sejam bermula sekarang.

9.00 am: Calon PAS tiba di pusat penamaan calon. Kedua-dua calon menunggu di khemah yang disediakan SPR

8.58 am: Jam 9 hingga 10 pagi - Waktu bagi calon menyerahkan borang masing-masing.

8.57 am:Calon dan penyokong PAS yang berarak mula menghampiri pusat penamaan calon. Gambar kelihatan OKU turut sama menyertai perarakan calon PAS. Gambar n05tenang

8.51 am: Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim, memasuki kawasan pejabat Majlis Daerah Labis. Mohd Azahar diiringi TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta pemimpin UMNO/ BN lain termasuk Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Seri Hishammuddin Hussein -BHOnline

8.49 am: Calon PAS, Normala Sudirman dan pimpinan Pakatan Rakyat sampai di hadapan Pusat Penamaan Calon. -n05tenang

8.48 am: Setakat ini, hanya PAS dan BN sahaja mengesahkan mereka akan bertanding. Tiada tanda awal calon bebas mahu bertanding sama. -n05tenang

8.46 am: Penyokong Pakatan rakyat bertambah ramai, mereka mula bercantum dengan kumpulan kecil di sepanjang jalan. Gambar harakahdaily

8.41 am: BHOnline melaporkan suasana tenang di sekitar pusat penamaan calon mula berubah dengan aktiviti penyokong kedua-dua parti yang semakin ramai berkumpul dan mula berteriak Helikopter polis pula beberapa kali melintas di ruang udara memantau pergerakan penyokong kedua- dua parti

8.39 am: Lebih kurang 8000 mengikuti perarakan, ribuan lagi sedang menunggu di sepanjang jalan ke pusat penamaan. Kelihatan juga MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim

8.35 am: Turut kelihatan pimpinan PAS, Dr Hatta Ramli, YB Khalid Samad, Ust Nasrudin Tantawi. Pimpinan DAP dan PKR. -laporan n05tenang

8.32 am: Calon PAS diringi oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presidennya, Nasaruddin Mat Isa. Tiga parti dalam Pakatan Rakyat sudah mula berarak. Penyokong PAS, PKR dan DAP mula berjalan ke tempat pencalonan.

8.24 am: : Perarakan dimulakan. Lebih 5000 mengikuti perarakan, ribuan lagi sedang menunggu di sepanjang jalan ke pusat penamaan. Perarakan penyokong PAS berarak berjalan menuju ke simpang dewan berkenaan dengan selawat dan sorakan semangat.

8.23 am: Himpunan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan turut mengiringi calon PAS

8.19 am: Perarakan penyokong PR akan bermula bila2 masa bermula di hadapan bilik gerakan utama PAS, bersebelahan dataran wayang pacak, Labis

8.16 am: Barisan kepimpinan utama PAS dan PR baru sahaja selesai solat hajat

8.15 am: Lebih 200 anggota polis kawal ketat lalu lintas dan meletakkan hadangan di hadapan pintu masuk pusat penamaan calon

8.10 am: Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Mohd Yusof (kiri), dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir, meninjau persiapan di pusat pencalonan. Gambar BHOnline

8.05 am: Pimpinan Wanita Pakatan Rakyat turut berarak menuju ke tempat penamaan calon mengiringi calon PAS, Puan Normala Sudirman

8.03 am: Penyokong PAS adakan solat hajat di Dataran Wayang Pacak di markas PAS

7.58 am: Cuaca di Labis pagi ini dilaporkan baik dan hari makin cerah

7.52 am:Tiga parti dalam Pakatan Rakyat sudah mula berarak. Penyokong PAS, PKR dan DAP mula berjalan ke tempat pencalonan.

7.45 am: Lebih 500 orang penyokong Pakatan Rakyat sudah mula kelihatan keluar. Mereka bersiap sedia bagi perarakan membawa calon. BHOnline malporkan kira-kira 2,000 orang penyokong kedua-dua parti datang

7.41 am Pasukan unit udara PDRM dilaporkan turut membuat tinjauan udara bagi melihat perkembangan trafik dan suasana hari penamaan calon

7.40 am: Perarakan bermula dari Markaz Muslimat PAS, Pekan Labis. Kira-kira 2 km menuju ke Pusat Penamaan Calon.



TAMAT KEMASKINI.

2 ulasan:

zuraimi berkata...

tq tuan... laporan setiap 5 minit yg terbaik....

Tanpa Nama berkata...

ALLAHU AKBAR!