21 Jan 2011

Isu Panas: Kenderaan Diwajibkan Pasang Beg Udara Mulai 2012

Semua kenderaan wajib pasang beg udara mulai 2012

RANTAU PANJANG: Mulai tahun depan, semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Katanya, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

“Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2011, di sini, hari ini.

Katanya, kementerian berkenaan akan memastikan kenderaan yang diperbuat di negara ini termasuk kereta nasional memasang alat keselamatan berkenaan sebelum ia dikuatkuasakan sepenuhnya mulai tahun depan.

Kong berkata kenderaan import mungkin tidak menghadapi masalah kerana kebanyakannya telah dipasang alat keselamatan berkenaan sebelum dijual di negara ini.

Beliau berharap dengan peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan itu kerajaan dapat mengurangkan kadar kemalangan maut terutama yang membabitkan penumpang bahagian depan kenderaan.

Katanya, hasil kajian Institut Penyelidikan dan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati kebanyakan kes kemalangan maut adalah membabitkan penumpang bahagian depan kenderaan yang tidak menggunakan alat keselamatan, termasuk beg udara dan tali pinggang keledar. - BERNAMA

Ulasan GB

Rakyat dibebankan lagi dengan pemasangan beg udara. Belum pun dihabiskan siasatan kebakaran kenderaan yang munkin berpunca dari RON95, tiba-tiba rakyat dibebankan dengan pemasangan beg udara.



11 ulasan:

calvin berkata...

Setuju dengan GB.

Awanama berkata...

KE20 aku kena pasang airbag juga ke?lori,van,bas pun kena pasang??

Awanama berkata...

Selepas pasang lampu ketiga di belakang dulu, ingatkan dah tak ada lagi kemalangan. Macam dulu-dulu juga, rupa-rupa anak ke, kroni ke dah dapat jadi pembekal. Aksident terbakar dengan airbag lagi cepatlah apinya. Dua puluh persen !. Yang aksident sepuluh yang kena pasang seribu. Perniagaan menteri yang tak pernah rugi.

Waris berkata...

Salam GB,

Mlm semalam pd pukul 3 pagi ada sebuah kereta perdana v6 dengan lajunya merempuh tembok rumah saya. Bahagian depannya ranap sama sekali. Yg peliknya beg udara kereta berkenaan tidak berfungsi. Satu beg udara pun tak kelihatan keluar padahal separuh dari bhgn enjinnya ranap. Apabila saya suluh terdapat srs airbag di kiri kana kenderaan terbabit. Adakah kereta buatan 1malaysia dilengkapi dgn beg udara yg tak berfungsi? Terus terang saya katakan saya tak percaya pada brgn buatan 1malaysia yg penuh dgn 1rasuah. Saya pernah bekerja di bhgn pengeluaran dan saya tahu bagaimana proton pernah menerima brgn reject semata2 utk memenuhi keperluan production. Selagi meLAYU tak berubah selagi itu rakyat tak selamat...

kembara putih berkata...

Patut bermula dari sekarang. Haramkan dulu kereta buatan Proton dan Perodua berada atas jalan raya. Turunkan cukai kereta import agar pengguna boleh beralih kepada kereta Honda dan Toyota.

fiQ berkata...

ni la msia.kalo nk wat pratoran dan2 tu gak nk wat.bkn nk pk rmai lg org idop susa.kang nk psg airbag tu da brape plk.tgk2 kroni dorg gak yg dpt kontrak membekal dan memasang.celake gile dorg ni. mmg btol sgt bile mnteri singapore ckp menteri kt msia ni rmai yang bodoh,xcekap n corrupt.

cina hijau berkata...

Yang hampa dok kalut pasai apa ? Pasang la air bag tu payah apa, CHO HA yang bayag dia bagi free. Cinabeng punya menteri....PRU ni mampus la hang !

Awanama berkata...

Ini semua gimik umno semata-mata..jangan terpedaya. sebenarnya mereka nak alihkan dan menutup isu negara seperti isu kenaikan minyak dan harga-harga barangan yang melampau, isu cukai GST yang dinaikan secara senyap, isu umno selangor derhaka kepada sultan, PM rosmah boros, takut debat ekonomi dgn DSAI dan macam-macam lagi..
Bila nak PRU13 nanti, mereka batalkan hasrat mewajibkan pemasangan beg udara ini, kononnya KERAjaan prihatin dengan masalah rakyat. Mereka tak ada idea untuk diberi kpd rakyat kerana melibatkan kos yang tinggi, cara lain yang mudah hanya dgn gimik seperti ini sahaja..mereka wujud isu dan mereka tutup isu. KERJA BODOHKAN RAKYAT SEMATA-MATA..

Awanama berkata...

Dah berkali-kali gua bagi tau. Peminpin MCA hanya minat cari wang besar dan komisen kegiatan haram saja. Lu olang susah lu punya hal.

Melayu susah Cina lagi susah.
Oh ya, jangan takut kalau Airbag bumiputra tak fungsi lawan tembok, airbag MCA akan mudah terbuka hanya terlanggar nyamuk.

Kalau Ong Kaw Tin pojek saluran najis 1Malaysia, pojek aktor lucah bersama king Kong Ha:
1. Pojek saman ekor
2. Pojek motosikal letrik
3. Pojek Airbag
4. Cadangan Pojek Vibrator cegah hamil?
5. ??? akan datang.

MOHD FATIHAH berkata...

Adakah rakyat Malaysia dijadikan sebagai alat permainan golongan atasan? Cukuplah....... fikirkan bersama..........

Awanama berkata...

TAK RASIONAL LANGSUNG NAK WAJIBKAN PEMASANGAN AIRBAG!
Tak ubah seperti gimik kerajaan wajibkan rakyat pasang tali pinggang tempat duduk belakang suatu ketika dulu.
Kalau betul-betul nak pastikan keselamatan kereta, tak payah suruh pasang airbag sebab kos sangat mahal.Tekankan pemakaian tali pinggang secara bersungguh, tak pakai terus saman. Ini kerana jika kereta yang ada airbag tapi pemandu tidak pakai tali pinggang jangan haraplah airbag tu nak beroperasi.